Sabtu, 15 Mei 2010

GEMASNEWS....

GEMASHOMESTAY..........

Gemasindah sekali lagi suka mengucapkan syabas kepada Brader Haris Jantan Naib Pengerusi Homestay Gemas ( GH ) kerana bertindak positif terhadap cadangan Gemasindah melalui blog ini untuk memaksimumkan penggunaan aset Gemashomestay di Ulu Ladang.

Kompleks tersebut memakan belanja yang tinggi juga untuk disiapkan. Macam berniagalah modal besar dikeluarkan jika hasil jualan kecil tentu mendatangkan kerugian.

Gemashomestay sekarang mempelawa penduduk sekitar Gemas atau mana mana pihak pun untuk menggunakan kompleks tersebut bagi mengadakan apa apa majlis keramaian seperti kenduri kahwin, mesyuarat , pertunjukan kebudayaan dan sebagainya dengan kadarsewa yang amat munasabah ( sekitar RM 500.00 )

Banyak kemudahan dan keselesaan yang ada. Kawasan kompleks mampu menampung tetamu kenduri kahwin didewan terbuka yang baru siap. Tempat meletak kereta dikawasan lapang tapak perumahan yang dah lama siap itu boleh menerima ratusan kereta.

Pentas sedia ada amat sesuai dijadikan PELAMIN BERSANDING mempelai. Sistem pembesar suara GH merupakan sistem yang canggih. Malah GH bersedia menyediakan para tukang masak untuk kenduri kahwin jika dirundingkan. Masyarakat Gemas sedia maklum RENDANG ABANG KOTAI memang sedap dan sentiasa mendapat pujian.
Penyewaan pertama kompleks untuk kerja kenduri kahwin akan diadakan dipenghujung bulan Mei ini.

Bagi mereka yang berhajat untuk menyewa kemudahan kompleks ini silalah berhubung dengan brader Haris ditalian 012 - 7971878. Tak usah telefon dia pada hari Sabtu dan Ahad kerana beliau sedang mengikuti kuliah di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling ..tak dapat nak angkat telefon.Sikap nak terus belajar ini pun satu sikap yang patut dipuji juga....dan dijadikan contoh...terus belajar..pertingkatkan ilmu walaupun kita semakin berusia.

Cuma dalam ruangan ini gemasindah nak cadangkan kepada GH, untuk menyediakan satu ruang berhawa dingin yang boleh menampung sekitar 30 - 40 orang yang boleh digunakan bagi mengadakan ceramah tertutup seperti kursus kursus intensif dan sebagainya. Kemudahan seperti ini belum ada di Gemas.

Keep moving forward Gemashomestay.

GERAI GERAI MAJLIS DAERAH

Kita sedia maklum bahawa jikalah Majlis Daerah Tampin tidak membina gerai gerai perniagaan di pekan pekan , orang melayu tidak akan dapat berniaga. Ini adalah kerana orang melayu belum ada duit untuk membeli rumahkedai yang kini berharga ratusan ribu.

Kita wajar mengucapkan syukur dan berterimaksih kepada pengurusan Majlis Daerah Tampin.

Gemasindah nak beranikan diri untuk mencadangkan kepada MDT supaya menukar sistem SEWA sekarang kepada SISTEM SEWABELI. Maksudnya setelah jumlah nilai tertentu penyewaan dapat diperolehi MDT menukarmilik gerai kepada penyewa.

Dengan cara sistem sewabeli ini kita dapat menambah pemilikan harta orang melayu dibandar walaupun harta itu tidak sama nilainya dengan rumahkedai milik bukan melayu. Tak mengapalah ..setidak-tidaknya ada juga pemilikan untuk generasi melayu akan datang.

MDT boleh terus membina gerai gerai yang lebih besar dan lebih moden serta lebih kemudahan dikawasan kawasan strategik termasuk juga dikampong kampong.

Gemasindah mohon maaflah kepada MDT kalau sekiranya cadangan gemasindah ini merupakan cadangan yang bodoh.

Gemasindah....kadang kadang sanggup jadi bodoh untuk cuba jadi cerdik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan