Isnin, 14 Mac 2011

IMAM BANTAI TUN DR MAHATHIR melalui KHUTBAH JUMAATnya....dahsyat betul



Salam para pembaca Melayu / Islam yang dihormati...

Ketika ini banyak betul komen komen HANTAM Tun Dr Mahathir didalam laman laman FB dan laman blog. Ini dianggap biasa kerana mereka sendiri mengatakan buku yang Tun tulis merupakan buku kontroversial . Kritikan penyokong penyokong pembangkang terhadap Tun yang dirujuk dengan pelbagai gelaran pelik pelik kita sudah biasa sangat...dan sudah tidak mendatangkan sebarang kudis pun ..gatal pun tidak.

Tetapi kritikan orang orang UMNO yang menjadi penyokong setia YM Tengku Razali Hamzah , nampaknya semakin panas ..maklumlah Tun dikatakan mengkritik dan membuat tuduhan dan pembohongan terhadap YM Tengku Razali..didalam buku tersebut...

Kita yang menghormati kedua-dua pemimpin Melayu / Islam yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu, cuma berharap agar pertelingkahan politik antara mereka itu tidak berpanjangan hingga ketahap merugikan kita semua.

Tetapi menggunakan masjid apatah lagi khutbah Jumaat untuk menghina dan memburukkan Tun Dr Mahathir pada hemat gemasindah adalah perkara yang tidak boleh diterima sebab masjid sewajarnya tidak boleh digunakan untuk memburukkan sesama Islam yang bersaudara.

Ikutilah satu rencana yang dipetik dari lamanblog GELOMBANG RAKYAT berkaitan perkara ini.

Selamat membaca.

..............................................................


dari blog gelombang rakyat

TUN M BONGKAR PAS SIMPAN BUKTI KUKUH ANWAR PELIWAT!!

Jumaat lepas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun M telah dihina melalui Khutbah Jumaat di Masjid Taman Tun Dr Ismail akibat daripada penghasilan buku nukilan beliau yang turut menyelitkan kisah Anwar sebagai Peliwat. Imam tersebut yang dikatakan juga merupakan Pemimpin PAS kawasan telah melaungkan Mahathir Fasiq bergema di hadapan makmum yang hadir. Jika dilihat ini merupakan tragedi yang paling memalukan sepanjang hidup beliau kerana beliau telah dihina di dalam Rumah Allah di hadapan umat Islam yang hadir menunaikan Solat Jumaat.

Akan tetapi, Tun M tenang menghadapi situasi sedemikian. Beliau bukan sahaja sudah terbiasa dengan gelaran2 tersebut, malah ada yang pernah menggelar beliau berperangai Yahudi sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri. Imam Khutbah tersebut lupa akan sejarah. Siapa pemimpin politik pertama yang menggelar Anwar Peliwat? Lupakah kita akan gelaran Al Juburi? Siapa yang memberi gelaran tersebut? Mohamad Sabu. Pemimpin agung PAS. Adakah Mat Sabu juga dikategorikan sebagai Fasiq kerana pernah mengakui penglibatan Anwar dalam seks luar tabii tersebut?

Imam tersebut antara juak Totok2 PAS yang lupa bahawa Pemimpin2 PAS yang di antaranya ialah Mat Sabu terlebih dahulu menyebarkan kepada umum melalui Ceramah2 parti tersebut dengan melaungkan Anwar Al Juburi sebagai respons mengiyakan penglibatan Anwar dalam jenayah seks Liwat semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tun M pada ketika itu leka diracuni Anwar membela orang ini dan mempertahankan dakwaan PAS dan kuncu2 nya tentang perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Siapa yang fasiq? Akan tetapi, tidak sempat Tun M mengucapkan Terima Kasih kepada PAS kerana menyedarkan beliau akan perbuatan terkutuk Anwar, dimaki semula oleh PAS dengan pelbagai gelaran. Malah Pemimpin Gay yang didakwa mereka kini dijulang dan dipertahankan sehingga di dalam Khutbah Jumaat.

Tun M tidak menghadapi sebarang masalah dengan gelaran2 sedemikian. Banyak gelaran yang dilihat lebih 'menarik' sebenarnya. Mahafir'aun, Mahazalim, Yahudi Melayu, Kafir dan banyak lagi. Lebih teruk lagi, PAS sehingga mengadakan Solat Hajat bagi membela Anwar yang dahulu digelar Al Juburi dan meminta Allah melaknat kepimpinan Tun M.

Islam itu benar dan adil. Doa2 buruk PAS bukan sahaja tidak dimakbulkan, malah Tun M terus dihormati dan disegani malah bertahan dan dihormati di seluruh dunia. sehingga kini walaupun telah bersara dari dunia Politik tanah air. Malah doa tersebut memakan diri PAS sendiri setelah Pemimpin parti tersebut sendiri menjulang golongan Fasiq ini dengan penganugerahan khas.

Imam tersebut yang mewakili Totok2 PAS juga lupa, siapa yang bersama menyokong Tun M ketika beliau giat berceramah mengkritik kepimpinan Pak Lah1 ketika dahulu. Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayob malah Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri antara yang hadir memberi penghormatan kepada beliau. Malah Nik Aziz sendiri memuji kepimpinan Tun M dengan memberi gelaran Pemimpin Islam paling berani menghentam tindak tanduk Yahudi Zionis menghancurkan Islam. VIDEO MERUPAKAN KENYATAAN NIK AZIZ DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS MENYANJUNG TUN M SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG BERANI!! Adakah pemimpin2 PAS ini juga turut Fasiq kerana bersama menyokong Tun M pada ketika itu?

Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Islam sebagai strategi politik. Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Masjid sebagai medan pertarungan politik. Pendirian bertukar mengikut situasi dan kepentingan politik. Banyak lagi sebenarnya bukti2 jelas bahawa pendirian Tun M ini adalah benar dan tepat. Daripada apa yang terlihat kita mengenai Tun M dan PAS, fikirkan sejenak, siapa sebenarnya munafiq? Siapa sebenarnya Fasiq?

Tun M tidak perlu menonjolkan diri sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada Islam. Tun M tidak perlu mencanang seluruh dunia tentang perjuangannya memertabatkan Islam. Kerana apa yang dilakukan sudah ada di depan mata. Ianya sedang dan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia selama2 nya. Orang yang Fasiq inilah yang mencetus Idea penubuhan Perbankan Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Orang Fasiq inilah yang mencetus idea pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA), Bandar Metropolitan idaman Pakatan Rakyat iaitu Putrajaya dan banyak lagi.

Ini semua kini sedang dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia termasuklah dari kalangan ahli2 dan Pemimpin2 PAS sendiri. Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana melanjutkan pengajian di UIAM? Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana bersubahat meneruskan kerjaya pekerjaan di KLCC, KLIA dan Putrajaya?

Tun M lebih mengenali siapa itu Anwar Ibrahim. Kerana manusia inilah dikutip bekas Presiden UMNO ini dijulang sehingga bergelar manusia No.2 di Malaysia. Maka layaklah juga Tun M membuangnya kerana Tun M sedar, apa yang diperkatakan Pemimpin2 PAS mengenai tabiat Al Juburi Anwar adalah benar.

KOMEN PEMBACA

nun manjung says:

Aku selalu juga menonton siaran langsung sembahyang jumaat dan selalu juga nampak Tun M di kaca TV sedang bersembahyang. Memang pas tak sedar diri. Muka tak malu betui mat sabu, boleh pulak duduk sebelah menyebelah dengan si juburi tu. pelik betui aku tengok orang macam ni...

zxc says:

Salam. Berat kita di malaysia ni..diuji dengan makhluk2 macam B.A.B.I, Tuan Guru Nee Ah Zee, Kapal Posingh, Lim Guan tonggEng, dll. tu tak masuk tekanan dari luar lagi..Nasib baik ada orang macam Tun & P.M Najib. Semoga Allah melimpahkan rahmat & hidayah kpd kita utk menghadapi ujian nih (jangan ringankan solat!! Tun dah tua pun solat berjamaah di masjid, orang muda2 dalam UMNO kena rajin pi masjid!!)

Anonymous says:

termenung aku sebentar bila aku habis membaca artikel ini...

apa yang anda tulis.. semua nya benar..

tersedar aku sekejap..

3 ulasan:

  1. tak semua nya benar.. contoh "Ianya sedang dan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia selama2 nya"selama lamanya? tak perlu terlalu taksub... " Orang Fasiq inilah yang mencetus idea pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA), Bandar Metropolitan idaman Pakatan Rakyat iaitu Putrajaya dan banyak lagi." jikalau pas memerintah terlebih dahulu dari umno? bukan pembangunan itu juga akan dinikmati oleh Tun?

    BalasPadam
  2. tak semuanya benar
    "Ianya sedang dan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia selama2 nya" selama-lamanya?

    " Orang Fasiq inilah yang mencetus idea pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA), Bandar Metropolitan idaman Pakatan Rakyat iaitu Putrajaya dan banyak lagi."

    JIKALAU PAS/DAP/PKR?siapa2 sahaja memerintah sudah tentu pembangunan itu Tun akan nikmati kemudian.. bukan soal jasa Tun seorg.. dan soalnya bukan pembangunan tapi tanggungjawab pemimpin mengurus negara itu sudah tentu, lagi pun duit rakyat juga bukan duit Tun. tak di nafikan jasa perlu di iktiraf bukan taksub sebegini..

    BalasPadam
  3. cuba utuk menyangkal lagi ke? ini bukan taksub tapi nak msedarkan diri dek untung tue JIKALAU PAS/DAP/PKR ko fikir dia nak buat ke??????? yang ade sekarang nie pon rampas hak rakyat nak bagi pembangunan konon. ckp la yang ko akui TUN MMG BIJAK MENGURUS KEWANGAN NEGARA bukan NAK HBS OR BAZIRKAN DUIT RAKYAT MCM YG MCM PAS/DAP/PKR LAUNG2KAN SBLM NIE. LAST2 KEMPUNAN NK MEMILIKI. mampu ke????? kalau tak kerana aide TUN dan inzin ALLAH tahun 1998 MALAYSIA BANKKRAP LA KALU IKUT CADANGAN PENASIHAT PKR KO TUE. sila faham dan fikir la dulu sblm nk mengomen.apa la

    BalasPadam