Rabu, 22 September 2010

AHLI UMNO & PERKASA................



Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Tulisan dibawah merupakan salah satu komen pembaca blog ROCKY'S BRU. Saya juga saperti beliau saorang ahli UMNO dan ahli PERKASA cuma hanya pernah pegang jawatan kecil dalam UMNO Bahagian dan kini ahli UMNO biasa sahaja.

Saya rasa ramai daripada saudara pembaca juga merupakan ahli UMNO & PERKASA. Apa pandangan saudara tentang isi kandungan penulis komen tersebut berkaitan UMNO ? Adakah ianya benar atau hanya satu tomahan yang tak perlu dinafikan ?

Jika benar bagaimanakah agaknya tindakan yang perlu diambil oleh pirrirmpinan UMNO untuk memulehkan UMNO yang sedang sakit itu ? Sayang sekali di Bahagian saya cerita penulis komen diatas didapati benar belaka. Aduhai UMNO kenapalah jadi sakit tenat sebegini. Mungkin Nazri Aziz boleh jadi BOMOH BESAR UMNO !!!! Saya mengenali si Nazri ini secara peribadi. Saya juga kenal dengan ayahnya TS Aziz Yeop.

Rumusan saya antara sianak dan sibapa sama keadaannya antara Najib & ayahnya Tun Razak umpama langit dan bumi. Tulah agaknya antara sebab Najib takkan campakkan si Nazri tu.

KOMEN DIPETIK DARI LAMAN ROCKY.

Saya menjadi ahli Umno selama 30 tahun. Kini menjadi AJK Bhg dan K. Cwg. Saya juga sudah menjadi ahli PERKASA semenjak penubuhannya kerana mendapati ia menyambung perjuangan Umno dahulu. PERKASA PERJUANG ATAS ISU, ATAS PERKARA YG MELIBAT KEPENTINGAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.
Dalam mesy Umno Bhg yg sya hadiri dam majlis2 Umno, sy dapati apa yg diutama oleh mereka adalah isu bagaimana hendak menang dlm G7, siapa terpilih jadi ahli majlis, projek apa yg boleh mereka dapati, VIP mana yg akan hadir, menu apa? ada elaun.
Seolah mereka berada dalam dunia khayalan, terpisah dari realiti. Bila berhadapan isu berat, mereka tengok reaksi K Bhg atau YB. Kalau boss kata, merah, merahlah, kalau hijau, hijaulah.

Baginilah keadaan Umno yg Nazri inginkan, ahli Umno yg tidak berfikir. Kalau Boss kata 1M baik, baiklah tanpa mahu menolong boss menghalusi implikasinya. Menghalusi bermakna berfikir, berat kerjanya bagi orang yg tak mahu berfikir sprt Nazri dll. Sebab itu, big boss adakan Ujian 1M kerana ramai anak murid yg menjawat jwtn menteri masih di peringkat budak2 sekolah dari segi pemikiran. budak sekolah mesti ada ujian, baru lulus.
Dulu sibok dgn KPI. Tapi sekarang senyap sepi seribu bahasa. Itulah dia kepimpinan umno sekarang. Bosan dan membosankan. Sesat dan menyesatkan.

Khamis, 16 September 2010

ADALAH AMAT BODOH PEMIMPIN UMNO TAKUT PADA PERKASA..........



Salam saudara pembaca Melayu Islam yang dihormati.

Gemasindah berpendapat adalah amat bodoh jika ada pemimpin UMNO yang takut pada PERKASA. PERKASA hanya merupakan NGO yang sangat kecil berbanding UMNO. Perjuangannya bertumpu kepada perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang sepatutnya dijulang tinggi oleh UMNO. Kenapa takut ? Sebab UMNO tak mampu lagi pertahankan Perlembagaan ? Atau yang menodainya UMNO sendiri ?

Jadi jika Nazri , Tengku Adnan, Khalid Nordin & Khairy Jamaludin kehulu kehilir mengutuk PERKASA tak tentu hala , jelaslah mereka ini orang belum cerdik atau dah sahih kebangangannya. Elok sajalah berhenti jadi pemimpin dan gi belajar lagi bidang Sains Politik.

Semasa gemasindah turut berkempen di Gemas untuk meramaikan ahli PERKASA, YB Gemas hantar pegawai polis temuduga gemasindah sedangkan gemasindah cuma merupakan ahli biasa PERKASA. Jelas YB Gemas juga takut pada PERKASA tanpa mahu memikirkan secara mendalam apakah perjuangan PERKASA itu. Kesian tengok Datuk Paduka tu.....

Berikut gemasindah turunkan komen komen orang Melayu biasa berkaitan PERKASA yang gemasindah kutip dari beberapa blok terkemuka.

....................................................................................

Alle said...

Dulu tak perlu Perkasa pun. Tun Dr Mahathir boleh cakap openly on social contract and his stands on it. Tapi tak la Tun ketepikan non-malay. In fact, they benefited from economic progress during Tun era.
It seems like now UMNO nak kena justify pulak benda-benda yang our forefathers had agreed earlier on. Nasib baik tak minta maaf, dan jangan ada yng mengada-ngada nak minta maaf.

Let PERKASA makes the stand now. Will the non bumi lose any economic advantage?
As govt relax and allow more higher education institution to operate in Malaysia, more non-bumi now have access to tertiary education. Tak payah la discuss the quality, lagipun the private sectors controlled by the non-bumi will hire them anyway.

Maybe UMNO tak peka pada perasaan orang-orang melayu kebanyakan ini. Tapi yang banyak ini lah yang akan menilai dan menentukan kesinambungan UMNO sebagai satu parti yang relevan. Mungkin dari segi keanggotaan, PERKASA masih tidak mempunyai ahli yang ramai. Tetapi tiada yang tahu bilangan silent supporters yang sedang berkira-kira menunggu dan melihat langkah gerak UMNO dan PERKASA seterusnya.
Mungkin 1Malaysia baik untuk negara ini dari segi ekonomi. Tapi persoalannya, adakan ia menjamin orang-orang melayu tidak dihimpit dan diketepikan. Apakah kalangan Melayu yang miskin akan terus bertambah? Apa akan terjadi kepada beribu-ribu kontraktor Bumiputra?

Jangan sebut tentang open tender. tak perlu kata kontraktor Bumiputra mempunyai peluang samarata. Open tender selalunya dilakukan untuk kontrak kerajaan.

Kontrak-kontrak sektor swasta selalunya melalui proses "selective tender". mana ada peluang untuk kontraktor bumiputra..
Adakah 1Malaysia akan memberi peluang samarata kepada semua rakyat Malaysia? Kalau betul begitu, will the non-malay reciprocate?
...........................................................................
Rocky Bru,s...says..

Why KJ & Co should engage Perkasa. This is as good as Umno's official stand on Perkasa as you can get, for now. And said at a time when several Umno leaders (actually just a handful of them, namely Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz, Ku Nan and Khalid Nordin) are starting to attack Perkasa the way the DAP has been attacking this NGO, I say it's a timely statement from the Umno president to let his little mavericks know where the line should be drawn and avoid a "power struggle" wished for by Sin Chew, the newspaper that has lately been critical of anything too pro-Malay.

....................................................................................

Anon C said...

Have u ever heard kit siang condemning a Chinese as racists?

Have u ever heard kit siang condemning the cause of NEP (which is the racists business practices of Chinese clans/groups) as racists? He surely condemns NEP as racists.

Have you ever heard kit siang condemning the Chinese cultural and educationists group as racists whenever they fought for their rights? He surely condemns Malay fighting for their constitutional rights as racists.

Have you ever heard kit siang condemning Chinese vernacular schools as a racists institution? No right. But these schools further deepen racism and separate our races. If our children can’t even meet talk or laugh together when they were young, do you suddenly expect them to be ‘Malaysian first’? Surely not. Kit siang condemned DPM for not being Malaysian first but support our kids to develop race first rather than Malaysian first.

And you know why kit siang does this? He’s protecting his electorates: the Chinese. In this manner he is No different from Ibrahim ali.

............................................................................

hamdan said...

Salam.

Setuju dgn bro.( Anon ) DAP, MCA atau gerakan tak pernah buat stand pun tentang NGO exstreamis mereka. Malah mereka perjuangkan apa yg NGO mereka minta.

Yg kelakarnya umno pula takut nak backup Perkasa?. Kalau ini kenyataan bukan arahan Najib, saya rasa pembesar2 umno ini dah cross line kuasa mereka. Jika ini arahan Najib, saya rasa tak payahlah jadi pemimpin parti umno yg memperjuangkan bangsa melayu. Nak kuasa pandai pula guna umno tetapi bila nak pertahankan hak melayu penakut pula.

Perkasa hanya mempertahankan perlembagaan dan tak buat lebih dari itu...jadi salah ke?

...............................................................................

Gemasindah...

PEDULIKAN PEMIMPIN UMNO YANG KONONNYA LIBERAL TU.....!!!!

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI SERTAI PERKASA DEMI MELAYU - ISLAM.

Selasa, 7 September 2010

UCAPAN..........



Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

GEMASINDAH mengucapkan berbanyak banyak terimakasih kerana kesudian saudara semua mengunjungi laman blog yang kerdil ini. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Marilah sama sama kita berdoa agar Allah sentiasa memberkati kita semua sebagai Melayu yang Islam dan juga marilah kita berdoa agar Allah menghunjamkan semangat cinta dan kasih sayang dihati kita semua agar kita terus bersatupadu dan bantu membantu antara satu dengan yang lain.

Kita juga berdoa agar Allah mengurniakan kita PEMIMPIN YANG BETUL BETUL IKHLAS, JUJUR dan BERANI membela bangsa , agama dan tanahair tercinta ini.

Khasnya SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada penduduk Gemas dan mereka mereka yang mengenali GEMASINDAH secara in person.


Salam Takzim dari....

GEMASINDAH.