Khamis, 6 Mei 2010

PERKASANEWS.....dari blog PERKASA

KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

.........................................................................................

KUALA LUMPUR, May 3 — Perkasa is putting pressure on the Najib administration to include affirmative action in the New Economic Model (NEM), in the form of a “blue ocean strategy” for Malays, to even out the economic disparity between them and other races.

The Malay rights group’s economic bureau chief, Dr Zubir Harun noted the Malays would still require help from the government under the NEM to ensure their success. Perkasa intends to send a list of proposed amendments and considerations for the NEM to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at the end of this month.

“They (Barisan Nasional) should not forget that the general elections are coming soon, and if they do not offer assistance to the Malays, they will not get [our] votes,” said Zubir.

He claimed Perkasa’s numbers were “growing everyday” and that its membership will reach a million by the end of the year.

“Have you read the Merdeka Center survey? About 70 per cent of Malays support us. We represent them, their concerns. We are the voice of the Malays that live in rural areas, and who are not so lucky,” Zubir said emphatically.

MATLAMAT PERJUANGAN PERKASA ....

KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA YANG DI JAMIN DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA MESTI DAN WAJIB DIUTAMAKAN. MODEL EKONOMI DAN HALATUJU NEGARA WAJIB MENENTUKAN MATLAMAT INI.

INILAH DIKATAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN (KERANA KAUM BUMIPUTRA ADALAH MAJORITI) DAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN, BARULAH AKAN BERJAYA SLOGAN 1MALAYSIA. IANYA JUGA BERPAKSI KEPADA ASAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA FASAL 153 DAN KETAATSETIAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI PAYUNG NEGARA DAN PEMUSATAN SIMBOL PERPADUAN NEGARA.

INILAH ASAS KONTRAK SOSIAL YANG DIPERSETUJUI SEWAKTU MALAYA MERDEKA DENGAN MENERIMA KAUM PENDATANG SEBAGAI WARGANEGARA.

BUMIPUTRA-MELAYU BERSATU TEGUH MEMPERTAHANKAN HAK INI.

Rabu, 5 Mei 2010

DILEMA BLOGGERS PENYOKONG UMNO ........????

DILEMA BLOGGERS PENYOKONG UMNO………………???

Saorang pembaca marah kepada Dr Mahathir kerana membongkarkan kes blok L & M melalui blog Che Det.

Katanya pembongkaran itu memberi peluang yang luas untuk pembangkang menghentam kerajaan BN & UMNO hingga boleh menyebabkan kekalahan BN & UMNO pada PRU 13 yang akan datang.

Kita bloggers kerdil UMNO di Tampin / Monceh / Gemas pun barangkali tidak disukai oleh kumpulan penyokong UMNO & BN yang berfikiran saperti pembaca yang dirujuk diatas.

Adakah perkara membongkarkan kes blok L & M yang mendatangkan kerugian hampir RM 100 billion ini merupakan satu kes mengkhianati UMNO & BN ???
Perlukah kepincangan pemimpin yang jelas merupakan tindakan pengkhianatan itu disenyapkan demi mempastikan UMNO terus menang pada PRU 13 nanti ?

Atau UMNO wajib melakukan pembersihan dari anasir anasir kotor didalam dirinya seperti virus atau sel barah yang akan membunuh UMNO akhirnya .

Jelas perkara ini bukanlah satu dilemma pada Tun Dr Mahathir yang kita kenali ketegasannya dalam memperjuangkan kebenaran. Dr M rasanya tidak akan berkrompromi dengan salahlaku besar saperti ini yang merugikan bangsa & negara.

Begitu jugalah halnya berkaitan kita sebagai bloggers kecil tempatan di Tampin / Monceh / Gemas ini. Sabenarnya kita ada dua pilihan…pertama menjadi bloggers pembodek atau bloggers upahan untuk menaikkan nama dan prestasi pemimpin kita khasnya wakil wakil rakyat kita dan mengenepikan rintihan rakyat.

Kedua kita boleh memilih untuk menjadi bloggers kemarahan wakil rakyat dan penyokong totoknya dengan mengenengahkan masalah dan keluh kisah rakyat sambil menyampaikan kritikan yang barangkali pedas tetapi jelas bertujuan murni iaitu untuk mengingatkan pemimpin kita menjalankan tugas serta amanah rakyat. Impaknya ialah UMNO akan terus dikasihi rakyat dan akan terus dihormati dan tidak lagi diperlekehkan.

Apa pandangan saudara dalam perkara ini ???

Gemasindah…
Setuju dengan pendirian & tindakan Dr M…dan akan terus menyampaikan apa yg difikir wajar disampaikan wp akan jadi tidak populer.

Selasa, 4 Mei 2010

TSB ULU LADANG / RISDA BANYAK SANGAT ADUAN.....

Gemasindah banyak sangat mendengar aduan dari pemilik tanah Pinggir Ulu Ladang yang sedang ditanam semula oleh RISDA melalui Skim Tanaman Semula Berkelompok / TSB

Minta sangatlah Pengarah RISDA Negeri Sembilan datang melawat dan selesaikan masalah yang ditimbulkan oleh kontraktor tanam semula itu. Antara aduan ialah :-

1 Menanam anak getah dalam semak tanpa kawasan diracun dahulu
2 Banyak sangat anak getah yang mati
3 Kebun semak tidak diracun
4 yang dah hidup...pokok tidak subur

Dengar khabar kontraktor dibayar upah menanam pada kadar RM 2.00 sepokok tetapi hanya bayar RM 0.20 kepada buruh Indonesia yang buat kerja menanam itu. Takkanlah nak untung RM 1.80 sen sepokok. Kalau benar yang dibayar kepada buruh 20 sen sahaja memang setimpallah dengan cara menanam dalam semak itu.

Yang akan rugi nanti ialah pemilik tanah iaitu orang kampong.

Sekiranya susah sangat Penyelia RISDA nak selia kontraktor , bagi sahajalah upah RM 2.00 untuk kerja menanam itu pada pemilik tanah..biar mereka tanam sendiri dan dapat sedikit upah.

Gemasindah.....harap Pengarah RISDA NSDK ambil tindakan.

Isnin, 3 Mei 2010

PRIBUMI PERKASA ......

Kepada sahabat sahabat di gemas / jelai / pasir besar ...

Borang keahlian sudah ada ditangan gemasindah...

Yang berminat nak jadi ahli email kpd alfakirabdillah@gmail.com atau sms ke 019-2067227

Mari ramai ramai sertai Perkasa sebagai medan perjuangan kita untuk bangsa melayu dan agama Islam disamping parti parti politik yang sdra sertai tak kisahlah UMNO , PAS atau PKR. NGO Perkasa ini untuk orang Melayu....tak kira parti

Bila dah ramai esok kita boleh buat mesyuarat agong untuk memilih AJK Perkasa Tampin / Monceh / Gemas. Gemasindah rasa akan bergiat aktif dalam Perkasa demi melaksanakan apa apa yang kita bincang dalam blog ..kalau tidak bak kato gotahlantun ...loteh den.

Gemasindah ...Salam Takzim....kita mesti usaha semaikan semangat cintakan bangsa dan agama yang kini diracuni oleh ideologi melayu & islam liberal...kepada umat melayu lebih lebih lagi dari golongan generasi muda.

Sabtu, 1 Mei 2010

APO KONO EE DOLAH BEDAWI ----Pembetulan

Oooops ..tersilap tulih..

Kerugian bukan USD 10 Billion tetapi mengikut Tun Dr M = USD 100 Billion. RM ? Kirolah sendiri yo....

Gemasindah...sorry semua manusia buek silap ..tapi janganlah macam Pak Lah ..banyak bona silap bosa..kok dio sabar tak naikkan harga disel dulu...cino takdo alasan naikkan harga barang..tukang jual cino..tukang boli melayu...Kong Hai pun naikkan harga mata kail. Bilo gemasindah tanyo..jawapan standard ....naik lori maa

Ingat tak lepas 2 bulan Pak Lah naikkan harga disel harga sweet oil turun dengan mendadak...rogo barang tak ponah turun terus menerus naik..sampailah ke laa ni...mampuih.

APA KONO EE DOLAH BADAWI

Pak Lah betul betul macam orang KETULAHAN..macam macam silap yang dilakukannya semasa menjadi ..Perdana Menteri...itu yang telah didedahkan...yang belum terdedah tak tahulah..apa lagi agaknya...

Ini ankara siapa..adakah kerana dia kurang cerdik atau orang keliling yang kuat pengaruhnya. Apa pun ...kedua-duanya menunjukkan bala belaka..bukan sahaja dia sorang yang menanggung akibatnya ..rakyat macam kita pun turut terjejas sampai kehari ini akibat kesilapannya yang kadang macam kesilapan yang tak cerdik ( ada silap cerdik tau ?

Gemasindah turunkan disini kenyataan Tun Dr M mengenai satu lagi kesilapan besar Dolah Badawi....yang akan merugikan negara hampir USD 10 Billion. ( Berita TV 3 )


MALAYSIA'S GENEROSITY / KEMURAHAN HATI MALAYSIA ( gi )
By
Dr. Mahathir Mohamad
on April 29, 2010

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.