Khamis, 8 Julai 2010

SAMBUNGAN ENTRI ----REFORMASI EKONOMI DESA.



SENYUM DULU BARU BACA ...dari Azman Kelubi

Tajuk : Jenaka Siapa Tua

Di sebuah tadika di pinggir kota.

Cikgu: Amri, awak ada berapa adik beradik?
Amri: Tiga, cikgu.
Cikgu: Awak yang paling tua?
Amri: Tak. Atuk saya.

Tajuk : Mayat

Cikgu: Hassan,sambungkan 2 ayat ni menjadi satu.”Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat’.

Hassan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

SAMBUNGAN ENTRI ----REFORMASI EKONOMI DESA.

Ekonomi desa yang berasaskan pertanian nampaknya tidak akan mengeluarkan orang Melayu dari kepompongan kemiskinan walau macam mana rajin dan gigihnya mereka bekerja dan berusaha.

Jika asas ekonomi desa ini tidak diubah maka berterusanlah orang Melayu itu didalam kepompongan kemiskinan dan berterusanlah momokan yang menghina bangsa Melayu itu sebagai pemalas dan bodoh.

Sejak dahulu kita perhatikan kerajaan telah cuba merubah senario ini dengan pelbagai usaha memodenkan sektor pertanian. Kita dapati usaha itu walaupun ada kesannya tetapi masih tidak memberi impak yang diingini untuk merubah tahap pendapatan penduduk luarbandar dan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luarbandar ?
Jawapannya ialah ECONOMIC REFORM – Reformasi Ekonomi Desa.

Apakah asas asas utama Economic Reform ini ?

Jawapannya – asas asas ekonomi luarandar perlu dipelbagaikan.

Kita tidak sepatutnya lagi menjadikan kegiatan pertanian sebagai asas utama ekonomi. Kita perlu merubahnya dengan pertamanya membawa ekonomi perindustrian ke luar bandar, mengguna dan mengembangkan sektor perkhidmatan saperti pelancongan, memindahkan pelbagai sektor perkhidmatan & utiliti awam kekawasan luarbandar, umpamanya tidak lagi membena kolej dan universiti di dalam bandar tetapi membinanya diluarbanadar ( ini telah mula dilakukan )

Sabenarnya apakah yang perlu dilakukan untuk reformasi ekonomi luarbandar ini memerlukan kajian yang mendalam oleh pakar pakar ekonomi.

Entri ini ditulis oleh rakyat biasa bagi maksud meminta pihak kerajaan mengkaji dan menjalankan reformasi ekonomi desa sahaja .

Didalam entri yang terdahulu, gemasindah ada mencadangkan agar Program Industri Kampong diaktifkan semula sebagai salah satu asas utama ekonomi desa.

Gemasindah mencadangkan agar pembangunan Industri kampong dilakukan secara serius, konsisten dan secara professional. Cara yang pernah dilakukan dengan menjadikan KEMAS sebagai pelaksana dasar tidak menunjukkan professionalisma kerajaan dan dilihat sebagai projek politik yang sangat lemah bagaikan melepaskan batuk ditangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan