Sabtu, 15 Januari 2011

BUKTI ANWAR MEMPERJUANGKAN PLURALISMA - dari mulutnya sendiri.



BAHAYA - Ucapan Anwar Paling Kontroversi di LSE : ‘Religion and Pluralism in a Divided World’

Berikut merupakan terjemahan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling kontroversi di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 yang sedang hangat diperdebatkan di kalangan golongan intelektual Malaysia.

Ucapannya itu bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia). Walaupun ucapan ini telah ditarik balik di blognya, namun ucapan asal masih boleh diakses di laman newasiarepublic.com, manakala rakaman Audio ucapannya boleh didengari di sini

-----------------------------------------------------------------------------

TEXT UCAPAN ANUAR

Biarlah saya bermula dengan baris (puisi) yang penuh padat makna rahsia dari gubahan T.S. Eliot, bertajuk ‘Burnt Norton’

Pergi, pergi, pergi kata burung itu: Umat manusia tidak mampu lagi menanggung realiti. Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation).

Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya.

Dalam kalangan masyarakat Kristian, kita diperlihat kemunculan perpecahan-perpecahan dan akibat dari pergolakan-pergolakan yang timbul berpunca daripada sikap dan kefahaman tertutup (exclusivity) ini.

Di kalangan umat Islam, fahaman kumpulan Sunni, Shi’ah dan Sufi mempunyai sejarah yang penuh dengan kepelbagaian turun naiknya dan terus menerus menunjukkan kepada dunia satu senario keganasan dan pertumpahan darah.

Tentangan terhadap Muslimin yang berpindah ke Eropah menjadi lebih pahit lagi berikutan peristiwa selepas 9/11 dan 7/7, yang menguntungkan parti-parti politik sayap kanan, (hasil) daripada pusingan baru ‘xenophobia’ (kebencian dan ketakutan rakyat asing) dan kempen menakut-nakutkan (kepada ancaman militan Islam).

Pengharaman Perancis terhadap ‘burqa’ (wanita muslim memakai jubah yang hanya nampak mata) menimbulkan emosi yang amat hangat dari kedua belah pihak, tetapi ramai Muslimin menggaru-garu kepala mereka dengan kehairanan apabila Switzerland mengharamkan kubah-kubah (pada masjid di sana).

Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :-

Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).

Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu.

Dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia?

Jalan kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan. Kita bergembira mengecapi keindahan, (baik) di dalam diri kita sendiri dan juga di sekeliling kita. Kita rindu kepada ilmu pengetahuan, kedamaian dan keselamatan di tengah-tengah misteri dan ketidaktentuan alam semesta.

Dalam dunia kita yang terpecah-pecah yang diisi dengan keburukan, keganasan dan ketidakadilan, agama memberikan kesempatan kepada semua umat manusia untuk merealisasikan nilai-nilai yang menyatukan kemanusiaan, walaupun terdapat kepelbagaian dalam negara, iklim dan budaya.

Dante (Dante Alighieri) – seorang daripada penyair-penyair agung dalam tradisi Kristian – menyebut banyak perkara dalam hal ini (pluralisme). Dengan dikelilingi oleh konflik dalam masyarakat yang merobek landskap para penduduk luar kota negara Itali pada abad ke 14, Dante yang amat arif tentang konflik untuk mendapat kuasa di antara golongan ‘Lords Temporal’ dan ‘Lords Spiritual’ (Golongan yang Memerintah dan Golongan Penguasa Agama Kristian pada waktu itu).

Apabila (Dante) melihat kerosakan yang ditimbulkan daripada usaha untuk menyelesaikan pembahagian dan perpecahan itu, beliau melihat satu penyelesaian yang bukan hanya bersifat secara politik semata-mata. (Dante) menulis dalam ‘Monarchia’ (esei politik yang ditulis dalam bahasa Latin) menyatakan bahawa tujuan terakhir kehidupan manusia adalah pencapaian matlamat dua kali ganda – kebahagiaan dalam kehidupan duniawi dan juga kebahagiaan dalam kekal (akhirat) dengan berada dalam limpahan nur melihat Wajah Tuhan.

Mencapai dua matlamat agung ini menghadapi kesukaran yang besar:

‘Hanya apabila gelombang-gelombang kerakusan yang menggoda itu ditenangkan dan umat manusia berehat santai dalam ketenangan dan kedamaian‘ Pandangan Dante tentang keamanan sejagat boleh dicapai hanya apabila bangsa-bangsa di dunia bersatu dalam sebuah kerajaan planet yang tidak berbelah bahagi.

Sudah tentu, ini merupakan satu impian utopia, tetapi dengan sifatnya yang datang dari Eropah maka patut diberikan perhatian bahawa impian ini bukannya impian Eropah untuk menguasai yang lain berada di bawahnya. Juga beliau (Dante) tidak membayangkan Gereja berkembang meluas di luar daripada tembok-temboknya.

Pemerintah yang mempunyai kuasa dalam landskap yang utopian ini adalah Fakulti Akal Manusia, yang menghubungkan visi Dante secara langsung dengan pandangan falsafah tokoh-tokoh agung intelektual lslam termasuk al-Farabi dan Ibn Rushd.

Sudah tentu dalam sistem Dunia Order Baru perkara demikian itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya jika masih ada warisan abadi Pemikiran Pencerahan (Enlightenment Thought) yang berterusan dalam geopolitik dunia, itu hanya dalam bentuk yang terpecah-pecah, empayar-empayar dan dinasti-dinasti kepada individu, yang saling berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu sama lain, dan bukannya penyatupaduan yang lebih besar.

Banyak sudah darah yang tumpah untuk mencipta dan kemudian mempertahankan sempadan- sempadan (kuasa). Walaupun ada usaha-usaha sesetengah pihak untuk memurnikan bumi-bumi mereka, sempadan-sempadan yang digariskan di sekitar negara-bangsa (tetapi) telah dikaburkan pula dengan munculnya sistem pengangkutan dan komunikasi moden.

Dunia hari ini mungkin lebih bersifat pelbagai dan bersepadu (integrated) daripada apa yang berlaku pada zaman keemasan Islam di Sepanyol, di mana orang-orang Kristian, Yahudi dan Muslim hidup dengan aman damai dalam suasana hidup bersama (co-existence). Tetapi sukar pula untuk kita menyatakan (pada zaman moden ini) bahawa kesan yang mendominasi dari saling berhubungan ini (connectivity) adalah keamanan dan keharmonian.

Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi.

Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama.

Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini.

Sebab itulah, maka wacana tentang pluralisme agama (religious pluralism) mesti berhadapan dengan persoalan dasar berkenaan dengan kebebasan beragama (freedom of religion) dan dikaitkannya dengan kebebasan hati nurani manusia (freedom of conscience).

Persoalan yang timbul adalah, adakah kepelbagaian agama yang menjadikan dunia yang terbahagi-bahagi itu menjadi lebih terbahagi-bahagi lagi sifatnya, ataupun penafian terhadap kebebasan beragama yang menjadi penyebabnya.

Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:

Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar.

Kalaulah kenyataan Qur’an bahawa ‘tidak ada paksaan dalam agama’ itu tidak mempunyai erti apa – apa, maka bermaksud perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukanlah bersifat Islamik. Tetapi apabila kita menyatakan demikian bukanlah bermakna kita menafikan realiti kepelbagaian agama kerana Al Qur’an menyatakan perkara itu dengan nyata sekali.

‘Wahai ahli kitab, sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali di antara sesama kamu. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Menyedari Dengan Mendalam “.

Kitab Agama Sikh Guru Granth Sahib memberitahu kepada kita bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) membawa kepada Yang Satu (the One Shall) akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran (absorbed in Truth).

Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali.

Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita.

Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan.

Tentang Muslimin pula, mereka masih berterusan bermasalah dengan menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebaasan hati nurani (freedom of conscience).

Mereka (umat muslimin) memandang budaya pluralisme agama sebagai satu bahagian daripada konspirasi agung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme Agama juga dilihat sebagai jerat bagi menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi (pendapat itu) sebenarnya merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat mengikut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk mengenakan undang-undang dan nilai-nilai Islam ke atas seluruh masyarakat.


Sistem Millet Uthmaniah berdiri sebagai satu contoh sistem yang diwujudkan oleh negara Islam yang didasari oleh prinsip hormat menghormati dan pengiktirafan kepada hak-hak bukan Islam untuk mengikut ajaran-ajaran agama mereka secara bebas merdeka.
Memang diakui bahawa perkara ini penting untuk menjaga keharmonian dalam persekitaran masyarakat yang pluralistik, dari sebuah kerajaan yang sedang berkembang.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, seorang fakih Hanbali dalam abad ke 8 memberitahu kita gambaran yang lebih jelas lagi.

Dalam kes perkahwinan amalan agama Zoroaster yang orang-orang lelakinya digalakkan mengawini ibu-ibu mereka, ini merupakan amalan yang dari segi moralnya amat menjolok mata kepada umat Muslimin.

Namun apabila ditanya tentang bagaimana negara Islam memandang kepada perkahwinan amalan agama Zoroaster itu, ibn al-Jauzi menegaskan bahawa itu merupakan hak-hak orang Zoroaster (dan) kes-kes mereka tidak akan dibawa ke dalam mahkamah-mahkamah Syariah, serta menganggap amalan sedemikian itu sebagai dibenarkan dalam tradisi undang-undang mereka. Maka, katanya, negara Islam tidak berhak untuk campur tangan dalam hal itu.

Adalah malang sekali jika sesetengah daripada kebijaksanaan-kebijaksanaan kesarjanaan klasik Islam dilupai. Simpulan ideologi yang bersikap rigid (rigidity) masih merupakan penghalang kepada kemajuan dan pembaharuan.

Muslimin hendaklah membebaskan diri mereka daripada amalan-amalan lama yang menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang lain, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Al Qur’an menyatakan ‘Katakanlah: Dia adalah Allah, Tuhan Yang Satu yang menjadi tumpuan pertolongan kepada semua.

Seorang daripada sarjana Taurat yang teragung pada Zaman Pertengahan, terkenal juga dengan nama Arabnya, Abu ‘Imran Musa bin ‘Ubaidullah Maimun al-Qurtubi, dalam menghuraikan keesaan Tuhan dalam agama Yahudi berkata: Tuhan adalah Esa,tidak ada yang menyerupaiNya.

Apabila merujuk kepada ungkapan (dalam Kristian) ‘Maha Suci Nama Engkau’ (“hallowed be thy name”) dari Lord’s Prayer, (Matt.6:9) mendiang Swami Prabhavananda menulis bahawa nama Tuhan boleh dipandang sebagai mantra, yang apabila diulang-ulang, memberi kekuasaan rohaniah dan menyucikan kalbu dan minda orang yang menyebutnya.

Dengan amalan ini, maka ‘nama’ Tuhan dialami sebagai hidup dan penuh kesedaran, seperti seseorang itu bersama dengan Tuhan-dan pencerahan rohani akan dicapai’.

Dari segi sejarahnya, Muslimin menganggap Al Qur’an sebagai tertumpu kepada Akal dan juga Roh manusia. la menentukan susunan sistem dalam alam, prinsip-prinsip dan keyakinan-keyakinan, dan ia menuntut pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh tentang semua perkara itu supaya dengan itu, kita boleh mencapai kepastian tentang kesahihan dakwaan-dakwaan dan mesejnya.

Tinjuan ini semestinya, tidak boleh tidak, membawa kepada kesedaran terhadap prinsip-prinsip yang abadi tentang Tawhid terhadap Tuhan yang daripadanya pula keluarnya Hukum Yang Rabbani.

Tetapi syariah itu bukannya semata-mata dipahat pada batu (cast in stone),(yang bermaksud statik) dan ia (syariah) itu mengalami evolusi (perubahan) secara dinamis. Demi untuk menjaga jalan menengah (a middle ground), maka unsur utama dalam metodologi (kaedah) Islam mesti dinilai semula dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ (clash of civilizations) yang telah dan masih meletihkan seperti pukulan ‘gendang purba’ itu. Pekara ini nampaknya seperti metafora yang menarik kepada imaginasi sejarawan dan ahli-ahli sains politik.

Hasilnya adalah satu pertembungan sudut pandangan tentang sejarah, persepsi, dan gambaran-gambaran yang kemudiannya pula membawa kepada penafsiran yang kerap kali bercanggah, bukan sahaja tentang sejarah, tetapi juga pandangan dunia (world views)
Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot:

“Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah (juga) boleh pula berupa sebagai kebebasan”.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang sedang menggelegak dalam umat Islam itu sendiri.

Kita melihat berlaku suatu pertembungan yang lebih berbahaya dan membimbangkan dalam tamadun Islam (intra-civilizational), iaitu antara yang lama dan baharu (the old and the new), lemah dan kuat(the weak and the strong), moderat dan fundamentalis (the moderates and the fundamentalists), dan modernis dan traditionalis (modernists and the traditionalists).

Seandainya kita melihat sejarah sebagai perhambaan, kita boleh mengabaikan perspektif sejarah dan meletakkannya ke dalam alam akademik berdasarkan kepada alasan bahawa kita sudah pun berada di abad ke 21.

Turki dan Indonesia sedang merintis jalan ke arah demokrasi bagi umat Islam untuk menjadi ikutan. Kemasukan segera Turki ke dalam Kesatuan Eropah merupakan suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal itu dicapai, namun, sayangnya, halangan-halangan yang dibuat oleh sesetengah negara-negara ahli Kesatuan Eropah itu sangat jelas menunjukkan isyarat wujudnya Islamophobia (ketakutan melampau kepada Islam).

Di Asia Tenggara, Indonesia telah pun berjaya mencapai garis penamat (dalam amalan demokrasi), manakala negara jiran-jirannya yang Muslimin (termasuk Malaysia) masih lagi terlekat pada tahap permulaan jalannya.

Maka sejarah sebenarnya adalah kebebasan (freedom) jika kita bersedia untuk mendapat pelajaran daripadanya.

Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalalkan perbuatan-perbuatan ganas dalam pelbagai bentuk dan rupanya, hingga mengaburkan di antara garis jihad dan keganasan (jihad and terrorism).

Mujurlah adanya pentadbiran Presiden Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan ketara berbanding dengan polisi Presiden Bush yang mengamalkan sifat percanggahan yang memilih bulu, dalam memerangi keganasan, iaitu memberi sokongan kepada para autokrat (kuku besi) di Dunia Islam di satu pihak, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi (freedom and democracy) di satu pihak yang lain pula.

Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbiran Obama itu berperanan, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika berkaitan hubungan dengan Dunia Islam.

Dalam Islam, kebebasan dianggap sebagai salah satu matlamat yang paling tinggi daripada undang-undang Ilahi yang sama elemennya dengan demokrasi berperlembagaan untuk menjadi imperatif moral dalam Islam – iaitu kebebasan hati nurani (freedom of conscience), kebebasan untuk bercakap menentang kezaliman (freedom to speak out against tyranny),(dan) seruan untuk pembaharuan dan hak ke atas pemilikan (a call for reform and the right to property).

Sebagai penutupnya, biarlah saya sekali lagi menyebut apa yang saya selalunya simpan untuk nukilan dari Eliot’s Four Quartets:

Apa yang kita sebut sebagai permulaan kerapkali ia bahagian akhirnya
Dan membuat satu bahagian akhir adalah (juga) membuat satu permulaan
Bahagian akhir adalah tempat kita bermula.

Nota: Ucapan Datuk Seri Anwar telah ditarik dari balik daripada siaran blog beliau.
Blog ini ada menyiarkan ucapan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Religion and Pluralism in a Divided World.

Jumaat, 14 Januari 2011

ANUAR IBRAHIM - PETUALANG PERJUANGAN MELAYU ISLAM....



Salam kepada pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Pada gemasindah, jika kita benar benar sayangkan bangsa kita yakni BANGSA MELAYU dan benar benar sayangkan ALLAH dan AGAMA ISLAM, maka amatlah wajar kita menolak jauh jauh perjuangan ANWAR IBRAHIM yang jelas TELAH MENYELEWENG dan kini semakin menjadi MUSUH UTAMA yang berjuang untuk menghancurkan MELAYU - ISLAM.

Adalah benar pada satu ketika dulu semasa memimpin ABIM dan gerakan pelajar pada tahun 70 an Sdra Anwar Ibrahim merupakan saorang aktivis Islam. ABIM lah yang sebenarnya menaikkan imejnya sebagai pemimpin hingga Tun Dr Mahathir pun terpesoan lantas MEMBANTUnya dan menunjukkan JALAN EMAS hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun saperti yang gemasindah katakan terdahulu ANWAR BERAHIM sekarang BUKANNYA Anwar yang kita kenali dan sanjung pada tahun 70 an dahulu. Anwar telah BERUBAH 360 degrees . Ini sebenarnya Kehendak Allah jua.

Ikuti beberapa SIRI rencana dan pandangan beberapa cendikiawan Melayu termasuk pejuang pejuang ABIM mengenai perubahan Anwar ini yang menjadi SEBAB UTAMA , ANWAR Wajar ditentang ....

RENCANA SATU.

RAKAN LAMA ANWAR – YANG SAMA SAMA BERJUANG DALAM ABIM MENOLAK ANWAR...............kerana telah menyeleweng dari landasan perjuangan Islam.


Difahamkan perjumpaan tertutup di Bangi, malam Ahad, 2 Januari lepas mempersoalkan pegangan akidah Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berucap di London School of Economic (LSE), pada 18 Mac 2010 yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia).

Perbincangan secara bersemuka di antara Anwar dan bekas-bekas ABIM diadakan di rumah Profesor Osman Bakar yang juga turut bertindak sebagai pengerusi majlis.

Anwar Dakwa Sahabat-Sahabatnya Diperalat UMNO

Difahamkan dalam majlis itu, Anwar menyalahkan sahabat-sahabat lamanya menjadi alat UMNO dan Utusan Malaysia berniat menjatuhkannya menggunakan isu Pluralisme Agama tersebut.

“Orang ambil kesempatan naik aibkan saya. (sepatutnya sahabat-sahabat lamanya) serang saya dalam majlis (tertutup), betulkan saya dulu. Kenapa nak guna Utusan ?”, kata Anwar.

Anwar juga turut menyalahkan sahabat-sahabatnya menegur secara keras, tanpa berbincang sendiri dengannya. Kecuali sahabat lamanya yang bernama Zaidi dari Kota Bharu.

Menurut Anwar, Zaidi telah menelefonnya sendiri memberitahu teks ucapannya di LSE itu dibimbangi akan menimbulkan salah faham, lantas Anwar mendakwa dengan teguran tersebut, pada keesokannya beliau menarik balik ucapannya di blognya.

Anwar mempersoalkan kenapa semasa beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri beliau tidak di’serang’ walaupun menghasilkan buku “Asian Renaissance” yang membawa maksud meninggalkan agama (termasuk Islam).

Kata Anwar, kenapa harus diserang sekarang iaitu ketika beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan?

Anwar mempertahankan hujahnya bahawa Dante dan Jelaluddin al-Rumi adalah Bapa Pluralisme Agama. Anwar akui Dante pernah menghina peribadi Rasulullah SAW, tetapi beliau tidak melihat aspek itu sebaliknya merujuk aspek lain.
“Jelaluddin al-Rumi membawa Pluralisme Agama, tetapi tidak diketahui umum, (bahkan) puisinya masnawinya itu antara yang paling popular di Amerika Syarikat”, pertahan Anwar.

Anwar Dakwa Fitnah Jahat


Anwar juga turut kecewa apabila beliau turut disamakan dengan ‘lingkaran Islam Liberal’, Ulil Absha Abdalla dari Indonesia.

“Itu fitnah jahat!. Saya tidak pernah hadir pertemuan mereka (tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia). (Tetapi) mereka ada hadir beberapa pertemuan dengan saya”", kata Anwar.

Anwar juga turut kecewa apabila tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri menjawab isu tersebut.

“Bercakap soal pluralisme, awak (sahabat-sahabat lama yang menganjurkan wacana) boleh serang saya sebanyak mungkin (tetapi) saya tidak ada ruang (untuk menjawabnya). Apa justifikasinya. Tak kan kerana pluralisme itu sampai boleh membatalkan segala fitnah dan khianat kepada saya dan menafikan hak saya.

“Saya pun hairan, (ber)puluh-(puluh) tahun tarbiah (dalam ABIM) ini, kemudian, apa yang disebut oleh Utusan itu adalah mutlak (dan) fakta. (tapi kalau) awak (kumpulan yang menentangnya) nak masuk UMNO, itu soal lain.

“Mahathir ke, Utusan (Malaysia) ke, Rais Yatim ke, dia serang…saya tak ada masalah..(tapi apabila) sahabat saya (sendiri, menyerang), saya tersinggung sikit..tak kan lah pula kerana sumbernya dari (dato) Nallakarupan terus jadi (pegangan). Tanya lah saya (dulu)”, kata Anwar.

Serangan dimaksudkan Anwar adalah penganjuran wacana sehari ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah’ di Masjid Wilayah Persekutuan pada 14 Disember 2010, yang membahaskan ucapan Anwar di LSE.

Wacana itu adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

Ismail Mina dari MUAFAKAT merupakan pengarah program tersebut dan MUAFAKAT merupakan NGO yang menghimpunkan bekas-bekas aktivis ABIM.

Sekurang-kurang enam orang tokoh intelektual terlibat membahaskan ucapan Anwar itu. Mereka adalah; Dr. Anis Thoha, Pensyarah Usuludin dan Perbandingan Agama , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Ustaz Dr. Muhamad Uthman El –Muhamady , Felow Amat Utama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC); Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Nur Farhana Abd. Rahman, Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Dr Yusri Mohamed Pensyarah Kuliyah undang-undang , Universiti Islam Antarabangsa dan Dr. Syamsuddin Arif, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

AIDCNews turut difahamkan selepas ucapan Anwar, salah seorang sahabat lamanya, Ismail Mina yang menjadi pengarah program wacana itu turut diberi peluang mengemukakan hujahnya dalam pertemuan malam tersebut.

Kalau Didakwa Datuk Seri Anwar Diperalat Paul Wolfowitz, macam mana ?

Ismail mempersoalkan kenapa Anwar membuat tuduhan melulu dengan mendakwa mereka yang menganjurkan wacana itu di’perguna’kan oleh UMNO dan Utusan Malaysia.

Sahabat lama Anwar itu turut mempersoalkan prinsip keadilan dalam membuat dakwaan. Katanya kenapa perlu dikambinghitamkan pihak lain, sedangkan penganjuran wacana itu hanya fokus tentang ucapan Anwar di LSE.

Anwar perlu jawab persoalan tersebut yang diucapnya sendiri di LSE, dan bukannya tidak menjawab persoalan serta mengalihkan kepada topik lain dengan membuat tuduhan kepada pihak lain.

“Kalau saya katakan Datuk Seri Anwar dipergunakan oleh Paul Wolfowitz, macam mana ?. Kalau dikatakan MUAFAKAT dikatakan digunakan (oleh UMNO untuk anjur wacana itu)… tak betul (dakwaan) itu.. Datuk Seri Anwar”, kata Ismail.

Anwar Bawa Pemikiran John Hick

Ismail turut berkata beliau tiada masalah dengan definisi Pluralisme Agama tafsiran Havard, tetapi yang menjadi masalah adalah Pluralisme Agama tafsiran John Hick.

Prof Osman mencelah, kalau begitu kita (jangan serang Anwar tetapi) serang John Hick.

Ismail membalas, “John Hick dan tentera-tenteranya!”.

Dalam wacana yang membahaskan ucapan Anwar di LSE itu, para panelis bersetuju mengatakan Anwar telah terpengaruh dengan pemikiran John Hick serta menterjemahkan pemikiran Tokoh Pluralisme Agama itu menjadi intipati ucapannya.

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) yang bertanggungjawab mengkaji ayat demi ayat ucapan Anwar di LSE itu telah merumuskan Anwar adalah Pendokong Pemikiran John Hick.

“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir”, kata Uthman El-Muhammady yang menggambarkan perubahan pola pemikiran Islam Anwar dari fundamentalis kepada pluralisme.

“Orang yang berkepercayaan seperti John Hicks dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ (semakin pudar) dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ (dari orang-orang yang berkeyakinan) dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic (ragu-ragu tentang kewujudan Tuhan), dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya. Pegangan seperti ini membawa kita terlintas persamaannya dengan golongan zindik (meyakini kekufuran atau atheis) zaman klasik ” tegasnya.

Kenyataan Uthman El-Muhammady di atas terkandung dalam kertas kerjanya “Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam” yang diedarkan kepada semua peserta wacana tersebut.
John Hicks merupakan ahli falsafah Eropah yang memperkenalkan konsep Pluralisme Agama yang terpengaruh dengan konsep pencerahan agama (enlightenment) yang pernah dipelopori oleh Immanuel Kant dan John Locke.

‘Semua Agama Sama’ Adalah Konsep Salah Dari Segi Aqidah Islam

Dalam pertemuan bekas-bekas ABIM itu, difahamkan, Anwar sendiri mengakui ucapannya di LSE itu berdasarkan rujukan pemikiran John Hick.

“Ismail betul soal itu. Sebab (semasa) saya (buat ucapan itu) menggunakan rujukan kepada John Hick…John Hick ni bukankah penyelia kepada ustaz (dr) Razali ?”, kata Anwar sambil berseloroh.

Ismail berkata fokusnya adalah intipati ucapan Anwar di LSE iaitu berkaitan persamaan antara agama.

“Pointnya (dalam ceramah Anwar di LSE) adalah kenyataan (Anwar yang menyatakan) semua agama sama. Itu yang menjadi kontroversi. Bukan soal kecil, tetapi melibatkan akidah”, kata Ismail.

Ismail turut menyentuh berkenaan penarikan balik ucapan Anwar di blognya.

Menurut Ismail, apabila ditegur oleh Zaidi, Anwar tidak terus menarik ucapannya itu serta merta,(sebagaimana yang didakwanya) sebaliknya dibiarkan sahaja ucapan itu di blog sampai berbulan-bulan, walaupun sudah ditegur.

Berdasarkan ucapan Anwar di LSE itu, Ismail merumuskan Anwar lebih cenderung kepada akidah John Hick. Ketika ini Anwar mencelah, dengan berkata “Itu hanya tafsiran Ismail sahaja”.

Ismail menafikan dakwaan Anwar itu. Menurutnya bukan soal salah tafsir, kerana yang menilai ucapan Anwar di LSE bukan dirinya seorang diri, bahkan turut dinilai oleh semua ahli panel serta dibuat kajian khusus oleh Dr Uthman El-Muhammady.[Sila lihat terjemahan ucapan Anwar di LSE dan buat penilaian sendiri.

Anwar terus marah dengan berkata,


“Saya bercakap dengan audien (di LSE), 95 peratusnya bukan Islam, Kristian ada, Yahudi ada, Hindu ada, habis nak kata apa ? Agama ni semua tak betul ! Tidak.. Saya kata, kita ada pandangan kita (Islam), kita toleran, kita bagi kebebasan beragama, (tetapi) saya tidak apologetik. Tapi kalau nak kata ‘semua agama sama’. Tidak”

“Saya juga hadir (beri ceramah)Inter-religious Dialogue anjuran Universiti Georgetown. Bagaimana awak nak beri ceramah (jika majoritinya bukan Islam). Ini soal pendekatan. Saya bukan bercakap kepada audien Islam sahaja, saya terbuka. Kita terpaksa bagi pendekatan yang boleh menarik minat mereka mendengar.

“Mereka (orang bukan Islam) tanya pasal (kalimah) Allah. Saya bawa Tok Guru Nik Aziz punya point !”, kata Anwar.

Ismail berkata penjelasan Anwar pada malam ini adalah hal yang berbeza dengan ucapan Anwar di LSE.

“Saya buat program (wacana) dengan kerjasama kawan-kawan, berdasarkan kenyataan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri (di LSE). Ini ada black and white, diucapkan sendiri dan diterbitkan sendiri di blognya”, tegas Ismail.

Soal Audien Bukan Islam

Turut dibangkitkan soal audien. Menurut Ismail, walaupun audiennya bukan Islam, tetapi bukan bermakna mahu mengorbankan aqidah Islam.

“Dalam ucapan (Anwar di LSE itu), saya tidak nampak Datuk Seri Anwar mempertahankan Islam. Dengan hujah Jelaluddin al Rumi, Dante..”, katanya

Anwar mengakui beliau bukan pakar dalam semua bidang. Namun dakwa Anwar, wujudnya percanggahan ini kerana perbezaan aliran pemikiran. Kata Anwar, pemikiran Islamnya berbeza dengan Ismail.

“Mail, (Ismail) ambil daripada pendekatan sains tradisi. Kalau enta (awak) punya posisi (seperti itu) pergi dialog antara agama, susah juga. Mereka (orang bukan Islam) akan ambil orang seperti saya. Mereka tidak ambil orang yang sangat kuat dengan pegangan sains tradisi.

“Kita ambil perkara-perkara yang melunakkan (pihak bukan Islam), supaya mereka boleh dengar kita. Itu tujuannya… Orang panggil (jemput) kita (berceramah), tidak ramai. Sebab itu ‘orang-orang yang keras’ (seperti) Al Qaradawi tidak dijemput.

“Nak cakap apa di LSE, (kalau) 95 peratus audien bukan Islam. Bukan setakat (mereka) sekularis, malah anti agama. Nak cakap apa, kalau tidak diberi apa yang boleh melunakkan hati mereka”, kata Anwar.
Ismail membantah hujah Anwar itu kerana asasnya adalah soal fundamental.

“Bila Datuk Seri kata, kita (orang Islam) percaya agama kita, kamu (orang bukan Islam) percaya agama kamu. (dan) kami (orang Islam) tidak boleh mengatakan agama kamu (selain Islam) adalah salah. Semua agama benar. Itu soal fundamentalnya”, kata Ismail yang menegaskan kenyataan ini bercanggah dengan Al Quran yang menyebut bahawa Islam sahaja agama yang benar.

KOMEN PEMBACA


Anonymous said...

Anwar jallaluddin ar Rumi tidak layak dibicarakan oleh seorang penfitnah dan pembohong..karya Rumi tidak pernah menghina Nabi Muhammad malah dizaman beliau ibnu Arabi adalah ahli sufi tang tersohor walaupun berbeza pandangan.

Tiada pengakuan dalam Rumi semua agama sama kecuali kecintaan Rumi yang tak terhingga pada Nabi Muhammad dan Rasul-rasul yang lain kepada Allah...malah Rumi dalam karya mereka 'amat sesuai sekali allah samada menutup dan membuka pintu hati kearah kebenaran adalah bergantung pada diri sesorang..kepada sang penfitnah adalah layak dengan sang penfitnah....baca karya Rumi diskusi beliau dengan murid-murid beliau dalam "FiHi MaF

buku Fihi Ma Fihi adalah terjemahan dari " Discourse Of Rumi " atau ( In it Is What 's In It ) karya Aberry...sedap molot nuar dia je Rumi bapa Pluralisme...

Rabu, 12 Januari 2011

HARGA BARANG TERUS NAIK - PEMIMPIN UMNO TAK SUSAH HATI KE ?



Salam para pembaca yang budiman ,

Dalam keluarga gemasindah, kerja kerja membeli dan mendapatkan barang keperluan harian rumahtangga adalah tugas rutin siisteri. Tugas rutin gemasindah pula ialah mendengar rungutan dan keluhannya setiap kali balik dari Pekan Gemas atau pasar.

Berdasarkan rungutannya yang gemasindah dapat rumuskan ialah :-

- Harga barang naik setiap hari
- Hampir semua barangan naik harga
- Nilai RM terus mengecil saban hari

Gemasindah nak bertanya kepada kerajaan khususnya Menteri Ismail Sobri ni. Apa ke he nya harga barang terus menerus naik ni ? Siapa punya ankara ni ? Maksudnya siapa yang naikkan harga ? peruncit kah ? pengedar kah ? tuan punya lori ka ? pengimpot kah ? pengilang kah ? atau kerajaan UMNO kah ? Atau kesemuanya kah ?

Dalam entri yang lalu gemasindah ada memberi ingatan kepada pemimpin UMNO / BN bahawa salah satu sebab utama BN / UMNO hilang banyak kerusi pada PRU 12 yang lalu ialah kenaikan harga barangan ketika itu.

Kenalah nak ingat ..pada ketika itu ( PRU 12 ) harga barangan keperluan harian dah naik dah..tinggi dah naiknya ...Nak tanya Datuk Ismail Sobri ..sejak PRU 12 hingga kehari ini ( Januari 2011 ) itu ada ke harga barangan barangan itu turun ???? Ada ke ?????

So eloklah hang kira berapa persen kenaikan purata harga barang tu ? dan berapa persen pulak pengundi / rakyat LARI NGUNDI PEMBANGKANG agaknya pada PRU 13 nanti ?

Mari kita sama sama baca pandangan atau coretan rakanblogger DIN TURTLE berkaitan harga barang naik ni..............

...............................................................................

Dari lamanblog DIN TURTLE.............

Masalah Sebenar Rakyat Dari Kacamata Rakyat Biasa
Membaca posting rbf mengenai rakyat yang menghadapi masalah kenaikan harga barang dan pelbagai masalah lain yang melibatkan RM, buat saya terpanggil juga untuk memberi komen. Politik, politik juga tapi apa yang lebih dekat dihati rakyat adalah perkara yang terpaksa kita hadapi dalam kehidupan rutin harian.

Seteruk manapun pembangkang yang kita gambarkan melalui tindakan2 politik mereka, banyak manapun kita mampu buat rakyat menggeleng2kan kepala dengan permainan politik mereka, bila tiba masa penentuan, apa yang penting adalah keadaan minda kita waktu itu.

Bagi majoriti rakyat biasa ( seperti saya ) tidak ada masalah yang lebih besar dari RM. Straighforward saya cakap, bajet tiap bulan ngam2. Mereka yang mampu cakap duit bukan segalanya adalah mereka yang cukup duit. I'm talking about memenuhi keperluan asas setiap hari bukan mengenai kemampuan membeli barangan tidak perlu seperti prepaid, makan di Mcd atau Kfc, atau pergi bercuti. I'm talking about daily surviving.

Kerajan boleh saja nak cakap projek juta2, billion2.... kita pakat dengar je. Seringkali baca paper kerugian kerajaan juta2, billion2 angkara dua-tiga orang pemimpin / ahli korporat .... kita pakat dengar je. Baca kekayaan KJ yang tak perlu kerja pun ..... kita pakat dengar je. Jealous ? Hell Yes ! Kita kerja bagai nak gila, bila dah ada anak2 ni.... tak fikir dah tentang diri sendiri, kita lebih pentingkan untuk membesarkan anak2 dan berikan mereka yang terbaik setakat kemampuan kita.

Dengan keadaan begini, siapa tak marah beb, kalau tiap hari baca paper barang naik ? Contoh minyak masak kurang stok baru ni ... rata2 orang anggap itu sebagai mukadimah harga ia nak naik. Jangan marahkan rakyat berfikiran begitu kerana itulah caranya sebelum barang naik harga ! Sebulan lebih minyak masak kurang stok, kerajaan pula terhegeh2 nak bertindak , waktu sama duk laung BN Juara Rakyat .... berbulu beb.

Keluar tv Menteri beri alasan macam2 .... saya tak mahu tahu semua tu, saya cuma nak tahu masalahnya selesai kerana perkara sebegini bukan pertamakali terjadi. Sudah acapkali, dan seharusnya kementerian yang bertanggungjawap sudah tahu apa yang harus dilakukan sebaik saja terdengar sok-sek rakyat mengenai masalah ini. Ini tidak, lembab nak mampus.

Satu yang saya teramat hairan minggu lepas - KENAPA TIDAK TERDENGAR WALAU SATU PUN RUNGUTAN TENTANG YURAN SEKOLAH / PIBG YANG MEMBEBANKAN RAKYAT ? padahal tiap awal tahun masalah ini mendapat liputan media tapi tahun ni ...... senyap ? Ke saya sorang je dari jutaan bapa di Malaysia yang rasa tak puashati ? Anak bongsu tahun 4 kena bayar RM70 ... oklah tu, tapi abangnya diTingkatan 2 kena bayar RM250 ! Yang bongsu tu, dalam kita lega .... balik sekolah satu hari tu dia kata kena beli uniform Putri Islam. Wajib katanya. Pergi kedai tengok satu set RM90 ..... adui...... Belum belanja buku tulis dan lain2 lagi.

Persoalan yang bermain difikiran saya - kenapa tidak diberi percuma saja pendidikan anak2 kita ? Ya saya akui kos pendidikan tinggi tapi kalau waktu sama kerajaan dilihat berbelanja boros dengan projek2 yang tidak berfaedah, rugi billion2 ... siapa tak sakit hati.

Maaflah anak2 yang over pintar, tapi saya tidak setuju kerajaan belanjakan RM100juta untuk projek Permata, saya tak setuju ratusan juta RM lagi untuk baiki rumah PM, buat bangunan Parlimen baru, belanja Monsoon Cup. Kalau semua yang boleh dikategorikan sebagai membazir itu ditiadakan dan dananya disalurkan ke Kementerian Pendidikan, saya percaya kita dapat pastikan pendidikan anak2 kita 100% percuma ! Malah segala subsidi yang ada tak perlu ditarik balik pun ...

Ini cara pemikiran simple saya, dan dikongsi ramai lagi rakyat biasa macam saya. Ini tidak ada kaitan ngan politik. Ini adalah kehidupan ! Banyak lagi masalah kehidupan yang bodoh-bodoh je dibebankan kepada rakyat sedangkan pemimpin2 hidup senang lenang dan keluarkan kenyataan yang bodoh-bodoh.

Bayangkan kalau pemikiran demikian menghantui pengundi2 semasa hari mengundi, agak-agak bagaimanakah perasaan marah dan tidak puashati itu dilepaskan ?

Kalau aku undi BN, masalah kehidupan ini akan tetap berterusan ..... itu pasti. Kalau aku undi pembangkang ..... mungkin lebih teruk, mungkin sama, mungkin lebih baik, itu belum pasti. SO ?

Nabil kata lu fikirlah sendili......gemasindah

Isnin, 10 Januari 2011

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama & Lingkaran Islam Liberal

Salam pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Melalui beberapa ENTRI pada tahun 2010 yang baru berlalu, gemasindah cuba menarik perhatian pembaca Melayu - Islam tentang BAHAYA Gerakan PLURALISMA yang berkembang luas di Indonesia dan sedang mula bertapak di Malaysia .

Amat malang sekali Gerakan Pliuralisma dan liberalisma agama di Malaysia dipelopori dan digerakkan oleh BEKAS PEMIMPIN ABIM dan aktivis Agama Islam yang dihormati PADA MASA dahulu yaitu DS Anwar Ibrahim.

Gemasindah sendiri amat kagum terhadap perjuangan Islamik yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi pemimpinn pelajar dan ABIM dahulu. Kenapa Anwar terpengaruh dengan golongan PLURALISMA ? Hanya Anwar yang boleh menjawab dengan tepat.
Namun apa yang dilakukan Anwar sekarang ini amat amatlah dikesali dan WAJIB DIPERANGI oleh semua muslim Malaysia. Ini adalah kerana Gerakan PLURALISMA amat jelas merupakan gerakan YAHUDI-KRISTIAN yang didokong oleh beberapa NGO NGOO mereka khususnya ASIA FOUNDATION untuk memecah , memporak peranda dan merosakkan masyarakat Islam seluruh dunia. Namun Allah pasti akan melindungi AGAMA SUCI ini.

Melalui ENTRI ini gemasindah ULANGI semula cobaan mengingatkan masyarakat Melayu-Islam Malaysia dengan memetik rencana yang disiarkan oleh sebuah lamanblog populer beberapa minggu yang lalu . Selamat membaca dan berushalah setakat terdaya agar kita semua tidak terpengaruh dengan dakyah licik musuh musuh Islam Internasional itu...........

......................................................................

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama & Lingkaran Islam Liberal

Nukilan Mymassa

Di Tanah Seberang di mana lebih 202 juta umat Islam berdomisil, kapal gelap yang berlayarkan Islam Liberal semakin lancar menyusuri pemikiran anak-anak muda di sana. Sesuai dengan namanya, Jaringan Islam Liberal (JIL) yang bermula secara ‘ringan-ringan’ pada 2001 melalui perhubungan e-mail kini tangkas ‘menjaring’ jiwa-jiwa yang masih tercari-cari ilmu mentafsir Islam agar dilihat lebih ‘selari dengan kehendak semasa’ (baca: diredhai oleh golongan Yahudi dan Nasrani).

Goenawan Mohamad, pemilik Komuniti Salihara

Pengasas majalah Tempo, Goenawan Mohamed adalah nakhoda kepada kapal yang terkutuk ini. Anda masih ingat Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di New York pada tahun 2005 lalu? Goenawanlah rakan karibnya di Indonesia! Malah beliau pernah menjemput Amina untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anak-anak muda di Komunitas Salihara pada Julai 2009.

Komunitas Salihara adalah nama yang tidak asing lagi di Jakarta; di sebalik topeng ‘kesenian’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang ditampilkan, ia sebenarnya merupakan pusat kegiatan yang ‘memperjuangkan’ hak golongan homoseksual, biseksual dan ‘trans-gender’. Mereka yang celik pasti dapat mengesan persamaannya dengan gerakan Seksualiti Merdeka yang berpangkalan di The Annexe, Pasar Seni sejak tahun 2008.
Jika Komunitas Salihara ibarat ‘rumah api’ yang menjadi panduan muda-mudi yang imannya kian goyah dilambung gelora modenisasi, maka Komunitas Teater Utan Kayu bolehlah disamakan sebagai ‘pelabuhan’ tempat sang nakhoda Goenawan mengangkat layar Islam Liberal pada kapalnya.

Uli Absar Abdalla, koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL)

Di sinilah Goenawan dan sahabat-sahabatnya seperti Luthfi Assyaukanie dan juga Ulil Abshar Abdalla merancang strategi halus untuk melunturkan akidah umat Islam melalui ceramah, seni persembahan dan penulisan yang dibaluti secara ‘intelektual’. Luthfi misalnya, pernah menyatakan bahawa:

“…..Setiap pemunculan agama selalu diiringi dengan ketegangan dan tuduhan yang sangat menyakitkan dan seringkali melukai rasa kemanusiaan kita. Ketika Rasulullah Muhammad SAW mengaku sebagai nabi, masyarakat Mekah tidak bisa menerimanya. Mereka menuduh nabi sebagai orang gila dan melempari beliau dengan kotoran unta. Para pengikut nabi dikejar-kejar, disiksa dan bahkan dibunuh seperti yang terjadi pada Bilal bin Robah dan keluarga Amar bin Yasir. Hal serupa juga terjadi pada Lia Aminuddin ketika dia mengaku sebagai nabi dan mengakui sebagai Jibril.

Orang menganggapnya telah gila dan sebagian mendesak pemerintah untuk menangkap dan memenjarakannya. Kesalahan Lia Aminuddin persis sama dengan kesalahan Kanjeng Nabi Muhammad, meyakini suatu ajaran dan berusaha menyebarluaskannya.” (dipetik dari laman web suara-islam.com).

Sekarang mari kita teliti corak fahaman Islam Liberal yang dibawa oleh Ulil Abshar Abdalla. Beliau menganggotai Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang diasaskan oleh Goenawan, dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP), sebuah NGO yang mendepani isu-isu pluralisme agama.
Berikut adalah kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh beliau melalui beberapa akhbar dan majalah di Indonesia:

“Agama tidak boleh memasuki bidang-bidang kesenian dan kebebasan berekspresi dan memaksa masyarakat mengikut standard-standardnya…agama harus tahu batas-batasnya” (Pengantar Buku ‘Mengebor Kemunafikan : Inul, Seks dan Kekuasaan’)

“Rasulullah Muhamad adalah tokoh sejarah yang perlu dikaji dengan kritis, bukannya hanya menjadi mitos yang dikagumi sahaja, tanpa memikirkan beliau juga seorang manusia biasa yang banyak kekurangannya” (Kompas, 18 November 2002)
“Bagi saya semua kitab suci (Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Yahudi) adalah mukjizat” (Jawa Pos, 11 Januari 2004).

“Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)

Adakah Ulil masih layak digelar sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya setelah mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa? Nauzubillah!
Pepatah lama ada menyebut, jika mahu mengenali seseorang, kita hanya perlu melihat siapa sahabat-sahabatnya. Kita sudah mengenali sahabat-sahabat karib Goenawan Mohamed di Indonesia, bagaimana pula dengan sahabatnya di Malaysia? Biarlah foto berikut berbicara sendiri kepada anda.

Dari kiri : Goenawan Mohamad, Anwar Ibrahim, Ulil Abshar Abdalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijemput oleh Goenawan untuk berucap mengenai ‘Kebebasan dan Musuh-musuhnya’ semasa Festival Salihara yang diadakan pada September hingga Oktober 2010.

Intipati ucapan beliau antara lain menyentuh kepentingan ‘kebebasan berekspresi’ dan ‘kebebasan beragama’ sebagai pra-syarat sebuah Negara Demokrasi yang tulen. Nadanya tidak banyak berubah dengan ucapan ‘Religion and Pluralisme in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia) yang dibentangkan beliau pada Mac 2010 di London School of Economics.

Ternyata, pandangan beliau bahawa agama-agama lain selain Islam juga adalah benar dan boleh membawa pengikutnya ke syurga, disanggah keras oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005/1426H, sehingga memaksa DSAI membuang teks ucapan tersebut dari laman blog beliau!

Seperti kebiasaan, perjuangan pluralisme agama sentiasa bergerak seiring dengan kegiatan menghalalkan selera seksual di luar tabii.

Berbalik kepada gerakan Seksualiti Merdeka yang bertapak di The Annexe Pasar Seni, adakah satu kebetulan ia bergerak aktif setelah ‘tsunami’ pakatan pembangkang yang diketuai oleh DSAI melanda Malaysia pada Mac 2008?
Adakah satu kebetulan juga apabila banyak kelab-kelab urut untuk golongan homoseks ’bercambah’ ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di negeri-negeri yang berjaya ditakluki oleh pakatan pembangkang?
Marilah kita sama-sama fikirkan…

# Penulis adalah editor Mymassa, (mymassa.blogspot.com)

Ahad, 9 Januari 2011

BAGI MELAYU YANG MASIH SOKONG DAP......berfikirlah semula.

Salam pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Gemasindah percaya tidak ramai manusia Melayu yang menyokong DAP secara terus maksudnya menyokong dasar MALAYSIAN MALAYSIA parti DAP.

Ramai cuma menjadi TERIKUT-IKUT lenggok politik parti yang mereka sokong yakni PKR dan PAS. Mengikut kajian gemasindah di kawasan gemasindah sendiri ramai anak anak muda kelihatan saperti menyokong kedua parti yang bersekongkol dengan DAP itu disebabkan MENYAMPAH kepada pemimpin UMNO tempatan dan bukannya BENCI & MENYAMPAH pada UMNO.

Pemimpin dan ahli ahli UMNO kenalah perbetulkan diri dan kerjakuat sikit dalam hal ini.

Ramai yang terpengaruh oleh permainan fitnah dan "branding" berterusan pihak pembangkang yang mengaitkan UMNO dan pemimpinnya dengan RASUAH dan SALAHGUNA KUASA hingga benda baik yang dilakukan oleh UMNO & BN langsung mereka tidak nampak .

Yang nampak benda benda yang tidak elok dan tidak baik belaka kesemuanya. Inilah hasil dari taktik ULANG & ULANG yang mereka pelajari dari media barat asuhan YAHUDI - KRISTIAN.

Benda atau perkara yang merupakan fitnah , yang merupakan hasutan, yang sohih perkara dan benda yang TIDAK BENAR - jika diulang sebut atau diulang cetak atau diulang videokan berkali kali akhirnya membuatkan orang percaya atau setidaknya menjadi ragu ragu.

UNTUk mereka yang muda muda yang tidak berapa peduli tentang SEJARAH atau tidak mengetahui atau kurang peduli siapakah sebenarnya DAP itu, gemasindah ULANG COPY & PASTE satu entri dari lamanblog PANEHMIANG. Minta minta sangatlah dibaca dengan hati yang tenang tanpa dipengaruhi oleh sebarang rasa PREJUDIS.

Mudah-mudahan Allah membuka hati nurani saudara saudara kita yang masih menyokong pihak yang memecahbelahkan melayu dan bertindak menghuruharakan Islam dan kaum muslimin itu supaya kembali semula dalam satu SAF perjuangan mempertahankan AGAMA dan KEPENTINGAN bangsa MELAYU yang masih ketinggalan ini................AMIN YA RABB.

........................................gemasindah.

DARI LAMANBLOG PANEHMIANG...............

Kedengaran banyak rungutan daripada ramai kalangan teman kami ahli PAS yang semakin mencurigai agenda pemimpin mereka sendiri. Tanggapan pengikut dan ahli, bahawa pemimpin PAS hari ini sudah tersasar jauh daripada nawaitu asal memperjuangkan Islam; dan kini pemimpin PAS dilihat semakin dayus diperlekehkan oleh DAP & PKR demi untuk merebut kuasa persekutuan.

Walaupun dikalangan pemimpin PAS akan cuba menafikan pergolakan dalaman akar umbi yang berlaku dalam parti itu, namun realitinya ahli PAS sudah mula berbalah kepada beberapa pendirian. Kebanyakan mereka sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS semasa yang tampak terlalu bersungguh menjaga hati DAP sehingga tergamak mengguris hati ahli parti sendiri. Kecurigaan akar umbi PAS itu mungkin ada asasnya berdasarkan perilaku DAP sejak dulu seperti berikut;

1. DAP pertama kali menyertai pilihan raya umum pada 1969. Ketika pilihan raya tersebut, DAP telah berkempen untuk memansuhkan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu. Seterusnya, perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur akhirnya telah mencetuskan tragedi 13 Mei 1969.

2. Dalam perarakan Pemuda DAP di sekitar Kampung Baru pada 13 Mei 1969, mereka telah membawa penyapu besar sebagai simbol untuk sapu orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Mereka juga tergamak untuk kencing dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan, memaki hamun, serta menunjukkan pelbagai perlakuan kurang ajar. Melayu dimaki dengan kata-kata, "Melayu Sakai" "Melayu Masuk Hutan" dan "Melayu Balik Kampung lah Makan Jagung."

3. Pada 25 November 1999, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP, telah berjanji akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Kami masih berpegang dengan pendirian menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil."

4. Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP Pusat, pada 25 Oktober 2005 telah bercakap dalam sidang parlimen bahawa laungan azan Subuh mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini. Rentetan itulah Namawee dengan beraninya telah menerbitkan video Negarakuku yang jelas memperlekehkan azan dan Islam.

5. Dalam ucapannya di DAP Melaka State Annual Convention pada Disember 2005, Lim Guan Eng menegaskan bahawa beliau akan mengadaptasikan "3 People's Principles (nationalism, democracy and equality)" yang diterapkan oleh Dr Sun Yat Sen (pengasas Parti Nasionalis Cina Kuomintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa "Overseas Chinese as the Mother of the Revolution". Guan Eng turut membina Memorial Sun Yat Sen di Pulau Pinang dengan berikrar akan melakukan revolusi rakyat cara chauvinisme (assobiah) Cina. Inilah contoh "Khalifar Umar Abdul Aziz" yang dibanggakan PAS.

6. Pada April 2007, DAP telah mempertikai keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk membawa prosiding perceraian isterinya Subashini ke mahkamah syariah bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Johor dan Peter Ooi, aktivis DAP, telah menyelar sistem mahkamah syariah negara ini. Kit Siang juga mempertahankan Subashini dan menuntut satu sistem agama sama rata sama rasa di Malaysia.

7. Pada 12 Mac 2008, Kit Siang telah mengarahkan semua ADUN DAP Perak untuk memboikot perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang pada asalnya telah menolak Adun PAS dilantik sebagai Menteri Besar kerana mahukan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar Perak. Namun selepas 'Perjanjian Pangkor 2' diadakan antara DAP, PAS & PKR, maka barulah DAP bersetuju untuk melantik Nizar sebagai MB, itupun dengan beberapa syarat.

8. Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan tapak seluas 162 hektar sebagai ladang babi moden di Bukit Selambau. Sejumlah 46,000 ekor babi dibenar ternak dalam ladang itu, semata-mata untuk memujuk hati seorang wakil DAP yang dilaporkan berhasrat melompat parti. DAP telah mengugut PAS dengan kandang babi sebagai ganjaran.

9. Nga Kor Ming (ahli parlimen DAP Taiping merangkap Timb. Bendahari DAP Pusat) di lobi Parlimen pada 8 Disember 2009 telah mempertikaikan peruntukan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid antara tahun 2000 hingga 2008.

10. Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas adalah anak saudara kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Chin Peng juga menggunakan khidmat peguam yang sama pernah digunakan Ngeh Koo Ham. Ngeh juga adalah ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

11. Dalam sebuah buku bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew' tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menegaskan akan keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang pemalas serta kurang berkemampuan (ms 53). DAP turut menggunakan hujah ini untuk menindas orang Melayu dan menegaskan bahawa orang Melayu juga adalah kaum pendatang.
12. Lau Weng San, Adun DAP Kampung Tunku telah memegang serta membelek-belek Al-Quran sambil diperhatikan oleh Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara dihadapan ahli-ahli PAS. Adakah DAP ini benar berhasrat hendak masuk Islam atau hanya sekadar ingin mempermainkan agama Islam? Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh) tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?" (QS.Al-Waaqi'ah,56: 77-81)

13. Calvary Convention Centre (CCC) adalah nama sebuah gereja yang kini sedang dibina di Bukit Jalil. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi dalam DUN Teresa Kok. Gereja yang hampir siap ini bakal dinobatkan sebagai gereja terbesar di Asia dan inilah niat sebenar DAP adalah untuk mengembangkan agama Kristian, dan bukannya berpura-pura kononnya mendekati Islam melalui PAS.

14. Pada 1 Ogos 2010, Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St Anne di Bukit Mertajam Pulau Pinang kerana banyak menyalurkan dana kepada gereja tersebut.

Justeru tidak mustahil di PRU13, undi ahli PAS akan lari kepada UMNO seandainya pemimpin PAS hari ini masih leka menjaga hati DAP sehingga meminggirkan perasaan penyokong mereka sendiri.

Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Semua amal manusia diperlihatkan (kepada Allah SWT) pada setiap hari (yang tertentu), maka setiap hambanya yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang diantara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan.

Maka difirmankan kepada malaikat, "Tinggalkan (tangguhkanlah pengampunan untuk) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai." -

Hadis Riwayat Muslim 4/1988.

Jumaat, 7 Januari 2011

BERSAMA-SAMA KITA MENENTANG PLURALISMA & LIBERALISMA Melayu Islam Perlu Bersatu Semula



Saudara pembaca Melayu -Islam yang dihormati ,

Teruskan membaca entri entri dari lamanblog Umi Hafilda dan jangan lupa membaca komen komen ramai bekas penyokong DS Anwar Ibrahim yang kini telah sedar dan insaf dilamanblog yang sama.

Gemasindah mengenali DS Anwar semasa di UM dulu dan pernah dicampakkan kedalam lori FRU yang sama ketika THE GREAT 1974 Masjid Negara Demo.

Yang berani gemasindah katakan disini ialah Anwar dahulu BUKAN Anwar sekarang. Anwar telah BERUBAH 360 darjah. Yang paling gemasindah KECEWA ialah demi kuasa Anwar jadi sangat gelojoh dan SANGGUP berubah menjadi saorang LIBERAL yang bersekongkol dengan Yahudi & Barat untuk menjahanamkan AGAMA, BANGSA, dan NEGARAnya sendiri.

AMAT SEDIH Anwar sanggup menjadi penyokong PLURALISMA INTERNASIONAL....yang merupakan satu gagasan Yahudi Kristian untuk memporak-perandakan seluruh umat Islam didunia ini....amat malang

Tetapi berkaitan Anwar dan kita ....bukankah semuanya itu KETENTUAN ALLAH belaka ????

Kepada penyokong dan orang yang bersimpati dengan DS Anwar ibrahim, gemasindah menyeru..BERFIKIR-lah SEMULA. Memang benar pemimpin UMNO pun ramai yang korap dan salahgunakuasa tetapi tidak pula hingga menggadaikan agama, bangsa dan negaranya.

Pilihan kita tidak banyak sebenarnya....tetapi ingatlah adalah SATU YANG SILAP bila PAS bersekongkol dengan DAP ....kalau tidak gemasindah pasti akan bersama –sama PAS jika PAS konsisten berjuang untuk AGAMA dan NEGARA ini . Bangsa tak disebut kerana pada PAS ianya salah..tetapi bukankah Melayu itu Islam hampir kesemuanya ?

Selamat membaca....................................gemasindah.

Komen Komen pembaca yang dipetik dari lamanblog UMI HAFILDA – Srikandi 7


Komen 1 - Anonymous said...

Teringat aku akan kata-kata Tun Dr Mahathir pada bulan Ogos 1998.

Nasihatnya: TUAN DAN PUAN, BALIKLAH KE TEMPAT MASING-MASING, BUATLAH SEMBAHYANG HAJAT, BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN, SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN.

Hari ini ALLAH telah tunjukkan kebenaran satu demi satu. Alhamdulillah.

Komen 2 - Anonymous said...


Ingat lagi tak, landskap politik Malaysia aman damai apabila Anwar menginap selama 6 tahun kat Resort Sungai Buloh. Ketika itu, Orang Bukan Melayu tidak membangkitkan soal Ketuanan Melayu langsung. Tiada sesiapapun yang mengusik hak Orang Melayu. Suhu politik Malaysia berada pada tahap normal kerana kita tak bergaduh sesama Melayu dan kaum-kaum lain.

Apabila Anwar dibebaskan, politik Malaysia menjadi kucar-kacir. Mungkin Pak Lah tersilap kerana membebaskan Anwar ketika itu.
Selepas pembebasan itu, Anwar bukan saja tidak berterima kasih, malah balun balik Pak Lah sehingga beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Oleh itu, tugas kita semua ialah menghantar Anwar dan Azmin kembali menginap di Resort Sungai Buloh demi kemakmuran negara tercinta.

Komen 3 - Semut Hitam said...

MANA DIA PENYOKONG TEGAR AL - JUBURI INI??? DIMANA MEREKA SEKARANG???

Kenapa mereka tak desak Anwar, Azmin dan Shamsidar ambil tindakan jika semua yang dinyatakan ini tidak benar?

Kenapa Anwar tidak buat siri Gelabah seperti pendedahan WikiLeaks mengenai pendedahan ini???

Ayuh, mari kita cabar mereka supaya ambil tindakan yang sewajarnya jika ini satu pembohongan.

Slogan Anwar: LAWAN TETAP LAWAN!!! MANA DIA SEKARANG??? KENAPA TAK MELAWAN???

Komen 4 - Pak Hak said...


Komen saya mengenai ucapan Pluralisma Agama Anwar di LSE London pada Mac 2010…..

Jangan enak ngomong saja wahai Anwar anak Ibrahim. Dan bila cakap jangan banyak konar untuk men”camouflage”kan sifat kemunafikanmu dengan menggunakan bahasa akademik dan intelektual konon.

Andainya benar semua agama itu sama, sebagaimana yang didakwa oleh kaum pluralisme agama ini, bagi yang mau berfikir, coba kita tanya diri kita; mengapa Allah SWT mengutus Khatamman Nabi (Penutup Segala Nabi) iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW?

Bukankah tugas murni Baginda yang diperintahkan oleh Allah ialah untuk menegakkan semula agama wahyu yang telah bengkok, seperti ajaran Esa AS yang telah dibengkokkan oleh rahib-rahib Nasrani, dan ajaran Musa AS yang telah dibengkokkan oleh rahib-rahib Yahudi?

Apakah Anwar mahu jadi rahib Hindraf yang menyamar dalam Islam yang mau membengkokkan akidah agama suci ini? Atau Anwar jelmaan Masih AdDajjal di akhir zaman yang mau menggugat iman dan akidah kaum Muslimin? Semoga Allah selamatkan akidah semua saudara Muslimin kita di Malaysia ini. Amin

Komen 5 -Anonymous said...

Berpeluh-peluh, bulu roma saya berdiri bila terbaca surat Ummi kerana tak percaya Anwar sanggup melakukan perbuatan keji seperti itu.

Dulu saya langsung tak percaya Anwar mempunyai perangai seperti itu malah amat membenci Ummi kerana telah memfitnah Anwar. Tetapi pendedahan Ummi telah merungkai segala kepalsuan bakal Perdana Menteri(mohon Tuhan jauhkan). Teruskan pendedahan agar segala KEPALSUAN ANWAR ANUGERAH SYAITAN tersebut diketahui rakyat.

Komen 6 - Anonymous said...


..perjuangan yang masih diteruskan...demi mendukung suatu kebenaran...atas nama suatu keadilan.....

jutaan terima kasih atas kasih sayang Mak Tom n arwah TG Ali, Pn.Norlia n suami, Pn.Intan Dawini n suami, Mohd Azman, Azwan, Ummi Hafilda...terhadap tanahair tercinta...yang tiada galang ganti untuk suatu kebenaran meski dengan pelbagai tekanan sehingga maruah keluarga dan nyawa jadi taruhan....terima kasih.

dipanjangkan juga rasa terima kasih ini buat...Encik Azizan Abu Bakar, Aton, serta rakan2 karib Ummi Hafilda....terima kasih atas kasih sayang kalian terhadap tanahair tercinta...

Tun Mahathir...negarawan yang bukan pada nama...bukan jua pada kuasa tapi pada hati dan minda yang terarah pada kasih sayang yang tidak terhingga pada tanahair tercinta...sehingga manusia yang 'dibuta'kan oleh kata2 serta perilaku mereka yang munafik...fasik...'menjatuhkan' segala penghukuman hanya sebab beliau menegakkan kebenaran...sehingga kini memerah segala keringat yang ada...untk ISLAM...negara dan bangsa....

manakala mereka yang munafik...fasik...bukan sahaja masih bersekongkol menjatuhkan negara...memfitnah...menganiaya..mereka yang mempertahankan kebenaran...kesetiaan pada tanahair...bahkan secara terang2 menyesatkan umat akhir zaman di bumi Malaysia khasnya dengan kesesatan yang nyata...

semoga laknat ALLAH tertimpa pada mereka yang dengan sengaja membenarkan...menyesatkan...kesucian agama ISLAM ini...aminnnnn

jangan bicara tentang hati...kalau yang ada hanya hasad dengki..keladak dosa...jangan bicara tentang kebenaran kalau yang hanya ada tamak...taksub...fanatik...

Komen pembaca seterusnya………………..


sentimen bencikan Tun M juga sangat kuat tambahan setelah diapi2kan oleh parti yg lagi satu tu.dan ramai dikalangan orang muda terpesona dan terkesina dgn kehebatan dia berpidato...it's serious!! kawan saya gila habis dgn dia ni..ditambah dgn imej islamiknya tu. dan juga pergerakan dia ni disokong oleh anasir dari luar yg hendak memporak-perandakan negara. negara luar juga 'panas' dgn Tun M. benda2 ni saling kait-mengait.

Alhamdulillah masih ramai diantara kita tidak tertipu dgn lakonan dia ni.
tetapi berapa ramai pula orang agama, intelek, orang pandai dan hebat telah percaya kat dia ni tanpa boleh dibangkang lagi. biar saya terus terang - disebabkan abang saya sokong umno (sebab dah jadi tradisi keluarga dikampung)dan kakak ipar sokong pkr (dia ni org keyel dan berada), kalau pasal politik pasti kakak ipar akan masam muka. sampai mak ayah saya pun perasan perkara ni. dan adakah saya suka dgn tindakan isteri abang saya?? - sudah pasti tidak. kalau nak berpolitik dan sokong sesiapa pun, janganlah sampai bermasam-muka. kita orang diam je, malas nak memanjangkan benda tak faedah. tapi mak saya "bising" jugak, cuma cakap diantara kita orang lah. tak berbaloi kecoh pasal manusia yg sorang ni.

serangan media dan internet memang sgt hebat waktu tu, dan saya pasti ummi mesti terasa keseorangan & amat tertekan (bersama keluarga) bila mana rakyat tidak percaya akan hal yg sebenar2nya berlaku. adik..dia ni org no. 2 negara, hampir nak jadi PM dan menjadi orang kepercayaan Tun M. Tun M pun boleh ditipunya,

Tun M pun tertipu oleh lakonannya. apalah sangat org2 yg jauh dan tak kenal dekat dgn dia ni...kacang rebus je..ke tahi lembu je...maaf guna words ni nak menunjukkan betapa org yg tidak tahu duduk perkara sebenar telah betul2 ditipu oleh helah dan lakonannya

Ya..sememangnya Tun M tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan tetapi Tuhan jugalah yg membuka pintu hati Tun M utk membuat siatan aduan dari seorang rakyat kerdil dan ciput macam ummi ni. orang tahu Tun M nih susah nak dipengaruhi dan tetap pendirian, tetapi bila dia dah buat keputusan - i fire you...that's it...menggelabah orang tu macam cacing kepanasan dan memang panas berapi pun.

Komen 7 - Anonymous said...


Tun Mahathir cuma tersilap perkiraan....sebab beliau konsisten nak membangunkan Malaysia...nak mempertahankan perlembagaan....yang antara lain nya adalah Islam sebagai agama rasmi....

sudah tentu lah orang seperti Anwar ni da study habis da pasal pendirian Tun Mahathir....yang begitu 'outspoken' bila berkaitan dengan isu keislaman...isu kenegaraan...

Anwar ni plak melayu...amik kursus pun sastera melayu...lagak pun melayu...perjuangan pun nampak lah melayu (walau pun lebih barat dpd barat)....tapi sekali tersedar kesilapan...tidak sesekali Tun Mahathir berpatah lagi mempercayai Anwar ni...malah beliau begitu 'gentleman' mendepani apa sahaja tekanan...implikasi...meski pada masa tu Anwar ni da banyak pasang 'pengkhianat'...orang yang ditipu tak tahu diri nya ditipu...tapi yang menipu tu mestilah tahu kan....

Apa pun...orang yang bijak adalah apabila dia tahu bagaimana...bila nak memperbetulkan kesilapan...sebab dia takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali...itu lah orang yang berpendirian...oleh kerana itu...beliau adalah negarawan...dan masih konsisten nak bangunkan negara...mempertahankan perlembagaan...perluaskan pengaruh ISLAM...tapi Anwar tu asyik pi ma pi mai tang tu je lahhh...no value at all...

wallahu'alam...

Komen 8 - Anonymous said...


aleh-aleh yg dpt nama buruk - Tun M jugak. apa2 yg buruk baling je kat Tun M. mamat ni terlalu bersih dan suci utk melakukan perkara2 diluar tabii.

saya salute Tun M sebab hingga sekarang beliau masih prihatin dgn masalah negara. ye lah..orang boleh cakap..dah dia bekas PM, memang dia sudah sebati dgn tugas2 tersebut dan menjadi tanggungjawab dia berbakti kepada negara.

well...masalahnya...boleh saja Tun M tu berihat bersama anak cucu kerana sudah ada PM lain yg tadbir negara. tapi Tun M tidak begitu. Masih lagi menabur bakti dgn caranya tersendiri.

cam ummi gak..boleh saja ummi ni pejam mata, tutup mulut, pekak kan telinga tak kisah pasal mamat tu. mungkin juga ummi boleh saja terus ambil kesempatan dgn mamat tu utk jana kekayaan segera. tapi ummi memilih utk berbakti kpd negara dgn caranya yg tersendiri.

kalau org kata - ramai yg memuji & menyokong ummi, itu rasanya belum cukup utk memadam luka dihati setelah dikhianati oleh orang yg dia sendiri percayai suatu ketika dahulu. tetapi pengorbanan ummi ni amat berbaloilah sebab makin ramai rakyat yg tersedar dari bahana pukauan yg ngeri ni.

Komen 9 - Anonymous said...


Anwar-anwar, kalau kes liwat dengan saiful tu punyalah kau cepat saman menyaman, belum sempat abis yang ini, kau saman lagi yang itu...Tapi untuk pendedahan UMMI ni, mampus terberak kau tak berani saman...kenapa..(pertanyaan kepada pkr dap dan pas) Lu pikir lah sendiri.

Komen 10 - Anonymous said...

kenapa agak2nya dia ni begitu beria-ia menjaja bahawa dirinya terkena konspirasi apabila rahsia gelapnya terbongkar dek kerana angkara ummi hafilda.org yg tidak bercita2 sangat hendak jadi PM kerana agenda tertentu yg dibayangi oleh orang luar - tak lah sampai seteruk ini hendak membela diri.

ramai juga contoh bekas pemimpin yg jatuh dan mereka rilek je, tahap TPM malah level PM pun ada - rilek je bekas PM tu berundur walau pun sebenarnya ada org yg mengusulkan supaya terus duduk sbg PM. tapi kerana masih ada harga dan maruah diri dan tidak mahu melihat perpecahan rakyat menjadi lebih teruk - berundur juga akhirnya. kena kutuk jugak tu, tapi tak buat apa pun.

kenapa agaknya dia ni macam rasa bersalah sgt ya??

dan tanya diri - adakah dia ni sebenar2nya ada kesah dan peduli terhadap perpaduan rakyat dlm negara?? ada ke..??

adakah dia menganjurkan kasih sayang dan semangat kerjasama antara rakyat berbilang kaum di negara kita?? ada ke..??

dan sebenarnya adakah dia ni ada mengajak kita benar2 menjadi hamba Allah dan umat Nabi yg ikhlas & tawaduk serta risaukan keselamatan kita diakhirat sana?? ada ke...??

entahlah...?? aku sedang mencari jawapannya..tapi tidak ketemu juga.


kenapa aku sebok pasal dia ni??

mestilah...silap haribulan boleh je aku akan merempat di negara sendiri dek kerana tanah air sudah dikerumuni oleh tangan2 rakus, now pun sudah boleh nampak banyak yg berlaku....bangsa ku tidak bersatu dan porak peranda disebabkan kepentingan peribadi dia ni. ape ke hal nye...??

Komen 12 - Anonymous said...


Sudah2lah Anwar. Kau lari ke rumah Duta Turki pada malam Saiful buat laporan polis, apa kejadahnya?

kau buat2 le cerita ada orang nak bunuh kau dan ahli keluarga kau, aku masih le boleh terima. tapi bila kau tidak mahu buat laporan polis, bila kau tokok tambah bahawa penyokong2 PKR pun nak kena bunuh (aku masih dengar video ucapan kau di depan rumah duta tu), amat nyata kau hanya temberang.

kau tidak mahu bersumpah. berdosa kah kalau kau bersumpah untuk perkara yang benar? untuk menafikan fitnah?

sebenarnya, sejak peristiwa rumah duta turki itu, aku masih menaruh harapan kau tidak bersalah.

apabila ramai penyokong2 kau dalam blog kau menyuruh kau bersumpah mengenai tuduhan Saiful, sebaliknya kau guna fatwa songsang bahawa tidak perlu bersumpah, maka bertambahlah keraguan aku terhadap kau Anwar.

sekarang bila aku baca blog Ummi Hafilda ini, dan kau Anwar dan Azmin tidak langsung membalas atau menafikan tuduhan ini, maka aku ambil keputusan untuk berasa amat percaya bahawa kau Anwar memang peliwat. Kau Azmin memang dayus.

aku minta maaf le byk2 kpd Tun Mahathir. ramai geng aku dah nampak yang mana betul. lega rasanya skrg.

Komen 13 - Anonymous said...

Haji Saiful Bukhari Azlan dah bersumpah depan kaabah. Beliau berani berbuat demikian di tanah yang suci bagi seluruh umat islam. Adakah semua itu belum cukup, wahai penyokong2 PKR ?

Saya tak kisah kalau Anwar tak mahu bersumpah. Itu hak beliau. Tapi hak rakyat Malaysia ialah inginkan satu perbicaraan yg adil diteruskan. Oleh itu, menangguhkan perbicaraan seolah2 menafikan keadilan utk saudara Saiful. Di akhir perbicaraan, saya cuma mahu tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak. Itu ajer.

Selasa, 4 Januari 2011

ENTRI 2 – TAHUN - 2011– KEPADA PENYOKONG ANUAR IBRAHIM – PKR & PAS – BERFIKIRLAH DENGAN TENANG & MOHONLAH KEBENARAN DARI ALLAH...............



Salam pembaca Melayu – Islam yang dihormati,

Pada ENTRI PERTAMA 2011 gemasindah menulis :-

Gemasindah juga melihat pengaruh dan kekuatan Parti Keadilan Rakyat yang meracuni fikiran rakyat selama ini sudah dan sedang menurun nampaknya selaras dengan menurun dan entah apa nak dikata rupa paras Syeikh Nuar Berahim, bertambah cengkung , lebam dan menakutkan. Tidak saperti wajah ex mentornya yang menatangnya seperti menatang minyak yang penuh ....wajah Tun Dr Mahathir terus berseri , sejuk mata memandang dan terus dikasihi sebahagian besar rakyat tak kira bangsa ...dan terus berjuang untuk agama Islam dalam ertikata yang sebenarnya.

Gemasindah tak berani mengaitkan perkara diatas dengan solat hajat kedua dua pihak baik Tun mahupun pihak Anwar tetapi gemasindah amat yakin bahawa ketentuan Allah berkaitan yang benar dan batil tetap berlaku dan kita dapat melihatnya...

Dalam ENTRI ke 2 Tahun 2011 gemasindah c&p artikel yang dipetik dari lamnblog SRIKANDI 7 untuk bacaan para pembaca sekalian. Mudah-mudahan Allah membuka hati kita semua untuk mendapat Cahaya Kebenaran demi masa depan anak cucu cicit kita Melayu – Islam dibumi bertuah ini.

...................................................................

Utusan Malaysia 13 Disember 2010

'Ummi Hafilda berkata benar'

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.
"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.

"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Laporan itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997 dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.

Mengulas lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik bongsunya itu.
"Tetapi, baik Azmin dan juga Anwar serta Wan Azizah, mereka ini takut berkata benar kerana tahu bahawa mereka tidak betul.
"Wan Azizah juga tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan kepada awam ketika ini hanyalah suatu lakonan,'' tegasnya.

Ditanya mengenai mengapa segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka bertiga tiada diberikan respons, beliau berkata : "Mereka tahu kita cakap benar. Bukan kita bohong. Sebab itu mereka tidak boleh jawab.''
Beliau seterusnya menyelar tindakan Anwar yang selalu ke luar negara dan memburuk-burukkan nama Malaysia.

"Anwar hanya tahu rosakkan negara. Apa yang dikatakan di luar negara hanyalah satu penipuan,
'' tambahnya.
………………………………………………………………………………………………………………………....................

ENTRI TERBARU UMI.........


PANAS, PANAS, PANAS, WAHAI ANWAR DAN AZMIN SERTA PENYOKONG PKR, PAS SILA JAWABLAH SIAPA PENGKHIANAT BANGSA, SIAPA PEROMPAK HARTA NEGARA, SIAPA BAPAK RASUAH ,SIAPA AGEN YAHUDI,SIAPA PEMUSNAH DAN PEROSAK BUMI, SIAPA PENIPU BESAR, SIAP PUTAR ALAM,SIAPA MANUSIA DURJANA,SIAPA ? SIAPA ?JAWAB , JAWAB,JANGAN MENIPU RAKYAT LAGI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH DENGAN PENGAKUAN BERSUMPAH DATO MURAD, SELAKU TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA ,SEHINGGA MENGHERET BELIAU KEPENJARA.

SAYA MEWAKILI BERJUTA RAKYAT DI LUAR SANA INGIN TAHU DAN DENGAN PENUH TAKZIM MEMOHON PIHAK SPRM MEMBUKA SEMULA KERTAS SIASATAN SALAHLAKU ANWAR KETIKA MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN BERSANDARKAN PENGAKUAN BERSUMPAH DATO MURAD SERTA BEBERAPA BUKTI LAIN YG SAYA DAN RAKAN -RAKAN SEPERJUANGAN AKAN KEMUKAKAN.

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA, KITA TIDAK MAHU SIDURJANA BERTOPENGKAN IMEJ ISLAM MENGABUI MATA DAN MENTALITI ORANG MELAYU YG MUDAH TERTIPU DENGAN PIDATO YG HEBAT DAN IMEJ YG ISLAMIK, TETAPI HAKIKATNYA MEREKA ADALAH SETAN-SETAN BESAR YG MELAHAP SEGALA APA ADA DI DEPAN MATA TANPA MEMIKIRKAN SEGALA YG HALAL DAN HARAM,HANCUR BANGSA, HANCUR MALAYSIA PUN MEREKA PEDULI APA, KERANA BILA-BILA MASA MEREKA BOLEH TERBANG KE MANA SAHAJA PELUSUK DUNIA MEMOHON SUAKA POLITIK DENGAN DUIT YG BERBILLION DIDALAM AKAUN LUAR NEGARA.

DATO SERI NAJIB SAYA MERAYU, DENGAN TEGASNYA SUPAYA MENGARAHKAN PIHAK-PIHAK YG BERKUASA MEMBONGKAR SEMULA FAIL FAIL PENYALAH GUNAAN KUASA YG PALING KOTOR, PALING KEJI, PALING HINA DI ATAS MUKABUMI INI DARI INSAN YG BERNAMA SANG ANWAR BIN IBRAHIM.

DIA BUAT BANK NEGARA SEPERTI HARTA KARUN MOYANG DIA ZAMAN BERZAMAN.MENGGIGIL RASANYA BILA BERCAKAP PASAL MANUSIA PALING CILAKA NI MENIPU RAKYAT, MEROMPAK HARTA RAKYAT,MENGHANCURKAN BUMI MALAYSIA , MEMECAH BELAHKAN ORANG MELAYU,SAMPAI KITA SEMUA BERBALAH-BALAH, BENCI-MEMBENCI.TUDUH-MENUDUH,DENDAM-MENDENDAM SEMATA-MATA KERANA SATU MANUSIA BANGSAT AKHLAK, BANGSAT IMAN.

BACA BEBERAPA BAIT PETIKAN DARI AKHBAR NEW STRAITS TIMES DAN UTUSAN YG BERTARIKH 29HB OKTOBER TAHUN 1999.

1) ANWAR KAWAL AKAUN 3 BILLION

2) DATO ABDUL MURAD MENDEDAHKAN BAHAWA ANWAR IBRAHIM MENGAWAL SEBANYAK 20 AKAUN INDUK (MASTER ACCOUNTS) YG DIURUSKAN OLEH KRONI-KRONINYA MEMBABITKAN ASET, SAHAM DAN WANG BERNILAI LEBIH 3 BILLION.

3) ABDUL MURAD DALAM AKUAN BERKANUN YG DIIKRARKAN DI DEPAN PESURUH JAYA SUMPAH DISINI PADA 26 OKTOBER LALU.

4) ANWAR JUGA MEMBERIKAN SEKURANG-KURANGNYA AS10JUTA (RM 38 JUTA) KEPADA SEBUAH AGENSI KUMPULAN PEMIKIR AMERIKA SYARIKAT YG BERPUSAT DI WASHINGTON UNTUK MENAIKKAN IMEJ NYA DI NEGARA- NEGARA BARAT, KHUSUSNYA DI AMERIKA SYARIKAT , UNITED KINGDOM DAN LAIN-LAIN NEGARA EROPAH.

5) MURAD MENDAKWA TERPAKSA MELAKSANANKAN ARAHAN-ARAHAN ANWAR SEPERTI MENGATUR PINJAMAN-PINJAMAN BANK DALAM JUMLAH BERATUS-RATUS JUTA UNTUK KRONI-KRONINYA ,WALAUPUN INI BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG,' KERANA SEBAGAI MENTERI KEWANGAN DIA AKAN CINCANG SAYA JIKA ARAHAN-ARAHAN TERSEBUT TIDAK DILAKSANAKAN.

6) MODUS OPERANDI ANWAR IALAH PECAH DAN PERINTAH DAN OPERATOR SETIAP AKAUN INDUK TIDAK MENYEDARI KEWUJUDAN AKAUN INDUK YG LAIN.

7) ANWAR MAHU APPC (ASIA PACIFIC POLICY CENTRE) KUMPULAN PEMIKIR BARAT YG BERPUSAT DI WASHINGTON. APPC DIKETUAI OLEH DOUGLAS H.PAAL BEKAS PEGAWAI KANAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT YG MEMBANTU MENAIKKAN IMEJ ANWAR DI AS DAN EROPAH.

8) BELIAU MENYIFATKAN PERBUATAN ANWAR MENDESAK TABUNG TABUNG NEGARA DIURUSKAN OLEH APPC SEBAGAI ANCAMAN DAN PENGKHIANATAN KEPADA KEPERCAYAAN AWAM.TEGASNYA APA YG SAYA NYATAKAN ITU TANPA RAGU-RAGU MEMBUKTTIKAN BAHAWA ANWAR MERUPAKAN SEORANG PEMIMPIN TIDAK BERPRINSIP YG BERSEDIA MENGORBANKAN TABUNG TABUNG NEGARA UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA DGN PERTOLONGAN ELELMEN-ELEMEN ASING.

9) BELIAU MENENTANG KERAS POLISI-POLISI ANWAR SEPERTI HAD PINJAMAN DIBENAR( LEGAL LENDING LIMIT) PENURUNAN HAD HUTANG TIDAK BERBAYAR DARI 6 BULAN KEPADA 3 BULAN ,PENGECUTAN KREDIT DAN MENGENAKAN KADAR FAEDAH YG TINGGI.SEKARANG BARU SAYA SEDAR BAHAWA PENDEKATAN TERSEBUT MERUPAKAN RANCANGAN POLITIK ANWAR UNTUK MENGHANCURKAN EKONOMI NEGARA DAN MENJATUHKAN MALAYSIA DALAM USAHA MENJEMPUT DANA KEWANGAN ANTARABANGSA IMF BAGI MEMBOLEHKAN ANWAR MEMAKSA DR MAHATHIR MOHAMAD MELETAKKAN JAWATAN DAN BELIAU ANWAR MENGAMBIL ALIH JAWATAN PERDANA MENTERI.

10) MURAD MOHON MAAF BIARKAN DIRI DIPERALAT OLEH ANWAR.

11) SETAKAT YG SAYA TAHU, DAN MELALUI PENGLIBATAN SAYA SENDIRI LEBIH 120 JUTA TELAH DIBAYAR KEPADA ANWAR ,KRONI-KRONINYA DAN ORGANISASI YG DIGUNAKAN UNTUK MEMAJUKAN CITA-CITA POLITIKNYA.SEBAGAI CONTOH , ADALAH DALAM PENGETAHUAN SAYA BAHAWA ATAS ARAHAN ANWAR,DANA-DANA DARIPADA AKAUN INDUK DIBAYAR KEPADA DIRINYA ,INDIVIDU,INDIVIDU DAN ORGANISASI YG DIKAITKAN DAN TERLIBAT DGNNYA ANTARA 1992 HINGGA 1997.MENURUT BELIAU,SECARA PERIBADI BELIAU MENGETAHUI BAHAWA BAYARAN-BAYARAN DIBUAT DARIPADA AKAUN INDUK KEPADA PIHAK-PIHAK BERIKUT:
ANWAR IBRAHIM SENDIRI RM 50 JUTA DLL SEPERTI DALAM KERATAN AKHBAR TERDAPAT DIVIDEO.

12) ANWAR MENGARAHKAN TONG CEO PHILEO ALLIED BANKMENGAMBIL SAMSIDAR TAHARIN UNTUK BEKERJA DENGAN BANKNYA.KATA MURAD ADALAH DIKETAHUI DGN MELUAS BAHAWA SAMSIDAR DIBAYAR DGN GAJI YG TINGGI DAN DISEDIAKAN DGN SEBUAH KERETA DAN PEMANDU DAN PADA KEBANYAKAN MASA DIA TIDAK PERLU PERGI BEKERJA.

13) I HAVE THE PROOF AND AM WILLING TO CO-OPERATE WITH THE AUTHORITIES ADDING THAT HE APOLOGISED TO THE NATION AND PEOPLE FOR FOLLOWING ANWAR'S INSTRUCTIONS.

14) ANWAR HAD INSISTED THAT THE WASHINGTON BASED APPC TO MANAGE BANK NEGARA 'S RESERVES OF RM50 BILLION AND THE EMPLOYEES PROVIDENT FUND .

15) I HAVE NOW COME TO REALISE , AFTER LONG SOUL-SEARCHING AND PONDERING THE VARIOUS RELEVANT FACTORS AFFECTING THE COUNTRY , THAT ANWAR IS NOTHING MORE THAN A LIAR AND A HYPOCRITE,WHO IS NOT A BIT CONCERNED ABOUT THE SAFETY OF THE COUNTRY AND RAKYAT APART FR HIS POLITICAL AMBITIONS.

Lihat lah bait-bait ayat yg terpampang di dada-dada akhbar 11 tahun yg lalu, dan kaji setiap hujah dan sumpah berkanun DATO MURAD , apakah ini konspirasi lagi, siapa yg PALING KEJI DI SINI, KEJI DARI SEGALA NAJIS, KEJI DARI APA SAHAJA BANGKAI DIATAS MUKABUMI INI.tidak ada SATU MANUSIA DI ATAS MUKABUMI INI SEJAHAT ANWAR BIN IBRAHIM

Setiap manusia tak lari dari melakukan dosa samaada kecil mahupun besar, sejahat-jahat lelaki, kalau dia gila betina pun, atau main judi, tapi tak lah sampai HARTA NEGARA DIROMPAK SEWENANG-WENANGNYA MCM MOYANG DIA YG PUNYA, TAK LAH SAMPAI BINI SETIAUSAHA PUN DITALA, SEGALA BALACI DAN DIVER SAMPAI PEMBACUH KOPI DI LIWAT, ITU TAK TERMASUK PELACUR-PELACUR YG DIBEKALKAN OLEH NALLA DARI CHINA, SAMPAI MEMFITNAH YG MELAMPAU KE ATAS SAYA DAN TUN M SEMATA-MATA MENUTUPI DOSA, SAMPAI SANGGUP MENGHURU HARAKAN NEGARA,MENGHERET ULAMAK DAN GENERASI MUDA DAN ORANG-ORANG KAMPUNG YG TAK MENGERTI APA-APA.

APA AKAN JADI PADA NEGARA KALAU SURAT SAYA TIDAK MENYUSUL KETIKA ITU? MALAYSIA MENJADI NEGARA BANGKRUP DEK KERANA EKONOMI YG RUNTUH SERTA YAHUDI AKAN MULA BERTAPAK MENGURUSKAN SEGALANYA. KITA TELAH DIJAJAH SELAMA 400 TAHUN SEBELUM ITU MELALUI PENAKLUKAN, TAPI HASIL DARI KERINGAT NENEK MOYANG KITA YG BERMANDIKAN DARAH MENETANG PENJAJAH KITA BERJAYA MERAIH KEMERDEKAAN PADA TARIKH KERAMAT 31 OGOS 1957,DAN

SELEPAS BEBERAPA DEKAD PENAT KERINGAT PEMIMPIN-PEMIMPIN TERDAHULU SEHINGGA ZAMAN ERA KEBANGKITAN REVOLUSI MENTAL DAN SIKAP ORANG MELAYU KEPADA LEBIH MAJU DAN KORPORAT DI ERA MAHATHIR, TIBA-TIBA IANYA DIPUNAHKAN SEKELIP MATA SAHAJA OLEH SATU MANUSIA PALING CILAKA , SANG ANWAR IBRAHIM YG TAK PEDULI APA , SEMATA-MATA MERAMPAS KUASA DAN BERMAHARAJALELA.APAKAH MALANGNYA BUMI KITA?ADAKAH KERANA KITA SENTIASA BERCAKARAN SESAMA KITA, MENYEBABKAN ALLAH MENGHANTAR SATU DURJANA BAGI MENGUJI IMAN DAN KESABARAN KITA.

Saya masih teringat bagaimana saya mengigil bila mendapat tahu segala perancangan azmin dan anwar dengan segala agen asing untuk menghancurkan negara bahkan perancangan mereka sekiranya Mahathir dapat digulingkan melalui keruntuhan ekonomi, mereka bercita-cita MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA DAN MENGISTIHARKAN REPUBLIK DAN MENGHALAU RAJA RAJA MELAYU KELUAR DARI NEGARA. SETERUSNYA MELANTIK DIRINYA SENDIRI SEBAGAI PRESIDEN DAN AZMIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN TERMUDA DIDUNIA.CITA-CITA TERLALU BESAR SEDANGKAN DIRI TERLALU KOTOR BERGELUMANG DENGAN NAJIS DAN BANGKAI.MAKA DGN ITULAH SAYA MENGAMBIL RISIKO YG CUKUP BESAR UNTUK MENYELAMATKAN BUMI BERTUAH INI.

LIHAT KATA-KATA DATO MURAD, BAGAIMANA CARA ANWAR IAITU, PECAH DAN PERINTAH, APA YG DIPINTA WAJIB DILAKSANA KALAU TIDAK HABISLAH MASA DEPAN ANDA.TETAPI DIA LUPA ALLAH LAH BERKUASA DI ATAS SEGALA-GALANYA SELAGI ALLAH TIDAK MENGIZINKAN SELAGI ITU NIAT JAHAT ANDA TIDAK AKAN TERKABUL.AKHIRNYA ALLAH HUMBAN DIA KE LEMBAH YG AMAT HINA JATUH MERUDUM MENYEMBAH BUMI,TERPELANTING KEPENJARA HANYA SURAT DARI SEORANG INSAN KERDIL YG TIDAK MEMPUNYAI KUASA .

TETAPI DIA MASIH TIDAK PELAJARI APA-APA DARI SEGALA BALA YG TELAH MENIMPA SEMATA-MATA KERANA HARTA DAN WANG ROMPAKAN YG MASIH MENGUNUNG TINGGINYA, DIA TAU BEGITU MUDAH MEMBELI HATI ORANG MELAYU YG RENDAH MORAL DAN RENDAH IMAN, TETAPI TIDAK SAYA. SAYA LEBIH RELA MATI DARI MENGADAIKAN HASIL BUMI BERTUAH INI KETANGAN YAHUDI.KALAU SAYA INGINKAN WANG PANAS, SUDAH PASTI SAYA MENERIMA PELAWAAN ANWAR PULUHAN JUTA UNTUK MENARIK BALIK SEGALA PERTUDUHAN SAYA KETIKA ITU, TETAPI SAYA MEMILIH SEBALIKNYA UNTUK HILANG SEGALA PROJEK PENGIKLANAN SAYA DAN TERPAKSA MENERIMA QADAK DITANGKAP 50 POLIS SEPERTI PENJENAYAH DAN DIDERA SEPANJANG MALAM DAN DITAHAN SERTA DIBAWAH KAWALAN POLIS SELAMA HAMPIR SETAHUN.

APAKAH ANDA SUDAH LUPA BAGAIMANA WANITA PALING BERKUASA DIDUNIA KETIKA ITU, IAITU SETIAUSAHA NEGARA AMERIKA MADELINE ALBRIGHT SANGGUP TURUN KE BUMI MSIA MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA AYAHANDA MAHATHIR UNTUK MELEPASKAN ANWAR ,DIIKUTI OLEH 7 SENAT, DAN DISUSULI PULA OLEH NAIB PRESIDEN ALGORE .

SIAPA ANWAR DARI SEBUAH NEGARA KECIL?KENAPA AMERIKA BEGITU BERMINAT KEPADA DIA, KALAU BUKAN DIA MENJADI BONEKA YAHUDI YG AKAN DICUCUK HIDUNG BAGI MEMENUHI TUNTUTAN MEREKA.BAHKAN MENGUGUT UNTUK DIADAKAN SEKATAN EKONOMI, MUJURLAH ALLAH MENAKDIRKAN MSIA MASIH DIPERINTAH OLEH KHALIFAH ISLAM BERMARUAH YG TEGAS, BERANI, ANAK JANTAN YG TIDAK AKAN TUNDUK SAMA SEKALI PADA MANA-MANA TEKANAN WALAUPUN DARI KUASA BESAR, DAN

AKHIRNYA MEREKA TELAH DI HALAU BALIK DGN CARA YG PALING BERMARUAH DAN BERANI. KELASSSSS MAHATHIR. JUTAAN TERIMAKASIH TUN KERANA MENYELAMATKAN BUMI MSIA YG BERTUAH INI DARI INSAN DURJANA INI, SEBAB ITULAH ALLAH MENGURNIAKAN KESIHATAN DAN KETAJAMAN FIKIRAN YG HEBAT WALAU PADA USIA 85 TAHUN KERANA JIHADNYA YG AMAT BESAR DEMI AGAMANYA, BANGSANYA DAN NEGARANYA WALUPUN MENYEBABKAN BELIAU MENJADI TIDAK POPULAR , DICACI, DIHINA OLEH RAKYAT JELATA YG TERPENGARUH DEK SIDURJANA .
JUTAAN AMPUN TUN DARI RAKYAT KINI YG MULA DAH MENGERTI KENAPA IANYA TERJADI.

APA AKAN JADI, KALAU ANWAR MENJADI PERDANA MENTER???????NAUZUBILAH MINZALIK. MUJURLAH ALLAH MASIH SAYANG BUMI BERTUAH INI, BERKAT ORANG-ORANG ALIM YG RAMAI DIKAMPUNG KAMPUNG YG BANGUN TAHJUD DI TENGAH MALAM.AMIN . SAMA-SAMALAH KITA TERUS BERDOA DGB DOA QUNUT NAZILAH AGAR ALLAH DATANGKAN PERTOLONGAN DENGAN KADAR YG PALING SEGERA UNTUK MENYELAMATKAN KITA SEMUA DARI KEHANCURAN DAN MENGHUKUM MEREKA-MEREKA YG MENJADI PEROSAK KEPADA UMMAH DAN NEGARA.YA ALLAH SELAMATKAN LAH KAMI DARI PEROSAK-PEROSAK NEGARA.AMIN