Rabu, 19 Januari 2011

MEMANG SAYU HATI MELIHAT PERUBAHAN PAK SYEIKH .....DULU & SEKARANG




Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Memang sayu sekali hati gemasindah melihat perubahan sikap, perangai, pegangan dan wadah perjuangan DS Anwar Ibrahim yang dulu kami panggil sebagai Pak Syeikh.Gemasindah yakin perasaan sayu ini tidak dirasai oleh gemasindah sahaja tetapi juga oleh ramai kawan kawan dan sahabat yang dulunya merupakan penyokong kuat Pak Syeikh.

Sayu ini jugalah yang dirasakan oleh pejuang pejuang Islamisasi dari pelbagai NGO dan sayu ini jugalah yang diceritakan oleh pendakwah pendakwah saperti Dr Uthman El Muahammady...

Ikuti rencana Dr Uthman El-Muhammady , saorang cendikiawan Islam dan pendakwah bebas yang tidak memehak mana mana parti politik baik UMNO , PAS mahupun PKR.

Semasa Pak Syeikh menuntut di UM , dulu kalau tidak silap Dr Uthman masih berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Sastera ketika itu. Gemasindah tidak pasti sama ada Pak Syeikh pernah menjadi mahasiswa / penuntut Dr Uthman.

...........................................................

Rencana Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady bertajuk “Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam”


Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hick dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhirnya. Allahumma sallimna wa’I-Muslimin. Amin.

Pluralisme yang ditakrifkan sebagai kenyataan pluralisme (‘sheer fact of pluralism’) (seperti dalam laman web projek pluralisme Universiti Harvard, antara lainnya) [1] sebagai keberadaan pelbagai agama dalam sesebuah negara atau masyarakat – dalam erti ini pluralisme diamalkan dalam Islam walaupun di Madinah di zaman Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan kemudiannya seperti di Andalusia dan kerajaan Othmaniah Turki.

Demikian pula pluralisme agama dalam erti adanya ruang awam di mana para penganut pelbagai agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi untuk saling memahami antara satu sama lain, itu juga sesuatu yang diterima dalam Islam, kerana kelainan umat manusia dalam kelompok-kelompok dan bangsa wujud untuk saling kenal mengenali antara sesama mereka sebagai bani Adam [2]; ini juga diterima dalam Islam semenjak zaman Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan ia harmonis dengan ajaran Islam.

Tetapi pluralisme dalam erti kenisbian dalam kebenaran hakiki dan mutlak, yang mengajarkan tidak ada kebenaran mutlak yang boleh dicapai, dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan, itu tidak diterima, bahkan ditolak dalam agama Islam. Kalau tidak ada erti kenyataan Qur’an yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq, kebenaran, dan dengan itu kebatilan hilang, kerana kebatilan memang mesti hilang [3].

Agama Islam datang dalam pusingan nubuwwah terakhir dalam sejarah umat manusia, yang selepas daripadanya tidak ada lagi nubuwwah dan kerasulan [4]; dan ia datang sebagai saksi atas sekalian ajaran di dunia, dan Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam datang sebagai saksi atas umat ini [5]. Peranan sebagai saksi atas umat manusia tentang kebenaran tidak mungkin terjadi pada orang yang mempunyai pegangan tentang ‘kebenaran yang pelbagai’ (multiple truths).

Pluralisme agama dalam erti yang dibentangkan dalam gagasan Prof Hick yang meninggalkan sikap eksklusif Khatolik, dan yang sepertinya, menganggap semua agama-agama membawa kepada ‘salvation’, menunjukkan pemikirnya tidak ada keyakinan terhadap agamanya dalam erti yang sebenarnya. Ia timbul daripada pengalaman peradaban dan budaya serta perkembangan pemikiran keagamaan Barat yang pahit dalam sejarahnya.

Tidak masuk akal sejahtera bagi orang Islam yang berimamkan Quran boleh mengikut aliran yang kemuflisan dari segi rohani dan penaakulan berasaskan tauhid seperti ini. Islam mengajarkan semua pengikut autentik para nabi selamat, pengikut Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam selamat, ahli fatrah yang tidak ada nabi pada zamannya, zaman antara dua nabi, selamat [6], mereka yang ‘tidak sampai seru’ selamat [7].

Orang yang berkepercayaan seperti John Hick dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ [8] dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic, dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya.

Pegangan seperti ini membawa kita kepada perkara-perkara yang menjadi persoalan dalam kalangan mereka yang terpengaruh dengan aliran ini ialah seperti berikut:

1. Dalam menyebut tentang sikap eksklusif dalam agama yang membawa kepada pertelingkahan, disebut oleh setengah pihak sikap eksklusif itu ada dalam Islam Syiah-Sunni-dan dalam agama Kristian yang ada pecahan-pecahannya.
Dalam Islam wacana Sunni adalah arus perdana, sebagaimana yang ternyata dalam ijma’ selepas daripada Quran dan Sunnah; maka manusia perlu menggunakannya sebagai neraca, untuk membezakan apa yang boleh diterima dan apa yang tidak dari segi intelektual dan rohaniah, bukan yang lain, kalau pihak yang bukan Islam, mereka dengan agama mereka, tetapi perlu ada toleransi dan sikap hidup bersama dengana aman, kecuali berlaku pengkhianatan.

Tentang menyebut golongan Sufi seolah-olah lain daripada Ahli Sunnah itu tidak sepatutnya berlaku, sebab, sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘al-Farqu bainal-Firaq’ antara lainnya [9] golongan Sufi adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dengan itu maka tidak boleh mereka itu dianggap sebagai terpisah daripada epistemologi Sunni, bahkan ia intinya.

2. Ada di kalangan mereka yang terpengaruh dengan pluralisme dengan menyebut bait-bait Jalaluddin Rumi untuk ‘mengesahkan’ aliran pluralisme agama itu. Antaranya bait yang seperti di bawah:

Lampu-lampunya berlainan, tetapi cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan.

Ini boleh difahami sebenarnya bila diingatkan bahawa Rumi adalah seorang Sunni yang berpegang kepada Mazhab Hanafi, dan ia taat kepada syariat. Ia ada menyebut perkara-perkara yang tidak disetujuinya berkenaan dengan Musyrikin, Kristian dan Yahudi. Bahkan suatu masa bila ia ditanya berkenaan dengan Jesus sebagai Tuhan, ia dengan keheranan bertanya, adakah munasabah orang kurus sedemikian yang tingginya beberapa meter yang dikejar-kejar orang untuk dibunuh ke sana ke mari, ia Tuhan Pencipta sekalian alam?

Kalau ia tokoh pluralisme sebagaimana yang disangka oleh mereka yang terpengaruh dengan aliran itu ia tidak demikian.

Adapun baitnya yang menyebut tentang cahaya dan lampu itu perlu dilihat dari segi ajarannya sebagai sufi, ini bukan kenyataannya tentang falsafahnya, ini bicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, pergi kepada hakikat, tetapi mesti berpegang kepada syariat, bukan meninggalkannya, dan menganggap ‘semua benar.’ Ertinya ia berpartisipasi dalam syariat tetapi merealisasi ‘penyaksian rohaniah’ tentang kebenaran dalam agama. Ia bukannya mengatakan ‘ya’ kepada semua sistem kepercayaan.

Ertinya ia orang yang mencapai ma’rifat kepada Allah sebenarnya dan menyedari hakikat agama yang sebenar, ia bukan semata-mata terbatas kepada mazhab-mazhab seperti dalam Ahli Sunnah ada mazhab yang empat itu, tetapi di samping menerima mazhab itu dan beramal dengannya ia mencapai musyahadah secara rohaniah dan ‘menyaksikan’ perkara sebenar agama dengan penyaksian batin sendirinya. Itulah cahaya itu; ia bukan bererti bahawa pegangannya ialah semua seistem kepercayaan membawa kepada kebenaran dan kepada syurga.

3. Berkenaan dengan adanya soalan-soalan yang kelihatan ada persamaan antara manusia seperti dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? Jalan kerohanian membawa kita kepada satu pencarian sarwajagat tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan dan sifat keunggulan, ini semua bukan bererti bahawa semua agama membawa kepada ‘salvation’ dalam erti yang diajarkan oleh Quran; kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang datang terakhir sebagai ajaran sarwajagat untuk semua manusia (kaffatan linnas). Kalau tidak sejarah anbia dan sejarah Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam tidak ada erti apa-apa.

4. Tentang ada pendapat Dante yang menulis di zamannya dalam Monarchia yang menyatakan tujuan terakhir hidup ini ada dua – kebahagiaan dalam dunia ini dan juga kebahagiaan dalam akhirat dengan berada dalam limpahan nur melihat Wajah Tuhan. Mencapai dua matlamat agung ini berlaku dengan menghadapi kesukaran yang besar. Kejayaan itu boleh tercapai:

‘hanya bila gelombang-gelombang kerakusan yang menggoda itu ditenangkan dan umat manusia berehat santai dalam ketenangan dan keamanan’

Kenyataan itu benar dari segi jiwa manusia perlu ditundukkan supaya ia menyerah kepada kebenaran dan ia berpegang kepada sifat-sifat unggul, itulah yang membawa kepada kedamaian manusia dan hilangnya konflik. Tetapi ini bukan hujah untuk pluralisme agama dalam erti Hick, yakni bahawa semuanya membawa jalan ke syurga, dan tidak ada sistem kepercayaan yang dimansuhkan kebenarannya bila datang Quran.

Pada umat Quran dengan datangnya Quran berlakulah pemansuhan semua sistem kepercayaan, dan ajaran Quran adalah sarwajagat. Lagi pula kalau ini difahami sebagai hakikat bahawa manusia menjadi sejahtera bila ia tunduk kepada otaritas ilmu dan akal, maka bukannya ini membawanya ‘bertemu’ dengan Ibn Rushd dan al-Farabi, sebab kedua-duanya tunduk kepada Shariat Muhammad s.a.w dan Quran, tetapi Dante, walaupun selepas Quran datang, ia tidak tunduk kepadanya. Ertinya ia bukan berpegang kepada pluralisme agama dalam maman seperti Hick itu.

Bahkan dalam ‘Purgatio’ dalam ‘Divine Comedy’ nya Dante meletakkan Nabi Muhammad dan Saidina Ali rd dalam neraka [10]. Dijauhkan Allah. La haula wa la quwwata illa billah.

5. Kalaulah dikatakan sekarang keadaannya ialah bahawa kebebasan beragama yang tanpanya tidak ada pluralisme agama, adalah suatu kebebasan yang tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi yang terkenal dan teguh kedudukannya, itu bukan bermakna bahawa di negeri-negeri Islam Muslimin dan kerajaannya tidak boleh memihak kepada Islam. Ini kerana dalam Islam kewajipan kerajaan Islam ialah melaksanakan ajaran Islam sampai sebaik-baiknya dan apa yang menggangu kejayaannya secara tidak patut mesti diselesaikan.

Dalam Islam kerajaan tidak boleh memilih untuk menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kebenaran itu mesti ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran itu. Sebab itu al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak berotoriti Islam memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai bila berlaku penyelewengan daripada ajaran Islam yang benar (kecuali orang yang berkenaan bukan Muslimin) [11]. Tetapi pihak berkuasa Muslimin tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka ini diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Tentang pendapat yang menyatakan bahawa kebebasan beragama yang terkandung dalam ayat yang bermaksud ‘Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) itu dalam Islam memaksudkan bahawa kita tidak boleh memaksa orang supaya memeluk Islam, itu terletak pada pilihannya; tetapi bila ia sudah Islam tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama ini. Kita tidak menafsirkan kebebasan beragama itu kebebasan untuk murtad bagi orang Islam. Tidak ada pendirian itu dalam sejarah dan ilmu Islam.

Kalau hendak disebutkan perbandingan kita tidak memaksa orang untuk menjadi warganegara kita, tetapi bila ia menjadi warganegara ia tertakluk kepada undang-undang negara, ia tidak boleh berontak menentang negara itu. Dan tidak ada ‘pemberontakan’ yang melebihi ‘pemberontakan’ melawan Tuhan. Dijauhkan Allah.

Maka kita tidak seharusnya mengikut falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama bila falsafah itu bercanggah dengan Quran, walaupun ianya dianggap sebagai antarabangsa dan sebagainya. Demikian pula dengan kebebasan dhamir, freedom of conscience, kita memandangnya dalam konteks ajaran Syara’, kita tidak membuka ruang untuk kebebasan dhamir berjalan bila ia bercanggah dengan akidah dan aturan Syarak. Sangkaan bahawa kebebasan dhamir berjalan tanpa disiplin tidak ada dalam ajaran Islam. Kalau itu ada dalam ajaran lain itu pilihan pihak lain, bukan pilihan umat ini.

7. Berkenaan dengan orang lain yang mempunyai kepercayaan yang selain daripada Islam, kita tidak disuruh memilih untuk ‘menyerang’nya, bahkan kita dilarang ‘memaki’ apa yang menjadi pujaannya selain daripada Allah, walaupun yang secara kelihatan lembut dan berbudi, kalau tidak ia akan memaki Allah pula dalam perseteruan dan kejahilannya [12].

Kita diajarkan untuk menyeru manusia dengan hikmah kebijaksanaan (bukan putar belit), bila pihaknya sesuai digunakan kaedah itu, kemudian dengan nasihat yang baik, dan akhirnya kalau perlu berhujah, sebab pihak yang berkenaan itu degil, kita disuruh berhujah dengan ‘cara yang paling cantik’ [13].

Kita hidup dengan aman damai dan tidak mengganggunya, kecuali ia mengganggu kententeraman orang ramai. Dan kita lakukan demikian bukan untuk menjayakan pluralisme agama dalam erti John Hick tetapi dalam erti ‘bagi kamu agama kamu bagiku agamaku’ dalam surah al-Kaafirun, dan dalam erti yang diajarkan dalam Perlembagaan Madinah, sebagaimana yang tercatit dalam ‘Sirah ibn Ishaq’ yang di dalamnya orang Yahudi mengamalkan agama mereka dan orang Kristian mengamalkan agama mereka, tetapi mereka adalah ‘umat yang satu lain daripada manusia lain’ (dalam erti entiti siasah dan bernegara).

8. Adapun berkenaan dengan ayat tentang kejadian manusia berkaum-kaum dan bersuku-suku untuk kenal mengenali antara satu sama lain (bukan untuk bermusuh), itu memang benar, dan dihujungnya dinyatakan dengan terang dan tegas bahawa yang paling mulia di kalangan manusia ialah mereka yang paling bertaqwa (dalam erti paling menjaga suruhan dan larangan Allah) [14].

Ayat ini tidak boleh digunakan untuk memberi keabsahan kepada teori Hick tentang pluralisme agama dalam erti semuanya membawa kepada ‘salvation’.

9. Tentang adanya kenyataan dalam kitab agama lain yang menyatakan bahawa orang yang mampu melihat bahawa semua jalan membawa kepada Yang Satu, itupun perlu dilihat dalam konteks Quran sebagai ‘muhaiminan ’alaih [15] dalam erti ia menjaga erti-erti asasi dalam ajaran agama dan ‘membenarkan [kebenaran] yang terdahulu daripadanya [di kalangan anbia])’. Jalan yang dimaksudkan itu, kalau dalam Islam ialah jalan-jalan rohani yang sahih dalam ajaran para imam dan benar, bukan ‘jalan pemikiran’ para ‘pemikir’ dalam erti Barat yang tidak mempercayai wahyu dan nubuwwah serta tauhid, apa lagi kalau dalam pascamodenisme.

Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu ialah kebenaran tauhid dalam Islam, maka itu tidak menjadi masalah; tetapi kalau semua sistem kepercayaan difahami membawa kepada Yang Satu yang kabur, itu menjadi masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid bukannya Yang Satu; kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, bukan Yang Satu dalam Quran.

Pokoknya bergantung kepada kedudukan Quran sebagai ‘muhaiminan ‘alaih’ yang berupa pengawal kebenaran dalam erti-erti pengajaran agama, sebagaimana yang dihuraikan oleh teks-teks arus perdananya.

10. Tentang pandangan yang mengatakan bahawa apa juga agamanya, sama ada ia itu Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, dipercayai ialah bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata (mere practice) dan ibadat semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, ini juga perlu dilihat dalam rangka Quran sebagai ‘muhaiminan ‘alaih’.

Bila ini diambil sebagai neraca maka yang diambil kira bukan sahaja ‘kebenaran yang satu (secara tauhid yang sebenar)’ tetapi juga bentuk-bentuk amalan yang dilakukan, adakah ia sesuai dengan ajaran Quran atau tidak. Kalau tidak, maka kedudukannya adalah memang demikian.

Keringanan boleh berlaku bila itu adalah natijah daripada tidak sampai dakwah secara benar, atau tidak terdedahnya pihak yang berkenaan daripada kebenaran yang sebenar, atau orangnya berada dalam zaman fatrah yang tidak ada Rasul yang membawa kebenaran. Ajaran tentang semua ini kekal hingga ke akhir zaman. Tidak ada pemikiran falsafah dan penemuan akademik yang membatalkannya, bagaimana juga cerdik dan pintar orangnya. Selamat dan berbahagialah mereka yang tunduk kepada dan menerima kebenaran serta mengamalkannya, lebih-lebih lagilah merealisasinya dengan tahkiknya. Amin.

11. Tentang pandangan yang menyatakan bahawa ada pemimpin-pemimpin tertentu agama-agama dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi dan tidak sangat menerima perkara-perkara yang sama (commonality) yang menghubungkan manusia semua dalam pelbagai agama, dan bahawa kalaulah diterima dasar persatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama menjadi satu tenaga penyatuan, bukan sebab bagi perpecahan, dan dinyatakan bahawa itu jalannya untuk menarik kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan secara serius.

Pertamanya, kalau dilihat dari segi Islam pengakuan itu dibuat oleh Muslimin daripada pengakuan Tuhan sendiri yang menyatakan bahawa Islam ini kebenaran sediakala yang ada dalam ajaran semua anbia dalam sejarah manusia, dan kedatangan Islam adalah untuk membenarkan kebenaran yang sediakala itu; kemudian ia datang untuk membuat pembetulan terhadap unsur-unsur yang terubah dalam ajaran agama-agama, dengan itu ia membuat koreksi. Maka Muslimin membuat kenyataan itu atas perintah Tuhan dalam wahyuNya.

Adalah janggal tidak terkira lagi kalau ada orang yang menerima Bible atau sebagainya sebagai ‘wahyu’ tetapi dalam masa yang sama menafikan yang demikian dalam hubungan dengan Quran, walhal Quran datang dalam suluhan sejarah yang terang benderang (in the full day light of history). Dalam erti ini pengakuan Muslimin adalah pengakuan yang setia dengan agama para anbia, tidak dipengaruhi oleh andaian-andaian (zann yang disebut dalam Quran) para pemikir, bagaimana bijak dan pintar mereka itu sekalipun. Maka pengakuan ini mesti dibuat dan dipertahankan; dan teori John Hick tentang pluralisme agama yang menjamin syurga untuk semua tidak mempengaruhi Muslimin yang setia dengan wahyu Qurannya.

Dan keduanya Muslimin terus menerus menegaskan bahawa keadaan damai ialah bila manusia berakhlak mulia dan tidak berkhianat dalam akhlaknya, serta tidak mengamalkan nilai ganda (double standard), untuk diri lain untuk orang lain, lain. Dan manusia boleh aman kalau mereka mengamalkan apa yang disuruh oleh Nabi s.a.w. Sebab itu baginda menunjukkan jalan itu antaranya dalam Perlembagaan Madinah. Tetapi bila pihak yang satu lagi belot, maka berlakulah apa yang telah berlaku itu. Allahumma sallimna wal-Muslimin.

12. Pengamatan yang menyebutkan bagaimana masih ada pula pendapat yang menyebut tentang Muslimin bahawa masih berterusan adanya masalah mereka yang menolak nilai kebebasan bersuara, kebebasan media, demokrasi dan kemerdekaan dhamir (freedom of conscience). Mereka memandang budaya pluralisme agama sebagai satu bahagian daripada konspirasi agung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian.

Pluralisme juga adalah jerat bagi menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan dhamir, itu semua pada Muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada otaritas Syara’: Kalau kebebasan bersuara itu sesuai dengan Syara’, tidak membawa kepada yang terlarang, kebebasan dhamir, demikian seterusnya, kalau tidak bercanggah dengan Syara’, bahkan lebih-lebih lagi menjayakan Syara’, maka sudah tentu itu tidak ditentang.

Sudah tentu bagi Muslimin Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata; lainlah kalau petkara yang demikian datang daripada mujadid yang diakui dalam Ahli Sunnah. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah, dijauhkan Allah.

Soalnya bukan menolak seratus peratus dan menerima seratus peratus; apa yang baik diambil apa yang tidak baik tidak diambil. Pihak yang berbicara tentang kebebasan manusia sejagat perlu menghormati manusia beragama mengamalkan agamanya dan bukannya hendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata. Itu bercanggah dengan hak asasi manusia.

13. Berhubungan dengan kemungkinan adanya persamaan antara amalan ‘mantra’ dan ‘Lords Prayer’ dan apa juga, maka bagi Muslimin itu perlu dilihat dalam rangka Quran sebagai penjaga atas erti-erti ajaran suci dalam sejarah manusia, tuntutan Syara’ dan Ijma’. Kalau ada persamaan itu, maka masih kelihatan ada peninggalan-peninggalan tentang persamaan itu. Tetapi kebenaran dengan kepenuhan, kedalaman serta kesempurnaannya ada pada wahyu terakhir dalam sejarah umat manusia. Selamatlah mereka yang menerimanya beramal dengannya.

Mereka yang lain daripadanya bertanggungjawab atas perbuatan mereka, apa jua alasan-alasan yang dikemukakan untuk mempertahankannya. Dalam bermuamalah dengan para pemeluk sistem kepercayaan lain, Muslimin mesti mengamalkan akhlak yang mulia dan menghormati pihak lain itu, dan jangan sekali-kali menunjukkan penghinaan terhadap pihak lain dengan apa cara sekalipun.

14. Tentang pendapat yang menyebut Syariat bukan tertulis ‘pada batu’ dan ia mengalami evolusi yang dinamis (the Shari’ah was never cast in stone and evolves continuously through this dynamic process), maka kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman demi zaman boleh berubah.

Kalau ini difahami demikian maka tidak ada masalah.
Tetapi kalau itu melibatkan perubahan-perubahan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan. Kalau itu membawa kepada pendirian bahawa posisi Quran terinjak kerana pemikiran orang-orang seperti John Hick dan yang sepertinya, itu tidak dibolehkan.

15. Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah kalangan (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh menjadi dalil bagi sesiapa melihatnya sebagai penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat. Bagaimanapun ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak, yang dalam sejarah, juga sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

16. Akhirnya kita mesti kembali kepada wacana arus perdana umat khaira ummatin ukhrijat linnas, yang hakikatnya, tidak ada wacana yang mengatasi kebenarannya, apa pun yang dikatakan oleh pihak postmodernis, Islam Liberalis, pluralis agama, pihak perennalists dan sesiapa pun yang seperti mereka. Tetapi kita kena mengetahui perbezaan-perbezaan, persamaan-persamaan, beradab, berdisiplin, menghormati orang lain dan dalam batasan-batasan yang wajar.

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Wallahu a’lam. Selawat dan salam kepada baginda, ahli keluarganya dan para sahabatnya dan semua mereka yang mengikutnya dalam ihsan hingga ke hari penghabisan. Segala puji-pujian tertentu bagi Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Ahad, 16 Januari 2011

TUN DR MAHATHIR YANG DICINTAI UMAT MALAYSIA.......



Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Membaca tulisan Tun Dr Mahathir di blog CHE DET setiap hari adalah satu kemestian pada gemasindah. Kalau tak dapat baca ..semacam hidup pada hari itu tidak lengkap.

Membaca entri terbaru Tun berkaitan bersara menulis ..mendatangkan rasa sedih yang pilu...membaca 121 komen pembaca ...membuatkan hati lebih terharu.

Rasa sayang, hormat, bangga ,syukur rakyat malaysia tidak kira apa keturunan dan pegangan agamanya terhadap Tun Dr Mahathir adalah satu LEGASI yang terpahat dalam sejarah negara ini selama-lamanya. Syukur kepada Allah.

Sudahkah saudara semua mengunjungi blog CHE DET pada hari ini ?????

gemasindah ..download kesemua komen blog Che Det untuk diwariskan kepada anak dan cucu.


gemasindah................memang kagum atas Anugerah Allah kepada Tun Dr Mahathir.

Sabtu, 15 Januari 2011

LUAHAN HATI SAORANG AHLI UMNO TOTOK ..macam saya juga



Salam para pembaca Melayu - Islam.

Catatan dibawah ditujukan kepada ahli ahli UMNO TOTOK yang sering berasa serbasalah.
Gemasindah termasuk dalam golongan itu. Kepada ahli UMNO yang membaca lamanblog ini , gemasindah bertanya and amacam mana ???

DARI KOMEN DALAM BLOG PANEH & MIANG.

Anselmo said...

Aku ni penyokong tegar UMNO, apa pun keadaan undi tetap kat UMNO, aku gak bukan kata semua UMNO tu betul tapi apa pilihan terbaik? PAS dan PKR terang2 anjing DAP yg kafirnya kafir harbi.

Setuju dgn PAk Sedaro, Pemimpin UMNO YB2 dan YAB2 ni termasuklah anak beranak, pegawai2 khas yg sulit dan tak sulit, kroni2, KSU2, Ketua2 Pengarah sedarlah diri. Munafik dan mungkar yg kamu buat orang tahu jugak, cuma sayangkan kerajaan Melayu Islam kita diamkan je. Tapi sampai bila? Kamu semua guna jawatan utk raih kekayaan melampau. Ambik komisen dari kontraktor sampai mencekik darah, ambik kontraktor dikalangan kroni kamu shj. TOLONG JANGAN NAFIKAN, aku meluat dan tambah benci dgn kamu.

AKu ulang bkn takut nak dedahkan, tapi gerombolan pembangkang yang ada dinegara ini akhlak mereka lebih dahsyat dari anjing dan babi.AKu ambik pendekatan terima shj dulu, lepas ni kita fight, lepas PRU 13, bila BN kembali.INGAT SEMUA di atas lepas PRU 13, kita lawan.

BUKTI ANWAR MEMPERJUANGKAN PLURALISMA - dari mulutnya sendiri.



BAHAYA - Ucapan Anwar Paling Kontroversi di LSE : ‘Religion and Pluralism in a Divided World’

Berikut merupakan terjemahan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling kontroversi di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 yang sedang hangat diperdebatkan di kalangan golongan intelektual Malaysia.

Ucapannya itu bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia). Walaupun ucapan ini telah ditarik balik di blognya, namun ucapan asal masih boleh diakses di laman newasiarepublic.com, manakala rakaman Audio ucapannya boleh didengari di sini

-----------------------------------------------------------------------------

TEXT UCAPAN ANUAR

Biarlah saya bermula dengan baris (puisi) yang penuh padat makna rahsia dari gubahan T.S. Eliot, bertajuk ‘Burnt Norton’

Pergi, pergi, pergi kata burung itu: Umat manusia tidak mampu lagi menanggung realiti. Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation).

Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya.

Dalam kalangan masyarakat Kristian, kita diperlihat kemunculan perpecahan-perpecahan dan akibat dari pergolakan-pergolakan yang timbul berpunca daripada sikap dan kefahaman tertutup (exclusivity) ini.

Di kalangan umat Islam, fahaman kumpulan Sunni, Shi’ah dan Sufi mempunyai sejarah yang penuh dengan kepelbagaian turun naiknya dan terus menerus menunjukkan kepada dunia satu senario keganasan dan pertumpahan darah.

Tentangan terhadap Muslimin yang berpindah ke Eropah menjadi lebih pahit lagi berikutan peristiwa selepas 9/11 dan 7/7, yang menguntungkan parti-parti politik sayap kanan, (hasil) daripada pusingan baru ‘xenophobia’ (kebencian dan ketakutan rakyat asing) dan kempen menakut-nakutkan (kepada ancaman militan Islam).

Pengharaman Perancis terhadap ‘burqa’ (wanita muslim memakai jubah yang hanya nampak mata) menimbulkan emosi yang amat hangat dari kedua belah pihak, tetapi ramai Muslimin menggaru-garu kepala mereka dengan kehairanan apabila Switzerland mengharamkan kubah-kubah (pada masjid di sana).

Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :-

Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).

Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu.

Dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia?

Jalan kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan. Kita bergembira mengecapi keindahan, (baik) di dalam diri kita sendiri dan juga di sekeliling kita. Kita rindu kepada ilmu pengetahuan, kedamaian dan keselamatan di tengah-tengah misteri dan ketidaktentuan alam semesta.

Dalam dunia kita yang terpecah-pecah yang diisi dengan keburukan, keganasan dan ketidakadilan, agama memberikan kesempatan kepada semua umat manusia untuk merealisasikan nilai-nilai yang menyatukan kemanusiaan, walaupun terdapat kepelbagaian dalam negara, iklim dan budaya.

Dante (Dante Alighieri) – seorang daripada penyair-penyair agung dalam tradisi Kristian – menyebut banyak perkara dalam hal ini (pluralisme). Dengan dikelilingi oleh konflik dalam masyarakat yang merobek landskap para penduduk luar kota negara Itali pada abad ke 14, Dante yang amat arif tentang konflik untuk mendapat kuasa di antara golongan ‘Lords Temporal’ dan ‘Lords Spiritual’ (Golongan yang Memerintah dan Golongan Penguasa Agama Kristian pada waktu itu).

Apabila (Dante) melihat kerosakan yang ditimbulkan daripada usaha untuk menyelesaikan pembahagian dan perpecahan itu, beliau melihat satu penyelesaian yang bukan hanya bersifat secara politik semata-mata. (Dante) menulis dalam ‘Monarchia’ (esei politik yang ditulis dalam bahasa Latin) menyatakan bahawa tujuan terakhir kehidupan manusia adalah pencapaian matlamat dua kali ganda – kebahagiaan dalam kehidupan duniawi dan juga kebahagiaan dalam kekal (akhirat) dengan berada dalam limpahan nur melihat Wajah Tuhan.

Mencapai dua matlamat agung ini menghadapi kesukaran yang besar:

‘Hanya apabila gelombang-gelombang kerakusan yang menggoda itu ditenangkan dan umat manusia berehat santai dalam ketenangan dan kedamaian‘ Pandangan Dante tentang keamanan sejagat boleh dicapai hanya apabila bangsa-bangsa di dunia bersatu dalam sebuah kerajaan planet yang tidak berbelah bahagi.

Sudah tentu, ini merupakan satu impian utopia, tetapi dengan sifatnya yang datang dari Eropah maka patut diberikan perhatian bahawa impian ini bukannya impian Eropah untuk menguasai yang lain berada di bawahnya. Juga beliau (Dante) tidak membayangkan Gereja berkembang meluas di luar daripada tembok-temboknya.

Pemerintah yang mempunyai kuasa dalam landskap yang utopian ini adalah Fakulti Akal Manusia, yang menghubungkan visi Dante secara langsung dengan pandangan falsafah tokoh-tokoh agung intelektual lslam termasuk al-Farabi dan Ibn Rushd.

Sudah tentu dalam sistem Dunia Order Baru perkara demikian itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya jika masih ada warisan abadi Pemikiran Pencerahan (Enlightenment Thought) yang berterusan dalam geopolitik dunia, itu hanya dalam bentuk yang terpecah-pecah, empayar-empayar dan dinasti-dinasti kepada individu, yang saling berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu sama lain, dan bukannya penyatupaduan yang lebih besar.

Banyak sudah darah yang tumpah untuk mencipta dan kemudian mempertahankan sempadan- sempadan (kuasa). Walaupun ada usaha-usaha sesetengah pihak untuk memurnikan bumi-bumi mereka, sempadan-sempadan yang digariskan di sekitar negara-bangsa (tetapi) telah dikaburkan pula dengan munculnya sistem pengangkutan dan komunikasi moden.

Dunia hari ini mungkin lebih bersifat pelbagai dan bersepadu (integrated) daripada apa yang berlaku pada zaman keemasan Islam di Sepanyol, di mana orang-orang Kristian, Yahudi dan Muslim hidup dengan aman damai dalam suasana hidup bersama (co-existence). Tetapi sukar pula untuk kita menyatakan (pada zaman moden ini) bahawa kesan yang mendominasi dari saling berhubungan ini (connectivity) adalah keamanan dan keharmonian.

Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi.

Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama.

Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini.

Sebab itulah, maka wacana tentang pluralisme agama (religious pluralism) mesti berhadapan dengan persoalan dasar berkenaan dengan kebebasan beragama (freedom of religion) dan dikaitkannya dengan kebebasan hati nurani manusia (freedom of conscience).

Persoalan yang timbul adalah, adakah kepelbagaian agama yang menjadikan dunia yang terbahagi-bahagi itu menjadi lebih terbahagi-bahagi lagi sifatnya, ataupun penafian terhadap kebebasan beragama yang menjadi penyebabnya.

Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:

Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar.

Kalaulah kenyataan Qur’an bahawa ‘tidak ada paksaan dalam agama’ itu tidak mempunyai erti apa – apa, maka bermaksud perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukanlah bersifat Islamik. Tetapi apabila kita menyatakan demikian bukanlah bermakna kita menafikan realiti kepelbagaian agama kerana Al Qur’an menyatakan perkara itu dengan nyata sekali.

‘Wahai ahli kitab, sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali di antara sesama kamu. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Menyedari Dengan Mendalam “.

Kitab Agama Sikh Guru Granth Sahib memberitahu kepada kita bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) membawa kepada Yang Satu (the One Shall) akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran (absorbed in Truth).

Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali.

Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita.

Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan.

Tentang Muslimin pula, mereka masih berterusan bermasalah dengan menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebaasan hati nurani (freedom of conscience).

Mereka (umat muslimin) memandang budaya pluralisme agama sebagai satu bahagian daripada konspirasi agung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme Agama juga dilihat sebagai jerat bagi menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi (pendapat itu) sebenarnya merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat mengikut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk mengenakan undang-undang dan nilai-nilai Islam ke atas seluruh masyarakat.


Sistem Millet Uthmaniah berdiri sebagai satu contoh sistem yang diwujudkan oleh negara Islam yang didasari oleh prinsip hormat menghormati dan pengiktirafan kepada hak-hak bukan Islam untuk mengikut ajaran-ajaran agama mereka secara bebas merdeka.
Memang diakui bahawa perkara ini penting untuk menjaga keharmonian dalam persekitaran masyarakat yang pluralistik, dari sebuah kerajaan yang sedang berkembang.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, seorang fakih Hanbali dalam abad ke 8 memberitahu kita gambaran yang lebih jelas lagi.

Dalam kes perkahwinan amalan agama Zoroaster yang orang-orang lelakinya digalakkan mengawini ibu-ibu mereka, ini merupakan amalan yang dari segi moralnya amat menjolok mata kepada umat Muslimin.

Namun apabila ditanya tentang bagaimana negara Islam memandang kepada perkahwinan amalan agama Zoroaster itu, ibn al-Jauzi menegaskan bahawa itu merupakan hak-hak orang Zoroaster (dan) kes-kes mereka tidak akan dibawa ke dalam mahkamah-mahkamah Syariah, serta menganggap amalan sedemikian itu sebagai dibenarkan dalam tradisi undang-undang mereka. Maka, katanya, negara Islam tidak berhak untuk campur tangan dalam hal itu.

Adalah malang sekali jika sesetengah daripada kebijaksanaan-kebijaksanaan kesarjanaan klasik Islam dilupai. Simpulan ideologi yang bersikap rigid (rigidity) masih merupakan penghalang kepada kemajuan dan pembaharuan.

Muslimin hendaklah membebaskan diri mereka daripada amalan-amalan lama yang menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang lain, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Al Qur’an menyatakan ‘Katakanlah: Dia adalah Allah, Tuhan Yang Satu yang menjadi tumpuan pertolongan kepada semua.

Seorang daripada sarjana Taurat yang teragung pada Zaman Pertengahan, terkenal juga dengan nama Arabnya, Abu ‘Imran Musa bin ‘Ubaidullah Maimun al-Qurtubi, dalam menghuraikan keesaan Tuhan dalam agama Yahudi berkata: Tuhan adalah Esa,tidak ada yang menyerupaiNya.

Apabila merujuk kepada ungkapan (dalam Kristian) ‘Maha Suci Nama Engkau’ (“hallowed be thy name”) dari Lord’s Prayer, (Matt.6:9) mendiang Swami Prabhavananda menulis bahawa nama Tuhan boleh dipandang sebagai mantra, yang apabila diulang-ulang, memberi kekuasaan rohaniah dan menyucikan kalbu dan minda orang yang menyebutnya.

Dengan amalan ini, maka ‘nama’ Tuhan dialami sebagai hidup dan penuh kesedaran, seperti seseorang itu bersama dengan Tuhan-dan pencerahan rohani akan dicapai’.

Dari segi sejarahnya, Muslimin menganggap Al Qur’an sebagai tertumpu kepada Akal dan juga Roh manusia. la menentukan susunan sistem dalam alam, prinsip-prinsip dan keyakinan-keyakinan, dan ia menuntut pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh tentang semua perkara itu supaya dengan itu, kita boleh mencapai kepastian tentang kesahihan dakwaan-dakwaan dan mesejnya.

Tinjuan ini semestinya, tidak boleh tidak, membawa kepada kesedaran terhadap prinsip-prinsip yang abadi tentang Tawhid terhadap Tuhan yang daripadanya pula keluarnya Hukum Yang Rabbani.

Tetapi syariah itu bukannya semata-mata dipahat pada batu (cast in stone),(yang bermaksud statik) dan ia (syariah) itu mengalami evolusi (perubahan) secara dinamis. Demi untuk menjaga jalan menengah (a middle ground), maka unsur utama dalam metodologi (kaedah) Islam mesti dinilai semula dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ (clash of civilizations) yang telah dan masih meletihkan seperti pukulan ‘gendang purba’ itu. Pekara ini nampaknya seperti metafora yang menarik kepada imaginasi sejarawan dan ahli-ahli sains politik.

Hasilnya adalah satu pertembungan sudut pandangan tentang sejarah, persepsi, dan gambaran-gambaran yang kemudiannya pula membawa kepada penafsiran yang kerap kali bercanggah, bukan sahaja tentang sejarah, tetapi juga pandangan dunia (world views)
Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot:

“Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah (juga) boleh pula berupa sebagai kebebasan”.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang sedang menggelegak dalam umat Islam itu sendiri.

Kita melihat berlaku suatu pertembungan yang lebih berbahaya dan membimbangkan dalam tamadun Islam (intra-civilizational), iaitu antara yang lama dan baharu (the old and the new), lemah dan kuat(the weak and the strong), moderat dan fundamentalis (the moderates and the fundamentalists), dan modernis dan traditionalis (modernists and the traditionalists).

Seandainya kita melihat sejarah sebagai perhambaan, kita boleh mengabaikan perspektif sejarah dan meletakkannya ke dalam alam akademik berdasarkan kepada alasan bahawa kita sudah pun berada di abad ke 21.

Turki dan Indonesia sedang merintis jalan ke arah demokrasi bagi umat Islam untuk menjadi ikutan. Kemasukan segera Turki ke dalam Kesatuan Eropah merupakan suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal itu dicapai, namun, sayangnya, halangan-halangan yang dibuat oleh sesetengah negara-negara ahli Kesatuan Eropah itu sangat jelas menunjukkan isyarat wujudnya Islamophobia (ketakutan melampau kepada Islam).

Di Asia Tenggara, Indonesia telah pun berjaya mencapai garis penamat (dalam amalan demokrasi), manakala negara jiran-jirannya yang Muslimin (termasuk Malaysia) masih lagi terlekat pada tahap permulaan jalannya.

Maka sejarah sebenarnya adalah kebebasan (freedom) jika kita bersedia untuk mendapat pelajaran daripadanya.

Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalalkan perbuatan-perbuatan ganas dalam pelbagai bentuk dan rupanya, hingga mengaburkan di antara garis jihad dan keganasan (jihad and terrorism).

Mujurlah adanya pentadbiran Presiden Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan ketara berbanding dengan polisi Presiden Bush yang mengamalkan sifat percanggahan yang memilih bulu, dalam memerangi keganasan, iaitu memberi sokongan kepada para autokrat (kuku besi) di Dunia Islam di satu pihak, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi (freedom and democracy) di satu pihak yang lain pula.

Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbiran Obama itu berperanan, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika berkaitan hubungan dengan Dunia Islam.

Dalam Islam, kebebasan dianggap sebagai salah satu matlamat yang paling tinggi daripada undang-undang Ilahi yang sama elemennya dengan demokrasi berperlembagaan untuk menjadi imperatif moral dalam Islam – iaitu kebebasan hati nurani (freedom of conscience), kebebasan untuk bercakap menentang kezaliman (freedom to speak out against tyranny),(dan) seruan untuk pembaharuan dan hak ke atas pemilikan (a call for reform and the right to property).

Sebagai penutupnya, biarlah saya sekali lagi menyebut apa yang saya selalunya simpan untuk nukilan dari Eliot’s Four Quartets:

Apa yang kita sebut sebagai permulaan kerapkali ia bahagian akhirnya
Dan membuat satu bahagian akhir adalah (juga) membuat satu permulaan
Bahagian akhir adalah tempat kita bermula.

Nota: Ucapan Datuk Seri Anwar telah ditarik dari balik daripada siaran blog beliau.
Blog ini ada menyiarkan ucapan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Religion and Pluralism in a Divided World.

Jumaat, 14 Januari 2011

ANUAR IBRAHIM - PETUALANG PERJUANGAN MELAYU ISLAM....



Salam kepada pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Pada gemasindah, jika kita benar benar sayangkan bangsa kita yakni BANGSA MELAYU dan benar benar sayangkan ALLAH dan AGAMA ISLAM, maka amatlah wajar kita menolak jauh jauh perjuangan ANWAR IBRAHIM yang jelas TELAH MENYELEWENG dan kini semakin menjadi MUSUH UTAMA yang berjuang untuk menghancurkan MELAYU - ISLAM.

Adalah benar pada satu ketika dulu semasa memimpin ABIM dan gerakan pelajar pada tahun 70 an Sdra Anwar Ibrahim merupakan saorang aktivis Islam. ABIM lah yang sebenarnya menaikkan imejnya sebagai pemimpin hingga Tun Dr Mahathir pun terpesoan lantas MEMBANTUnya dan menunjukkan JALAN EMAS hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun saperti yang gemasindah katakan terdahulu ANWAR BERAHIM sekarang BUKANNYA Anwar yang kita kenali dan sanjung pada tahun 70 an dahulu. Anwar telah BERUBAH 360 degrees . Ini sebenarnya Kehendak Allah jua.

Ikuti beberapa SIRI rencana dan pandangan beberapa cendikiawan Melayu termasuk pejuang pejuang ABIM mengenai perubahan Anwar ini yang menjadi SEBAB UTAMA , ANWAR Wajar ditentang ....

RENCANA SATU.

RAKAN LAMA ANWAR – YANG SAMA SAMA BERJUANG DALAM ABIM MENOLAK ANWAR...............kerana telah menyeleweng dari landasan perjuangan Islam.


Difahamkan perjumpaan tertutup di Bangi, malam Ahad, 2 Januari lepas mempersoalkan pegangan akidah Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berucap di London School of Economic (LSE), pada 18 Mac 2010 yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia).

Perbincangan secara bersemuka di antara Anwar dan bekas-bekas ABIM diadakan di rumah Profesor Osman Bakar yang juga turut bertindak sebagai pengerusi majlis.

Anwar Dakwa Sahabat-Sahabatnya Diperalat UMNO

Difahamkan dalam majlis itu, Anwar menyalahkan sahabat-sahabat lamanya menjadi alat UMNO dan Utusan Malaysia berniat menjatuhkannya menggunakan isu Pluralisme Agama tersebut.

“Orang ambil kesempatan naik aibkan saya. (sepatutnya sahabat-sahabat lamanya) serang saya dalam majlis (tertutup), betulkan saya dulu. Kenapa nak guna Utusan ?”, kata Anwar.

Anwar juga turut menyalahkan sahabat-sahabatnya menegur secara keras, tanpa berbincang sendiri dengannya. Kecuali sahabat lamanya yang bernama Zaidi dari Kota Bharu.

Menurut Anwar, Zaidi telah menelefonnya sendiri memberitahu teks ucapannya di LSE itu dibimbangi akan menimbulkan salah faham, lantas Anwar mendakwa dengan teguran tersebut, pada keesokannya beliau menarik balik ucapannya di blognya.

Anwar mempersoalkan kenapa semasa beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri beliau tidak di’serang’ walaupun menghasilkan buku “Asian Renaissance” yang membawa maksud meninggalkan agama (termasuk Islam).

Kata Anwar, kenapa harus diserang sekarang iaitu ketika beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan?

Anwar mempertahankan hujahnya bahawa Dante dan Jelaluddin al-Rumi adalah Bapa Pluralisme Agama. Anwar akui Dante pernah menghina peribadi Rasulullah SAW, tetapi beliau tidak melihat aspek itu sebaliknya merujuk aspek lain.
“Jelaluddin al-Rumi membawa Pluralisme Agama, tetapi tidak diketahui umum, (bahkan) puisinya masnawinya itu antara yang paling popular di Amerika Syarikat”, pertahan Anwar.

Anwar Dakwa Fitnah Jahat


Anwar juga turut kecewa apabila beliau turut disamakan dengan ‘lingkaran Islam Liberal’, Ulil Absha Abdalla dari Indonesia.

“Itu fitnah jahat!. Saya tidak pernah hadir pertemuan mereka (tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia). (Tetapi) mereka ada hadir beberapa pertemuan dengan saya”", kata Anwar.

Anwar juga turut kecewa apabila tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri menjawab isu tersebut.

“Bercakap soal pluralisme, awak (sahabat-sahabat lama yang menganjurkan wacana) boleh serang saya sebanyak mungkin (tetapi) saya tidak ada ruang (untuk menjawabnya). Apa justifikasinya. Tak kan kerana pluralisme itu sampai boleh membatalkan segala fitnah dan khianat kepada saya dan menafikan hak saya.

“Saya pun hairan, (ber)puluh-(puluh) tahun tarbiah (dalam ABIM) ini, kemudian, apa yang disebut oleh Utusan itu adalah mutlak (dan) fakta. (tapi kalau) awak (kumpulan yang menentangnya) nak masuk UMNO, itu soal lain.

“Mahathir ke, Utusan (Malaysia) ke, Rais Yatim ke, dia serang…saya tak ada masalah..(tapi apabila) sahabat saya (sendiri, menyerang), saya tersinggung sikit..tak kan lah pula kerana sumbernya dari (dato) Nallakarupan terus jadi (pegangan). Tanya lah saya (dulu)”, kata Anwar.

Serangan dimaksudkan Anwar adalah penganjuran wacana sehari ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah’ di Masjid Wilayah Persekutuan pada 14 Disember 2010, yang membahaskan ucapan Anwar di LSE.

Wacana itu adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

Ismail Mina dari MUAFAKAT merupakan pengarah program tersebut dan MUAFAKAT merupakan NGO yang menghimpunkan bekas-bekas aktivis ABIM.

Sekurang-kurang enam orang tokoh intelektual terlibat membahaskan ucapan Anwar itu. Mereka adalah; Dr. Anis Thoha, Pensyarah Usuludin dan Perbandingan Agama , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Ustaz Dr. Muhamad Uthman El –Muhamady , Felow Amat Utama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC); Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Nur Farhana Abd. Rahman, Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Dr Yusri Mohamed Pensyarah Kuliyah undang-undang , Universiti Islam Antarabangsa dan Dr. Syamsuddin Arif, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

AIDCNews turut difahamkan selepas ucapan Anwar, salah seorang sahabat lamanya, Ismail Mina yang menjadi pengarah program wacana itu turut diberi peluang mengemukakan hujahnya dalam pertemuan malam tersebut.

Kalau Didakwa Datuk Seri Anwar Diperalat Paul Wolfowitz, macam mana ?

Ismail mempersoalkan kenapa Anwar membuat tuduhan melulu dengan mendakwa mereka yang menganjurkan wacana itu di’perguna’kan oleh UMNO dan Utusan Malaysia.

Sahabat lama Anwar itu turut mempersoalkan prinsip keadilan dalam membuat dakwaan. Katanya kenapa perlu dikambinghitamkan pihak lain, sedangkan penganjuran wacana itu hanya fokus tentang ucapan Anwar di LSE.

Anwar perlu jawab persoalan tersebut yang diucapnya sendiri di LSE, dan bukannya tidak menjawab persoalan serta mengalihkan kepada topik lain dengan membuat tuduhan kepada pihak lain.

“Kalau saya katakan Datuk Seri Anwar dipergunakan oleh Paul Wolfowitz, macam mana ?. Kalau dikatakan MUAFAKAT dikatakan digunakan (oleh UMNO untuk anjur wacana itu)… tak betul (dakwaan) itu.. Datuk Seri Anwar”, kata Ismail.

Anwar Bawa Pemikiran John Hick

Ismail turut berkata beliau tiada masalah dengan definisi Pluralisme Agama tafsiran Havard, tetapi yang menjadi masalah adalah Pluralisme Agama tafsiran John Hick.

Prof Osman mencelah, kalau begitu kita (jangan serang Anwar tetapi) serang John Hick.

Ismail membalas, “John Hick dan tentera-tenteranya!”.

Dalam wacana yang membahaskan ucapan Anwar di LSE itu, para panelis bersetuju mengatakan Anwar telah terpengaruh dengan pemikiran John Hick serta menterjemahkan pemikiran Tokoh Pluralisme Agama itu menjadi intipati ucapannya.

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) yang bertanggungjawab mengkaji ayat demi ayat ucapan Anwar di LSE itu telah merumuskan Anwar adalah Pendokong Pemikiran John Hick.

“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir”, kata Uthman El-Muhammady yang menggambarkan perubahan pola pemikiran Islam Anwar dari fundamentalis kepada pluralisme.

“Orang yang berkepercayaan seperti John Hicks dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ (semakin pudar) dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ (dari orang-orang yang berkeyakinan) dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic (ragu-ragu tentang kewujudan Tuhan), dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya. Pegangan seperti ini membawa kita terlintas persamaannya dengan golongan zindik (meyakini kekufuran atau atheis) zaman klasik ” tegasnya.

Kenyataan Uthman El-Muhammady di atas terkandung dalam kertas kerjanya “Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam” yang diedarkan kepada semua peserta wacana tersebut.
John Hicks merupakan ahli falsafah Eropah yang memperkenalkan konsep Pluralisme Agama yang terpengaruh dengan konsep pencerahan agama (enlightenment) yang pernah dipelopori oleh Immanuel Kant dan John Locke.

‘Semua Agama Sama’ Adalah Konsep Salah Dari Segi Aqidah Islam

Dalam pertemuan bekas-bekas ABIM itu, difahamkan, Anwar sendiri mengakui ucapannya di LSE itu berdasarkan rujukan pemikiran John Hick.

“Ismail betul soal itu. Sebab (semasa) saya (buat ucapan itu) menggunakan rujukan kepada John Hick…John Hick ni bukankah penyelia kepada ustaz (dr) Razali ?”, kata Anwar sambil berseloroh.

Ismail berkata fokusnya adalah intipati ucapan Anwar di LSE iaitu berkaitan persamaan antara agama.

“Pointnya (dalam ceramah Anwar di LSE) adalah kenyataan (Anwar yang menyatakan) semua agama sama. Itu yang menjadi kontroversi. Bukan soal kecil, tetapi melibatkan akidah”, kata Ismail.

Ismail turut menyentuh berkenaan penarikan balik ucapan Anwar di blognya.

Menurut Ismail, apabila ditegur oleh Zaidi, Anwar tidak terus menarik ucapannya itu serta merta,(sebagaimana yang didakwanya) sebaliknya dibiarkan sahaja ucapan itu di blog sampai berbulan-bulan, walaupun sudah ditegur.

Berdasarkan ucapan Anwar di LSE itu, Ismail merumuskan Anwar lebih cenderung kepada akidah John Hick. Ketika ini Anwar mencelah, dengan berkata “Itu hanya tafsiran Ismail sahaja”.

Ismail menafikan dakwaan Anwar itu. Menurutnya bukan soal salah tafsir, kerana yang menilai ucapan Anwar di LSE bukan dirinya seorang diri, bahkan turut dinilai oleh semua ahli panel serta dibuat kajian khusus oleh Dr Uthman El-Muhammady.[Sila lihat terjemahan ucapan Anwar di LSE dan buat penilaian sendiri.

Anwar terus marah dengan berkata,


“Saya bercakap dengan audien (di LSE), 95 peratusnya bukan Islam, Kristian ada, Yahudi ada, Hindu ada, habis nak kata apa ? Agama ni semua tak betul ! Tidak.. Saya kata, kita ada pandangan kita (Islam), kita toleran, kita bagi kebebasan beragama, (tetapi) saya tidak apologetik. Tapi kalau nak kata ‘semua agama sama’. Tidak”

“Saya juga hadir (beri ceramah)Inter-religious Dialogue anjuran Universiti Georgetown. Bagaimana awak nak beri ceramah (jika majoritinya bukan Islam). Ini soal pendekatan. Saya bukan bercakap kepada audien Islam sahaja, saya terbuka. Kita terpaksa bagi pendekatan yang boleh menarik minat mereka mendengar.

“Mereka (orang bukan Islam) tanya pasal (kalimah) Allah. Saya bawa Tok Guru Nik Aziz punya point !”, kata Anwar.

Ismail berkata penjelasan Anwar pada malam ini adalah hal yang berbeza dengan ucapan Anwar di LSE.

“Saya buat program (wacana) dengan kerjasama kawan-kawan, berdasarkan kenyataan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri (di LSE). Ini ada black and white, diucapkan sendiri dan diterbitkan sendiri di blognya”, tegas Ismail.

Soal Audien Bukan Islam

Turut dibangkitkan soal audien. Menurut Ismail, walaupun audiennya bukan Islam, tetapi bukan bermakna mahu mengorbankan aqidah Islam.

“Dalam ucapan (Anwar di LSE itu), saya tidak nampak Datuk Seri Anwar mempertahankan Islam. Dengan hujah Jelaluddin al Rumi, Dante..”, katanya

Anwar mengakui beliau bukan pakar dalam semua bidang. Namun dakwa Anwar, wujudnya percanggahan ini kerana perbezaan aliran pemikiran. Kata Anwar, pemikiran Islamnya berbeza dengan Ismail.

“Mail, (Ismail) ambil daripada pendekatan sains tradisi. Kalau enta (awak) punya posisi (seperti itu) pergi dialog antara agama, susah juga. Mereka (orang bukan Islam) akan ambil orang seperti saya. Mereka tidak ambil orang yang sangat kuat dengan pegangan sains tradisi.

“Kita ambil perkara-perkara yang melunakkan (pihak bukan Islam), supaya mereka boleh dengar kita. Itu tujuannya… Orang panggil (jemput) kita (berceramah), tidak ramai. Sebab itu ‘orang-orang yang keras’ (seperti) Al Qaradawi tidak dijemput.

“Nak cakap apa di LSE, (kalau) 95 peratus audien bukan Islam. Bukan setakat (mereka) sekularis, malah anti agama. Nak cakap apa, kalau tidak diberi apa yang boleh melunakkan hati mereka”, kata Anwar.
Ismail membantah hujah Anwar itu kerana asasnya adalah soal fundamental.

“Bila Datuk Seri kata, kita (orang Islam) percaya agama kita, kamu (orang bukan Islam) percaya agama kamu. (dan) kami (orang Islam) tidak boleh mengatakan agama kamu (selain Islam) adalah salah. Semua agama benar. Itu soal fundamentalnya”, kata Ismail yang menegaskan kenyataan ini bercanggah dengan Al Quran yang menyebut bahawa Islam sahaja agama yang benar.

KOMEN PEMBACA


Anonymous said...

Anwar jallaluddin ar Rumi tidak layak dibicarakan oleh seorang penfitnah dan pembohong..karya Rumi tidak pernah menghina Nabi Muhammad malah dizaman beliau ibnu Arabi adalah ahli sufi tang tersohor walaupun berbeza pandangan.

Tiada pengakuan dalam Rumi semua agama sama kecuali kecintaan Rumi yang tak terhingga pada Nabi Muhammad dan Rasul-rasul yang lain kepada Allah...malah Rumi dalam karya mereka 'amat sesuai sekali allah samada menutup dan membuka pintu hati kearah kebenaran adalah bergantung pada diri sesorang..kepada sang penfitnah adalah layak dengan sang penfitnah....baca karya Rumi diskusi beliau dengan murid-murid beliau dalam "FiHi MaF

buku Fihi Ma Fihi adalah terjemahan dari " Discourse Of Rumi " atau ( In it Is What 's In It ) karya Aberry...sedap molot nuar dia je Rumi bapa Pluralisme...

Rabu, 12 Januari 2011

HARGA BARANG TERUS NAIK - PEMIMPIN UMNO TAK SUSAH HATI KE ?



Salam para pembaca yang budiman ,

Dalam keluarga gemasindah, kerja kerja membeli dan mendapatkan barang keperluan harian rumahtangga adalah tugas rutin siisteri. Tugas rutin gemasindah pula ialah mendengar rungutan dan keluhannya setiap kali balik dari Pekan Gemas atau pasar.

Berdasarkan rungutannya yang gemasindah dapat rumuskan ialah :-

- Harga barang naik setiap hari
- Hampir semua barangan naik harga
- Nilai RM terus mengecil saban hari

Gemasindah nak bertanya kepada kerajaan khususnya Menteri Ismail Sobri ni. Apa ke he nya harga barang terus menerus naik ni ? Siapa punya ankara ni ? Maksudnya siapa yang naikkan harga ? peruncit kah ? pengedar kah ? tuan punya lori ka ? pengimpot kah ? pengilang kah ? atau kerajaan UMNO kah ? Atau kesemuanya kah ?

Dalam entri yang lalu gemasindah ada memberi ingatan kepada pemimpin UMNO / BN bahawa salah satu sebab utama BN / UMNO hilang banyak kerusi pada PRU 12 yang lalu ialah kenaikan harga barangan ketika itu.

Kenalah nak ingat ..pada ketika itu ( PRU 12 ) harga barangan keperluan harian dah naik dah..tinggi dah naiknya ...Nak tanya Datuk Ismail Sobri ..sejak PRU 12 hingga kehari ini ( Januari 2011 ) itu ada ke harga barangan barangan itu turun ???? Ada ke ?????

So eloklah hang kira berapa persen kenaikan purata harga barang tu ? dan berapa persen pulak pengundi / rakyat LARI NGUNDI PEMBANGKANG agaknya pada PRU 13 nanti ?

Mari kita sama sama baca pandangan atau coretan rakanblogger DIN TURTLE berkaitan harga barang naik ni..............

...............................................................................

Dari lamanblog DIN TURTLE.............

Masalah Sebenar Rakyat Dari Kacamata Rakyat Biasa
Membaca posting rbf mengenai rakyat yang menghadapi masalah kenaikan harga barang dan pelbagai masalah lain yang melibatkan RM, buat saya terpanggil juga untuk memberi komen. Politik, politik juga tapi apa yang lebih dekat dihati rakyat adalah perkara yang terpaksa kita hadapi dalam kehidupan rutin harian.

Seteruk manapun pembangkang yang kita gambarkan melalui tindakan2 politik mereka, banyak manapun kita mampu buat rakyat menggeleng2kan kepala dengan permainan politik mereka, bila tiba masa penentuan, apa yang penting adalah keadaan minda kita waktu itu.

Bagi majoriti rakyat biasa ( seperti saya ) tidak ada masalah yang lebih besar dari RM. Straighforward saya cakap, bajet tiap bulan ngam2. Mereka yang mampu cakap duit bukan segalanya adalah mereka yang cukup duit. I'm talking about memenuhi keperluan asas setiap hari bukan mengenai kemampuan membeli barangan tidak perlu seperti prepaid, makan di Mcd atau Kfc, atau pergi bercuti. I'm talking about daily surviving.

Kerajan boleh saja nak cakap projek juta2, billion2.... kita pakat dengar je. Seringkali baca paper kerugian kerajaan juta2, billion2 angkara dua-tiga orang pemimpin / ahli korporat .... kita pakat dengar je. Baca kekayaan KJ yang tak perlu kerja pun ..... kita pakat dengar je. Jealous ? Hell Yes ! Kita kerja bagai nak gila, bila dah ada anak2 ni.... tak fikir dah tentang diri sendiri, kita lebih pentingkan untuk membesarkan anak2 dan berikan mereka yang terbaik setakat kemampuan kita.

Dengan keadaan begini, siapa tak marah beb, kalau tiap hari baca paper barang naik ? Contoh minyak masak kurang stok baru ni ... rata2 orang anggap itu sebagai mukadimah harga ia nak naik. Jangan marahkan rakyat berfikiran begitu kerana itulah caranya sebelum barang naik harga ! Sebulan lebih minyak masak kurang stok, kerajaan pula terhegeh2 nak bertindak , waktu sama duk laung BN Juara Rakyat .... berbulu beb.

Keluar tv Menteri beri alasan macam2 .... saya tak mahu tahu semua tu, saya cuma nak tahu masalahnya selesai kerana perkara sebegini bukan pertamakali terjadi. Sudah acapkali, dan seharusnya kementerian yang bertanggungjawap sudah tahu apa yang harus dilakukan sebaik saja terdengar sok-sek rakyat mengenai masalah ini. Ini tidak, lembab nak mampus.

Satu yang saya teramat hairan minggu lepas - KENAPA TIDAK TERDENGAR WALAU SATU PUN RUNGUTAN TENTANG YURAN SEKOLAH / PIBG YANG MEMBEBANKAN RAKYAT ? padahal tiap awal tahun masalah ini mendapat liputan media tapi tahun ni ...... senyap ? Ke saya sorang je dari jutaan bapa di Malaysia yang rasa tak puashati ? Anak bongsu tahun 4 kena bayar RM70 ... oklah tu, tapi abangnya diTingkatan 2 kena bayar RM250 ! Yang bongsu tu, dalam kita lega .... balik sekolah satu hari tu dia kata kena beli uniform Putri Islam. Wajib katanya. Pergi kedai tengok satu set RM90 ..... adui...... Belum belanja buku tulis dan lain2 lagi.

Persoalan yang bermain difikiran saya - kenapa tidak diberi percuma saja pendidikan anak2 kita ? Ya saya akui kos pendidikan tinggi tapi kalau waktu sama kerajaan dilihat berbelanja boros dengan projek2 yang tidak berfaedah, rugi billion2 ... siapa tak sakit hati.

Maaflah anak2 yang over pintar, tapi saya tidak setuju kerajaan belanjakan RM100juta untuk projek Permata, saya tak setuju ratusan juta RM lagi untuk baiki rumah PM, buat bangunan Parlimen baru, belanja Monsoon Cup. Kalau semua yang boleh dikategorikan sebagai membazir itu ditiadakan dan dananya disalurkan ke Kementerian Pendidikan, saya percaya kita dapat pastikan pendidikan anak2 kita 100% percuma ! Malah segala subsidi yang ada tak perlu ditarik balik pun ...

Ini cara pemikiran simple saya, dan dikongsi ramai lagi rakyat biasa macam saya. Ini tidak ada kaitan ngan politik. Ini adalah kehidupan ! Banyak lagi masalah kehidupan yang bodoh-bodoh je dibebankan kepada rakyat sedangkan pemimpin2 hidup senang lenang dan keluarkan kenyataan yang bodoh-bodoh.

Bayangkan kalau pemikiran demikian menghantui pengundi2 semasa hari mengundi, agak-agak bagaimanakah perasaan marah dan tidak puashati itu dilepaskan ?

Kalau aku undi BN, masalah kehidupan ini akan tetap berterusan ..... itu pasti. Kalau aku undi pembangkang ..... mungkin lebih teruk, mungkin sama, mungkin lebih baik, itu belum pasti. SO ?

Nabil kata lu fikirlah sendili......gemasindah

Isnin, 10 Januari 2011

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama & Lingkaran Islam Liberal

Salam pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Melalui beberapa ENTRI pada tahun 2010 yang baru berlalu, gemasindah cuba menarik perhatian pembaca Melayu - Islam tentang BAHAYA Gerakan PLURALISMA yang berkembang luas di Indonesia dan sedang mula bertapak di Malaysia .

Amat malang sekali Gerakan Pliuralisma dan liberalisma agama di Malaysia dipelopori dan digerakkan oleh BEKAS PEMIMPIN ABIM dan aktivis Agama Islam yang dihormati PADA MASA dahulu yaitu DS Anwar Ibrahim.

Gemasindah sendiri amat kagum terhadap perjuangan Islamik yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi pemimpinn pelajar dan ABIM dahulu. Kenapa Anwar terpengaruh dengan golongan PLURALISMA ? Hanya Anwar yang boleh menjawab dengan tepat.
Namun apa yang dilakukan Anwar sekarang ini amat amatlah dikesali dan WAJIB DIPERANGI oleh semua muslim Malaysia. Ini adalah kerana Gerakan PLURALISMA amat jelas merupakan gerakan YAHUDI-KRISTIAN yang didokong oleh beberapa NGO NGOO mereka khususnya ASIA FOUNDATION untuk memecah , memporak peranda dan merosakkan masyarakat Islam seluruh dunia. Namun Allah pasti akan melindungi AGAMA SUCI ini.

Melalui ENTRI ini gemasindah ULANGI semula cobaan mengingatkan masyarakat Melayu-Islam Malaysia dengan memetik rencana yang disiarkan oleh sebuah lamanblog populer beberapa minggu yang lalu . Selamat membaca dan berushalah setakat terdaya agar kita semua tidak terpengaruh dengan dakyah licik musuh musuh Islam Internasional itu...........

......................................................................

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama & Lingkaran Islam Liberal

Nukilan Mymassa

Di Tanah Seberang di mana lebih 202 juta umat Islam berdomisil, kapal gelap yang berlayarkan Islam Liberal semakin lancar menyusuri pemikiran anak-anak muda di sana. Sesuai dengan namanya, Jaringan Islam Liberal (JIL) yang bermula secara ‘ringan-ringan’ pada 2001 melalui perhubungan e-mail kini tangkas ‘menjaring’ jiwa-jiwa yang masih tercari-cari ilmu mentafsir Islam agar dilihat lebih ‘selari dengan kehendak semasa’ (baca: diredhai oleh golongan Yahudi dan Nasrani).

Goenawan Mohamad, pemilik Komuniti Salihara

Pengasas majalah Tempo, Goenawan Mohamed adalah nakhoda kepada kapal yang terkutuk ini. Anda masih ingat Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di New York pada tahun 2005 lalu? Goenawanlah rakan karibnya di Indonesia! Malah beliau pernah menjemput Amina untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anak-anak muda di Komunitas Salihara pada Julai 2009.

Komunitas Salihara adalah nama yang tidak asing lagi di Jakarta; di sebalik topeng ‘kesenian’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang ditampilkan, ia sebenarnya merupakan pusat kegiatan yang ‘memperjuangkan’ hak golongan homoseksual, biseksual dan ‘trans-gender’. Mereka yang celik pasti dapat mengesan persamaannya dengan gerakan Seksualiti Merdeka yang berpangkalan di The Annexe, Pasar Seni sejak tahun 2008.
Jika Komunitas Salihara ibarat ‘rumah api’ yang menjadi panduan muda-mudi yang imannya kian goyah dilambung gelora modenisasi, maka Komunitas Teater Utan Kayu bolehlah disamakan sebagai ‘pelabuhan’ tempat sang nakhoda Goenawan mengangkat layar Islam Liberal pada kapalnya.

Uli Absar Abdalla, koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL)

Di sinilah Goenawan dan sahabat-sahabatnya seperti Luthfi Assyaukanie dan juga Ulil Abshar Abdalla merancang strategi halus untuk melunturkan akidah umat Islam melalui ceramah, seni persembahan dan penulisan yang dibaluti secara ‘intelektual’. Luthfi misalnya, pernah menyatakan bahawa:

“…..Setiap pemunculan agama selalu diiringi dengan ketegangan dan tuduhan yang sangat menyakitkan dan seringkali melukai rasa kemanusiaan kita. Ketika Rasulullah Muhammad SAW mengaku sebagai nabi, masyarakat Mekah tidak bisa menerimanya. Mereka menuduh nabi sebagai orang gila dan melempari beliau dengan kotoran unta. Para pengikut nabi dikejar-kejar, disiksa dan bahkan dibunuh seperti yang terjadi pada Bilal bin Robah dan keluarga Amar bin Yasir. Hal serupa juga terjadi pada Lia Aminuddin ketika dia mengaku sebagai nabi dan mengakui sebagai Jibril.

Orang menganggapnya telah gila dan sebagian mendesak pemerintah untuk menangkap dan memenjarakannya. Kesalahan Lia Aminuddin persis sama dengan kesalahan Kanjeng Nabi Muhammad, meyakini suatu ajaran dan berusaha menyebarluaskannya.” (dipetik dari laman web suara-islam.com).

Sekarang mari kita teliti corak fahaman Islam Liberal yang dibawa oleh Ulil Abshar Abdalla. Beliau menganggotai Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang diasaskan oleh Goenawan, dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), sebuah NGO yang mendepani isu-isu pluralisme agama.
Berikut adalah kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh beliau melalui beberapa akhbar dan majalah di Indonesia:

“Agama tidak boleh memasuki bidang-bidang kesenian dan kebebasan berekspresi dan memaksa masyarakat mengikut standard-standardnya…agama harus tahu batas-batasnya” (Pengantar Buku ‘Mengebor Kemunafikan : Inul, Seks dan Kekuasaan’)

“Rasulullah Muhamad adalah tokoh sejarah yang perlu dikaji dengan kritis, bukannya hanya menjadi mitos yang dikagumi sahaja, tanpa memikirkan beliau juga seorang manusia biasa yang banyak kekurangannya” (Kompas, 18 November 2002)
“Bagi saya semua kitab suci (Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Yahudi) adalah mukjizat” (Jawa Pos, 11 Januari 2004).

“Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)

Adakah Ulil masih layak digelar sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya setelah mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa? Nauzubillah!
Pepatah lama ada menyebut, jika mahu mengenali seseorang, kita hanya perlu melihat siapa sahabat-sahabatnya. Kita sudah mengenali sahabat-sahabat karib Goenawan Mohamed di Indonesia, bagaimana pula dengan sahabatnya di Malaysia? Biarlah foto berikut berbicara sendiri kepada anda.

Dari kiri : Goenawan Mohamad, Anwar Ibrahim, Ulil Abshar Abdalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijemput oleh Goenawan untuk berucap mengenai ‘Kebebasan dan Musuh-musuhnya’ semasa Festival Salihara yang diadakan pada September hingga Oktober 2010.

Intipati ucapan beliau antara lain menyentuh kepentingan ‘kebebasan berekspresi’ dan ‘kebebasan beragama’ sebagai pra-syarat sebuah Negara Demokrasi yang tulen. Nadanya tidak banyak berubah dengan ucapan ‘Religion and Pluralisme in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia) yang dibentangkan beliau pada Mac 2010 di London School of Economics.

Ternyata, pandangan beliau bahawa agama-agama lain selain Islam juga adalah benar dan boleh membawa pengikutnya ke syurga, disanggah keras oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005/1426H, sehingga memaksa DSAI membuang teks ucapan tersebut dari laman blog beliau!

Seperti kebiasaan, perjuangan pluralisme agama sentiasa bergerak seiring dengan kegiatan menghalalkan selera seksual di luar tabii.

Berbalik kepada gerakan Seksualiti Merdeka yang bertapak di The Annexe Pasar Seni, adakah satu kebetulan ia bergerak aktif setelah ‘tsunami’ pakatan pembangkang yang diketuai oleh DSAI melanda Malaysia pada Mac 2008?
Adakah satu kebetulan juga apabila banyak kelab-kelab urut untuk golongan homoseks ’bercambah’ ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di negeri-negeri yang berjaya ditakluki oleh pakatan pembangkang?
Marilah kita sama-sama fikirkan…

# Penulis adalah editor Mymassa, (mymassa.blogspot.com)