Khamis, 3 Jun 2010

BENARKAH KITA FAHAM AKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI........sambungan


Artikel Utama ...benarkah kita faham akan agama yang kita anuti ?
Dipetik dari manuskrip Ilmu Hakikat Yang Diwariskan oleh Al-Gemasi.

Tidak ramai dari kalangan kita umat Islam termasuk aku yang berpeluang belajar agama secara FORMAL atau belajar ilmu agama sepenuh masa disekolah dahulu. Dalam ertikata belajar agama dalam pelbagai bidang dan cabangnya termasuk dalam hal perbandingan pelbagai agama dalam dunia ini.

Kebanyakan kita belajar agama secara TIDAK FORMAL. Memang ada diajar agama diperingkat sekolah tetapi kita hanya belajar ilmu fardhu ain, ibadah, sejarah rasul & islam sedangkan Ilmu Agama Islam itu sangat luas dan meliputi semua bidang
kehidupan.

Akibatnya kebanyakan kita memperolehi ilmu agama dari penceritaan ibubapa, syarahan agama dimasjid dan melalui media, buku dan lain lain.

Cara pembelajaran tidak formal selalunya tidak sambung menyambung...tiada kontinuiti. Umapamanya syarahan agama ustaz dimasjid / surau atau melalui media melompat-lompat mengikut musim dan mengikut apa yang hendak disyarahkan pensyarah yang tidak ada syllabusnya. Pada bulan puasa sepanjang Ramadhan itu disyarahkan hal hal puasa yang semuanya dalam pengetahuan pendengar.

Kebanyakan penceramah agama mengambil approach yang menekankan tentang hukum spt dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jarang yang bertumpu kepada INTIPATI agama Islam itu sendiri.....khususnya Bab Tauhid hingga ramai dikalangan generasi muda Islam hari ini tidak tahu apa itu NAFI & ISBAT.

Apabila keluar dari alam persekolahan kita sibuk pula dengan bidang kerja yang kita ceburi. Ketika itu kita masih muda belia. Tentulah kita suka dengan hal hal berkaitan dengan orang muda...hiburan, sukan, enjoy dan sebagainya. Mungkin ramai juga dari kita semua semasa muda dulu terlanggar hukum Allah terutamanya dalam hal hubungan bukan muhrim....

Selalunya satelah kita menjangkau umur pertengahan ( above 40 ) minat untuk mendalami ilmu agama akan bertambah. Begitu juga halnya dalam beribadah kepada Allah.

Maka mulalah kita mencari guru, buku dan sebagainya. Guru pula dikatakan hendaklah yang murshid tetapi tidak ramai guru yang berani mengaku murshid dan tidak ada pula tanda tanda murshid itu dikeningnya.

Ramai juga dikalangan kita yang meminati Ilmu Tasauf tetapi ramai ustaz ustaz termasuk mereka yang bergelar ulamak banyak bertumpu kepada hal hal yang telah kita ketahui. Mereka ini pula suka MENAKUT-NAKUTKAN orang berkaitan hukum hukum Allah, tentang dosa, pahala, syurga, neraka, siksa sakratulmaut, siksa kubur, azab neraka, meniti titian siratul mustaqim dsb

Perkara ini mendatangkan KETAKUTAN kepada pendengar yang jahil hingga ramai yang tertekan jiwanya dan menganggap Agama Islam itu AMAT BERAT SEKALI.

Aku menjadikan diriku sebagai contoh. Oleh kerana aku tidak belajar agama secara formal , banyak ibadah pokok seperti sembahyang dan puasa tidak aku buat sepanjang hidupku. Akibatnya aku menggigil ketakutan setelah mendengar satu syarahan agama dimasjid dimana ustaz mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengqadakkan ka sembahyang dan puasa wajib pasti dicampakkan Allah keneraka jahanam.

Aduh...takutnya aku...menggigil seluruh badan sebab bila aku kira jumlah waktu solat yang tertinggal....selama ini dalam setahun 365 hari itu...aku tidak boleh buat kerja lain melainkan sembahyang qada’

Begitu juga bab puasa.....oleh kerana selama ini aku suka makan siang hari bulan Ramadhan....aduh ..kalau nak qadakkan...sepanjang tahun ..365 hari itu aku kena puasa setiap hari...itupun bulan Ramadhan tahun itu ...kira tak boleh puasa qadak..lah.

Aku boleh jadi gila kerana terlalu bimbang akan nasib aku setelah aku mati nanti.

Tiada saorang muslim pun dengan sengaja mahu menempah neraka. Semuanya nak masuk syurga.

Hampir seminggu aku jadi separuh gila........................................

Bersambung....nexr entri....Islam bukan agama yang berat ....tentu ada jalan selesai...

1 ulasan:

  1. Salam Bro,

    Satu artikel yang bagus, mudah difahami dan 'kena' pada diri. Teruskan...

    BalasPadam