Ahad, 23 Januari 2011

ANUAR IBRAHIM - PETUALANG PERJUANGAN MELAYU ISLAM....SEJAK BILA ANUAR PERCAYA & MEMPERJUANGKAN PLURALISMA ??.



Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Pada entri terdahulu gemasindah ada menyebut bahawa Pak Syeikh Nuar yang ada sekarang bukannya Pak Syeikh Anuar semasa menjadi pemimpin pelajar pada tahun 70 an dahulu. Anuar telah BERPUSING dan BERUBAH 360 darjah.

Berdasarkan pembacaan dan penyelidekan, kenyataan diatas rupanya tidak sepenuhnya BENAR.

Ini adalah kerana kajian menunjukkan bahawa Anuar telah mula berjinak dengan pejuang pejuang Liberalisma & Pluralisma yang bertopengkan Reformasi Agama Islam, sejak menjadi pemimpin pelajar lagi dan akhirnya TERPENGARUH dan nampaknya kini Anuar bukan sahaja menjadi PENGANUT aliran Pluralisma itu tetapi menjadi PEJUANG GIGIH untuk mengembangkannya keseluruh pelusuk dunia. Mak datuk hebatnya.

Ikutilah rencana yang dipetik dari AIDC yang menjelaskan siapakah guru guru Pluralisma Anuar yang mengubahnya menjadi PENGKHIANAT kepada agamanya sendiri. Perlu kita ingat bahawa Anuar sendiri saperti kebanyakan kita juga : mendapat didikan agama secara TIDAK FORMAL. Tetapi ramai juga yang mendapat pendidikan agama secara formal hingga ketahap PhD , terpengaruh dan menjadi aktivis gerakan PLURALISMA ini. Kenapa ?

....................................................................................

RENCANA AIDC ..

SIAPAKAH GURU GURU PLURALISMA ANUAR ????

Dua orang guru Anwar Ibrahim semasa zaman mudanya iaitu Muhammad Imaduddin Abdulrahim (Bang Imad) dan Nurcholish Madjid (Cak Nur) telah meninggal dunia. Bang Imad meninggal dunia ketika berusia 77 tahun di kediamannya Jalan Bulak Raya Nomor 33, Klender, Jakarta Timur pada 2 Ogos 2008.

Manakala Cak Nur pula wafat ketika berusia 66 tahun pada 29 Ogos 2005 di Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Kedua-dua mereka ini merupakan aktivis HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) dan pengasas ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia).

Bang Imad merupakan pensyarah ITB Bandung dan bergiat aktif dalam HMI serta dipilih Ketua Pendidikan & Dakwah HMI Cabang Bandung. Pada tahun 1965, Bang Imad dipilih sebagai Ketua Lembaga Dakwah Mahasiswa Islam HMI dan melalui jawatannya itu beliau mengenali Cak Nur yang ketika itu menjadi Ketua Umum HMI.

Keluarga kedua-dua tokoh itu merupakan aktivis utama dalam Parti Masyumi yang diasaskan oleh Mohamed Natsir (Pak Natsir). Apabila Presiden Sukarno mengharamkan Parti Masyumi pada tahun 1960, Bang Imad dan Cak Nur terlibat aktif dalam HMI.

HMI meniru idea pembaharuan Islam yang pernah dilakukan Rifaah Ath Tahtawi (1801-1873), di Turki yang menjadi perintis kepada kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah dan membangkitkan pemimpin Islam moden yang dikenali sebagai Mustafa Kamal Ataturk.


Menurut Bang Imad, beliau mengenali Anwar sejak tahun 1967, ketika Anwar mewakili PKPIM menghadiri latihan perkaderan anjuran HMI di Penkalongan, Jawa Tengah. Ketika itu HMI dipimpin oleh Cak Nur dan Anwar merupakan pelajar tahun pertama, Universiti Malaya yang terlibat aktif dalam PKPIM.

Cak Nur adalah anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme.

Ketika itu sesetengah pihak telah mencurigai pemikiran Cak Nur yang mengangapnya sebagai ‘Trojen Horse’ dan ‘Pembawa Virus Liberalisme’ dalam gerakan Islam dan tohmahan-tohmahan ternyata benar hari ini, apabila nama Cak Nur dianggap sebagai pengasas kepada Islam Liberal di Indonesia.

Menurut Kick Andy dari MetroTV Indonesia, semasa mengikuti program perkaderan HMI itu, Anwar menetap di rumah Rachmat Ismail (foto kiri) di Pekalongan, Jakarta.
Rachmat Ismail juga merupakan aktivis HMI. Selain Rachmat ramai lagi yang menjadi alumni HMI, antaranya, Amien Rais, Jusuf Kalla, Fahmi Idris, Yusril Izra Mahendra, dan Adnan Buyung Nasution.

Anwar sendiri mengakui dilatih HMI ketika menulis di majalah Tempo edisi 14 Julai 2008;

“Maka, ketika Himpunan Mahasiswa Islam yang dipimpin Cak Nur (foto kanan) menyambut saya dan beberapa pemimpin mahasiswa Malaysia di Indonesia, tak ubahnyalah itu laksana menemui kekasih yang belum pernah ditemui. Rekan-rekan HMI, seperti Fahmi Idris, Mar’ie Muhammad, dan Ekky Syahruddin membawa saya, yang ketika itu baru berumur sekitar 20 tahun, menemui Pak Natsir”


Menurut Bang Imad lagi, semasa menghadiri IIFSO di Jerman pada tahun 1971, Anwar Ibrahim menemuinya meminta pertolongan untuk latihan perkaderan bagi penubuhan sebuah belia Islam yang dikenali sebagai ABIM.

Anwar juga turut mengesyorkan Bang Imad untuk berhijrah ke Malaysia melalui proses pertukaran pensyarah dari ITB (Institut Teknologi Bandung) ke UTM(Universiti Teknologi Malaysia).

Apabila Bang Imad berjaya menjadi pensyarah di UTM, beliau mula mengadakan sesi latihan untuk mengkaderkan ABIM mengikut acuan HMI di Indonesia.

Zainah Anwar ( SIS ) di dalam bukunya “Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar” merumuskan kerjasama antara Bang Imad dan ABIM akhirnya musnah apabila berlaku perbezaan pendapat iaitu Bang Imad mahukan Islam didaulatkan berbanding dengan tokoh. Manakala penyokong ABIM, lebih mendewakan Anwar Ibrahim.

Pada tahun 1974, ketika Anwar ditahan di penjara Kamunting selama dua tahun, Bang Imad telah dihantar kembali ke Indonesia, manakala Presiden ABIM dipangku oleh Fadhil Noor.

Selepas Anwar bebas dari Kamunting, Fadhil Noor, Syed Ibrahim dan Nakhie Ahmad meletakkan jawatan masing masing dalam ABIM sebagai Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Dakwah, dan menyertai PAS.

Perletakan jawatan ‘kumpulan ustaz’ dari ABIM pada tahun 1978 ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada versi mengatakan Anwar sengaja menghantar ‘kumpulan ustaz ABIM’ ke dalam PAS dan ada juga versi lain yang mengatakan berlakunya penyisihan ‘kumpulan ustaz’ dari ABIM yang dirancang sendiri oleh Anwar.
Kalau benar Anwar sengaja hantar kumpulan ustaz ke dalam PAS, kenapa selepas Anwar dipecat UMNO, beliau sendiri tidak menyertai PAS ?

Atas premis ini, Ahmad Lutfi Othman menegaskan Anwar sengaja menyingkirkan kumpulan ustaz dalam ABIM bertujuan untuk mempersiapkan dirinya menyertai UMNO.
Menurut sumber dalaman, sebelum Bang Imad wafat, beliau pernah menegur Anwar yang meninggalkan kawan-kawan lamanya ketika berada di puncak kuasa.

Bang Imad juga turut menegur Anwar kerana sikapnya yang mengamalkan politik menghalalkan cara, bergerak melampaui sempadan agama terutamanya menjadi alat kepada kumpulan zionis di Amerika Syarikat.

Kaitan HMI dan CIA


Hubungan Anwar dengan HMI telah lama terjalin iaitu 4 tahun sebelum penubuhan ABIM. Turut menjadikan perkara ini kontroversi ialah pertemuan HMI, Pak Natsir dan Anwar Ibrahim itu diadakan sejurus selepas pihak tentera Indonesia mengambil alih kepimpinan daripada Suharto.

Menurut sejarah, HMI merupakan tenaga penggerak terbesar dalam usaha menjatuhkan pentadbiran Sukarno di samping kumpulan tentera Indonesia.
Maknanya ada dua tenaga di dalam gerakan tersebut iaitu tenaga pelajar dan tenaga ketenteraan.

Menurut laporan “The United States and the Overthrow of Sukarno, 1965-1967″ tulisan Peter Dale Scott menyatakan CIA menaja secara langsung penentangan tentera Indonesia terhadap Sukarno.

Beliau menulis

“In 1957-58, the CIA infiltrated arms and personnel in support of the regional rebellions against Sukarno”. These operations were nominally covert, even though an American plane and pilot were captured, and the CIA efforts were accompanied by an offshore task force of the U.S. Seventh Fleet.33 In 1975 a Senate Select Committee studying the CIA discovered what it called “some evidence of CIA involvement in plans to assassinate President Sukarno”; but, after an initial investigation of the November 1957 assassination attempt in the Cikini district of Jakarta, the committee did not pursue the matter.3″.

Pemimpin-pemimpin HMI turut menerima bantuan perlindungan dan bantuan daripada tentera Indonesia pro CIA ketika fasa melawan Sukarno.

Dalam artikel September 1965: Konspirasi dan Pertumpahan Darah (3) turut menyebut HMI dan tentera Indonesia menjalankan pembunuhan terhadap pensyarah bernama Prof Ie Keng Heng yang disebut-sebut pro komunis, mengajar ilmu kimia di Fakulti Teknik Universitas Hasanuddin.

Artikel itu menyebut :

“Masih pada 2 Oktober 1965, hari Sabtu, sekelompok mahasiswa dari organisasi Islam, HMI dan kawan-kawan, menyeret paksa sang professor saat ia sedang memberi kuliah hari itu, lalu digiring ke tempat lain. Menurut seorang mahasiswa, Ie Keng Heng dibawa ke aparat keamanan (militer). Setelah itu, orang tak pernah melihatnya lagi. Ada yang mengatakan ia di bawa ke Malino, suatu daerah peristirahatan beberapa puluh kilometer ke arah Tenggara kota Makassar, lalu dihabisi di sana.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan