Selasa, 3 Ogos 2010

PENGUSAHA PASIR & YANG BERKAITAN DENGANNYA UMPAMA PEROGOL YANG RAKUS



Salam pembaca yang budiman,

Sejak kebelakangan ini heboh pasal isu pasir Kerajaan PR di Selangor. Yang menghebohkan ialah pihak pembangkang negeri itu khasnya dari pihak UMNO. MCA & MIC nampaknya memilih untuk diam seribu bahasa. Yang paling aktif ialah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo ( Pemberi Hadiah Penyapu )

Pada gemasindah ianya hanya satu permainan politik yang TIDAK ADA KEIKHLASAN untuk menyelesaikan isu yang sabenar. Ini adalah kerana apa yang dihebohkan oleh pihak UMNO khasnya Khir Toyo umpama menepuk air didulang terpercik kemuka sendiri. Sebab apa yang disebutnya itu dilakukannya juga ketika UMNO memerintah negeri Selangor dahulu.

Blogger Aspan Alias ada menulis berkaitan isu pasir di Negeri Sembilan baru baru ini. Ceritanya lebihkurang sama tetapi tidaklah sehangat di Selangor. Jadi kita bolehlah kata skrip drama yang sama cuma pengarah dan pelakon tidak sama . Itu sahaja.

Sejak lama Kerajaan Barisan Nasional ( UMNO ) telah menjadikan pasir sebagai UMPAN PANCING POLITIK dimana tokoh tokoh politik tempatan peringkat bawah saperti Ketua Cawangan atau Ketua Pemuda diberi konsesi pasir.

Biasanya atau seperti lazimnya pemegang konsesi Melayu UMNO itu akan menyewakan konsesi itu kepada pengusaha cina sebab itulah perkara yang paling mudah . Sewa bulanan konsesi pasir itu tidaklah seberapa berbanding keuntungan yang diperolehi oleh pengusaha.

Yang ironinya ialah bila berucap mereka bercakap tak serupa bikin.
Ramai juga pemimpin bawahan UMNO yang diberi konsesi itu berasa bangga bila ada yang memanggilnya TOKEH PASIR.

Jadi kita katakanlah mereka ini umpama perogol kategori rogol politik.

Perangai MUDAH ini ( menyewakan konsesi ) menyebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi TOKEH PASIR yang sebenar walaupun sejak lama jarang sekali konsesi pasir diberikan secara terus kepada orang cina atau orang India. Jadi kita katakanlah perusahaan pasir telah melahirkan ribuan ALI BABA.

Siapa yang salah. Tiada siapa. Semua betul !!!!! Pada masa UMNO dipuncak kuasa ada beranikah mengatakan PEMIMPIN KESAYANGAN RAKYAT BUAT SALAH...mereka mereka itu bagaikan Nabi ...tak pernah buat salah....


Dalam kes industri perlombongan pasir di Negeri Sembilan , kami difahamkan terlalu banyak kes permit diluluskan atas kehendak political leaders walaupun pegawai pegawai di-Pejabat Tanah & pegawai pegawai JPS tidak menyokong permohonan permohonan itu atas sebab sebab teknikal.

Political leaders TIDAK PEDULI kerana MEREKA ADA KUASA. Bulldoze !!!
Akibatnya pegawai pegawai kerajaan jadi FED UP dan mengambil sikap LANTAKLAH . Hasilnya rakyat merana kerana DIROGOL Pengusaha pasir

Kita katakanlah political leaders ini sebagai PENGSUBAHAT ROGOL.

Industri pasir sebenarnya banyak misteri yang tidak misteri. Macam macam ada.

Pertama skrip ceritanya melibatkan permainan kuasa peringkat rendah dimana ianya diguna untuk UMPAN POLITIK diperingkat akar umbi, kedua skripnya juga menonjolkan amalan biasa RASUAH dimana ianya membabitkan KETIRISAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI kerana SATU DOKET boleh diguna untuk 5-10 trip sesebuah lori pengangkut pasir itu . Satu lori mengikut saiz boleh membawa 8 meter padu pasir. Cubalah kira berapa banyak RM tidak masuk kedalam kantong kerajaan !!!!

Kenapa ? Sebab tokeh tokeh pasir sebenar ( cina ) memang pakar KAUTIM dengan pegawai penguatkuasa di Pejabat Tanah. Orang tak tahu ke ? Tahu tetapi sudah biasa dengan nya . Jadi kita katalah amalan KAUTIM bukan RASUAH tetapi BANTU MEMBANTU.

Kuasa meluluskan pasir adalah ditangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. Dari segi teorinya yang paling berkuasa diperingkat negeri ialah MMK atau EXCO. Manakala dari segi amalan dan persepsi kuasa tertinggi adalah YAB Menteri Besar.

Kuasa pengawal-seliaan termasuk teknik melombong pasir adalah dibawah Jabatan Parit Dan Saliran / JPS. Apakah objektif penyeliaan ? Pertamanya ialah mempastikan tebing sungai tidak runtuh dan keduanya mempastikan aliran air sungai tidak terganggu.

Pegusaha diperlukan mematuhi prosedur – prosedur tertentu supaya matlamat tersebut tercapai termasuklah memperbaikki atau memulehkan semula tebing tebing yang runtuh.

Keruntuhan tebing tebing sungai akan mendatangkan banyak mudarat kepada kawasan sekitarnya . Ianya bukan sahaja akan menyebabkan sungai menjadi tohor tetapi akan merugikan petani petani atau penduduk penduduk berhampiran. Jika aliran sungai berubah akibat keruntuhan tebing dan cara perlombongan yang salah tanah pertanian akan menjadi kecil dan tanaman tanaman terjun kedalam sungai kerana hakisan dan keruntuhan tanah.

Apakah prosedur prosedur tertentu itu ?

Prosedur atau peraturan peraturan boleh juga disebut sebagai spesifikasi kerja melombong pasir khasnya pasir sungai. Kami tidak pasti dan memerlukan penjelasan dari JPS sama-ada wujud apa yang dikatakan spesifikasi perlombongan pasir sungai ? Atau yang ada hanyalah garis panduan ?

Ingin juga kami bertanya apakah cara yang disyaratkan oleh JPS untuk memastikan pengusaha pasir mematuhi segala peraturan kerja dipatuhi . Atau secara khusus apakah kepastian yang ada untuk memastikan pengusaha pasir menjaga keruntuhan tebing tidak ketahap memudaratkan dan jika runtuh tebing tebing itu dipulihkan semula ?

Contohnya yang pertama berapakah kedalaman pasir yang boleh dilombong ? Apakah perlu tebing tebing yang runtuh ditanam cerucuk atau piling. Piling jenis apakah yang boleh digunakan ? Berapakah darjah kecuraman minima tebing yang boleh diterima agar tebing tebing sungai itu tidak runtuh semula ?

Kita juga ingin bertanya tentang keupayaan pegawai pegawai JPS untuk melaksanakan peraturan peraturan tersebut. Pertamanya tentang kecukupan kakitangan keduanya tentang pengetahuan dan ilmu teknikal yang diperlukan dan juga tentang apakah keutamaan kerja yang diberikan dalam hal pemeriksaan kawasan kawasan perlombongan pasir yang diberikan. Adakah lawatan dilakukan ? Berapa kerapkah lawatan perlu diadakan ?

Dan sudah adakah tindakan tindakan diambil terhadap pengusaha pengusaha yang engkar ?

Kami difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan deposit yang dipungut bagi satu satu permit pasir sungai hanya sebanyak RM 6,000.00 Kami juga difahamkan jumlah sebanyak itu tidak munasabah kerana kos kerja pemantapan semula tebing tebing yang runtuh jika menggunakan piling kayu bakau sahaja berlipat kali ganda dari jumlah yang dipungut itu.

Kami difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan, pihak jabatan telah berkali-kali mengsyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar deposit dinaikkan kejumlah yang munasabah khabarnya sebanyak RM 45,000.00. Cadangan pihak JPS ini ditolak setiap kali dikemukakan atas alasan yang tidak dijelaskan.

Adalah amat perlu kerajaan negeri memungut deposit berdasarkan kos / meter cube yang terkini. Ini adalah kerana kebanyakan pengusaha lebeh suka deposit mereka dirampas dari memperbaikki semula tebing tebing yang runtuh itu. Dengan deposit yang rendah itu pihak JPS tidak akan dapat memanggil tender kerana tiada kontraktor yang mahu melakukannya pada kos yang rendah.

Pejabat tanah juga terlibat dalam penyeliaan. Pertamanya dari segi pembayaran cukai pasir. Dalam hal ini mestilah ada cara kerja yang sesuai untuk mempastikan tiada ketirisan hasil kerana kami tahu tentang amalan yang terbiasa yakni satu DOKET digunakan untuk 5-10 trip lori ( 8 meter padu / lori ) Kami juga tahu hampir tidak ada penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah untuk mempastikan satu doket hanya untuk satu trip lori.

Kedua menyelia agar pengusaha tidak merosakkan jalan lebih lebih lagi jalan awam mahupun jalan swasta kerana beratan muatan yang berlebeh sudah pasti merosakkan jalan. Ketiga mempastikan jalan jalan yang rosak diperbaikki. Keempat mempastikan pengusaha tidak melombong jumlah pasir melebehi jumlah yang ditentukan didalam permit.

Akhirnya kami ingin menegaskan tentang apa yang berlaku “ on the ground “ . HAMPIR TIDAK ADA PENYELIAAN & KAWALAN oleh kedua-dua agensi yang dipertanggungjawabkan baik Pejabat Tanah mahupun Jabatan Parit & Saliran.

Kegiatan mengalibabakan permit pasir menjadi tradisi oleh orang orang politik yang hanya pandai menasihatkan orang tetapi ekor bergelumang tahi..

Pegawai penguatkuasaan tidak menjalankan tugas dan amanah rakyat ..kerana sudah BANTU MEMBANTU atau DI-KAUTIMKAN

Pegawai teknikal dari JPS ada yang tidak tahu dimanakah kegiatan perlombongan sah dilakukan. Apatah lagi perlombongan haram. Kerana apa? Kerana seperti yang disebutkan diatas......FED UP.

Tebing tebing sungai terus menerus diruntuhkan dan runtuh sendiri keran struktur tanah ditebing menjadi lemah akibat pengorekan pasir yang berlebihan dan tidak terkawal.

Maka adalah tidak salah jika kami mengatakan kegiatan perlombongan pasir khasnya pasir sungai adalah umpama kes anak dara dirogol dimana perogol bebas dan simangsa menanggung akibatnya tanpa ada siapa yang kasihan dan membela

Dalam kes di Kg Londah , Gemas siapakah perogol dan siapakah yang kena rogol ?
Yang jelas perogol berbangsa cina dan mangsa berbangsa melayu ?

Siapakah yang bersama-sama menjadi pembantu / accomplice dalam kes rogol ini ? Pegawai pegawai kerajaan berbangsa melayu yang terlalu sibuk menghadiri pelbagai jenis mesyuarat yang tak pernah habis !!!

Aduh malangnya ................nasib orang kampong melayu yang kerdil.

5 ulasan:

  1. Negeri Sembilan akan dapat bala seperti mana Selangor. Sdelangor jatuh antara sebabnya adalah pasir yang dimanipulasi oleh UMNO untuk mencari kekayaan sehingga mengabaikan rakyat. Bila dah terlepas kuasa, perhatikan Khir Toyo macam orang kena sawan babi, mulut berpasir dan berbuih-buih cerita fasal kerajaan negeri sekarang taj betul. Dia lupa dan MB negeri sembilan juga akan terima nasib serupa.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sdra Kenn & singalautmetro atas komen sdra

    Saya rasa sudah sampai waktunya speks kerja melombong pasir dikaji , diperinci dan diwartakan utk kegunaan semua negeri...kita perlu pasir utk pembangunan tetapi tidak bolehlah sampai mendatangkan mudarat kpd rakyat kerdil khasnya org kampong

    BalasPadam
  3. agak-agaklaa bila memfitnah

    BalasPadam
  4. Mana doket pasir daerah sidam kiri kulim,,,harap beri doket secepatnya pada pengusaha2 pasir,,,2015

    BalasPadam