Jumaat, 14 Mei 2010

WHY PERKASA ?

KENAPA / WHY PERKASA ….
UNTUK MELAYU ISLAM……SALAH KE ????

Pada tahun 1946, apabila British bercadang menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu dan menggugat kedudukan Islam, Melayu bangkit, menghapuskan perbezaan pendapat lalu membentuk gagasan perkasa. Lahirlah UMNO pada 11Mei 1946 di Istana Johor.UMNO yang bermakna United Malays National Organisation menjadi wadah perjuangan Melayu.

British mengurungkan niat mereka dan UMNO sejak itu merupakan satu-satunya parti Melayu sebelum Haji Fuad menderhaka apabila beliau tewas kepada Tunku Abd Rahman sebagai Presiden UMNO. Maka lahirlah Parti Agama(Islam) SeMalaysia atau PAS. Melayu sudah terpecah dua dengan satu parti bertunjangkan nasionalisme sementara satu parti menjual brand Islam.

60 tahun kemudian, setelah dua parti Melayu ini bercakaran, dan setelah kedua-duanya pula mengidamkan imej liberal, tidak berani menjadi 'ethniccentric' atau even 'religious freak', majoriti senyap Melayu mula gundah gelana. Mereka merasakan perjuangan mempertahankan Article 153 menjadi yatim piatu dengan para poli-tikus Melayu haluan kiri kanan depan belakang malu-malu mengakui ketuanan Melayu ataupun Islam.

Seperti mengulangi gagasan perkasa pada tahun 1946, NGO Melayu yang sudah kurang yakin(bukan tidak percaya) lalu membentuk PERKASA.
"Perkasa wasn't born yesterday. It was created by a group of Malay NGOs in response to what they saw as a threat to the special privileges of the Malays and the Bumiputeras as enshrined in the Constitution."

Semasa perasmian mesyuarat agung PERKASA oleh Dr Mahathir, seramai 10,000 orang menghadiri perhimpunan Perkasa di PWTC.

Mereka hadir tanpa adanya pertandingan Presiden, Timbalan, Naib atau MKT. Mereka hadir bukan kerana ada 'habuan' seperti ketika Perhimpunan Agung UMNO(PAU). Mereka hadir kerana kesedaran pentingnya mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.

Salah ke ? PERKASA perjuangkan Artikel 153 yang menjadi tunjang hidup aman damai rakyat Malaysia selama ini.

Salah ke jika orang melayu tidak kira ahli apa parti pun bersatu padu dibawah payung PERKASA untuk membantu melayu menjadi kuat semula ?

Kenapa masih ada ahli UMNO yang kononnya berjuang untuk kesejahteraan umat Melayu RAGU – RAGU dan segan segan nak menyokong PERKASA ? Takut kedudukan dan kuasa terjejas ????

Apa yang salah kalau melayu kata Malaysia ini negara Melayu sebab memang pun ianya satu satunya negara Melayu.

Kenapa Tok Najib takut takut nak sebut. Ini negara Melayu. Melayu memang ada keistemewaan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan